Undangan ke Majlis Perkahwinan Irine Nadia

Saturday, June 30, 2012

| | | Comments: (13)
Assalamualaikum
Alhamdulillah, di saat ini si manis Irine Nadia sudah selamat diijabkabulkan. Congrats dear. Ternyata hanya dengan berkenalan di Facebook, tidak semestinya end up begitu sahaja, tetapi ramai yang dah sampai ke jinjang pelamin bukan? :)

 
Terima kasih bangat di atas kad undangan yang diberi. Kad undangan yang paling berseri yang pernah diterima. Semoga kedua pasangan ini sentiasa bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga cinta terus mewangi. AMIN. 

p/s : Maaf irine, culiks gambar dari fb. huhu :')

Manusia berwajah barbie doll!

Friday, June 22, 2012

| | | Comments: (23)
Barbie doll di alam nyata? Teringat zaman kecil cili padi dulu. Bila nampak barbie doll di shopping mall, tangan mula menggatal main tunjuk-tunjuk dolly comel itu. Permainan zaman muda-muda dulu. phew


Berbekalkan muka kesian tahap mata bulat puss in boots itu, mulalah merengek-rengek tarik tangan ibu ayah mahukan doll sebijik untuk dibawa pulang. Bila tak dapat, terus duduk dalam dolly meraung dengan tangisan untuk meraih simpati.


Bila dah dapat kehendak hati, kaki melompat dengan girang sekali. Suka tak hingat. Korang pon gitu kot masa kecil. Huwhuw. So now, bila ada manusia berwajah seperti barbie doll gini,  teruja rasanya. Jom tengok barbie doll di alam nyata!*wink*





Comel kan? mata booolat! Si barbie doll ni, nickname nya ialah KOTAKOTI. Real name dia tak sempat pulak myra nak geledah. hewhew. Eh, dia pon ada blog tahuuu, vlog pon ada! Jom kita tengok-tengok blog dia.   --> KOTAKOTI'S BLOG


Thanks for reading! <3





Trend fesyen tribal untuk mereka yang sukakan corak!

Wednesday, June 20, 2012

| | | Comments: (17)
If you haven't already noticed, the TRIBAL TREND is in! Sedar atau tidak, ramai yang sudah tidak kekok untuk menggayakan koleksi tribal ini. Bila trend sudah menular, makin banyak pula dress tribal, baju tribal, shawl tribal dan lain-lain. 


Makin sedap pula mata memandang, hati tertawan makanya tangan mula menggatal untuk memegang, merasa dan akhirnya membeli. Semua pon nak! Haiyaa, kering poket bila nafsu shopping mula menggelegak dalam diri.


Btw, I think I'm beginning to love tribal printed stuff! Gaya warriors yang menonjolkan motif klasik membuatkan jiwa rasa berani! Sangat sesuai untuk korang yang sukakan corak dan tidak sukakan corak floral yang sangat girlish itu. Bring it on!

So, kalau korang berminat untuk dapatkan koleksi tribal yang bakal menawan hati korang, bolehlah beli secara online di FB page ALAZKA . Kemain banyak koleksi tribal kat sana seperti dress, tops and shawl tribal pon ada! Cepat grab sebelum kehabisan stok sebab ianya paling laris di sana.


Kalau korang nak lihat sendiri koleksi yang ada, bolehlah beli secara depan mata di event "UNITENGUA"! Berita baik untuk mereka yang berada di lokasi berhampiran! Mereka berada di sana on 23rd only at booth 10! All tribal stuff will be there and got special discount for you.


Thanks for reading! <3



TIPS: Memilih beg tangan yang sesuai mengikut bentuk badan

Monday, June 18, 2012

| | | Comments: (16)

Ramai yang suka beli handbag ikut suka hati. Nampak cantik sikit tergoda iman untuk memilikinya. Then bila dah beli mulalah menongkat dagu pandang ke luar, pandang jauh hingga tembus dinding batu semuanya. Akibat beg tangan itu tidak sesuai dengan diri.


Bila nampak barang cantik, siapa yang tak tergoda bukan? So, kalau tak mahu buang duit hasil titik peluh sendiri dengan membeli barang yang tak sesuai dengan kita, ada baiknya kita screen badan kita dahulu. Eh screen badan sendiri? huhwuw. Mana taknya, bila tersalah beli barang, mesti rasa malas untuk pakai. Membazir bukan?


Makanya, perlu untuk tahu apa jenis bentuk badan diri sendiri. Lepas tu, riang rialah hati bila dapat beli something yang match dengan diri kita. Puas hati bukan? Dah tak membazir lagi. *wink* Jom baca bentuk beg tangan yang sesuai dengan korang!



..............................................................................................





Bentuk tubuh jenis PETITE

  • Selalunya wanita yang bertubuh KURUS memiliki bentuk badan seperti ini.
  • Beg jenis lebar dan clutch sesuai digayakan oleh tubuh begini.
  • Jangan sesekali suba untuk menggayakan beg tangan yang bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda yang kecil.
  • Beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini. 

Bentuk tubuh jenis slim athletic

  • Untuk wanita yang aktif bersukan, biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja.
  • Sama seperti wanita yang memiliki tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat juga sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk tubuh jenis slim athletic.


Bentuk tubuh jenis hour glass

  • Jenis ini sempurna, nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping.
  • Wanita berbentuk badan begini sangat beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg.
  • Tetapi anda tidak perlu terlalu yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. 
  • Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.


Bentuk tubuh jenis apple
  • Akan kelihatan kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah besar di bahagian atas.
  • Sebaiknya gunakan beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda.
  • Beg tangan yang TALInya PANJANG sedikit sesuai untuk bentuk badan apple untuk mengelakkan badan nampak terlalu penuh di bahagian atas. Dengan tali yang panjang sedikit, ia dapat menutupi kekurangan bahagian atas yang besar dari yg bawah.



Bentuk tubuh jenis pear
  • Selalunya mereka akan besar di bahagian punggung (pinggul yang lebar) dan kecil di bahagian dada.
  • Perlu mengalih perhatian ke bahagian atas. So, beg tangan berTALI PENDEK sesuai untuk anda. 
  • Beg bertali pendek melindungi dada anda yg kecil. Ia juga memberikan keseimbangan pada bentuk badan.
..............................................................................................





So, dah screen badan korang? Myra dari golongan petite. huwhuw. So, beg yang terlalu besar sangat tak sesuai dengan diri ini. But totally in love dengan beg yang bentuknya ala-ala bulat. Comel! 

Btw, cantikkan gambar handbag kat atas ni? Handbag tu semua dari jenama Sophie Paris! So, kalau korang berminat untuk order boleh inform myra ye. Harga pon berpatutan dan yang paling best, berkualiti itu mesti. 


Thanks for reading! <3

Inspirasi bilik tidur gaya vintage

Friday, June 15, 2012

| | | Comments: (13)
Bila ditanya tentang angan-angan, there's so many things yang terpendam di lubuk hati. Semestinya setiap orang punyai impian masing-masing bukan? Termasuklah impian mempunyai bilik tidur yang sedap mata memandang. Bilik tidur impian myra ialah bertemakan vintage. Yes, pink and cream itu semestinya menjadi pilihan hati.


Makanya, future husband mestilah bertolak ansur untuk menerima cadangan malah bersetuju dengan impian ini. Hewhew. Siapakah future husband ku? Mungkin belum bertemu dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. 


Kalau dahulu sukakan warna-warna seperti colour block yang terang menyerlah gitu, but now sangat jauh tersimpang. Sekarang lebih sukakan warna-warna soft seperti vintage, warna pastel. Sangat cantik bukan? Lembut je dipandang.


Buat yang kurang gemarkan warna pink, warna ungu pon cantik. Warna cream senang untuk match kan dengan warna soft yang lain. Menimbulkan suasana yang tenang seperti di awangan. hewhew.


Hopefully angan-angan bakal menjadi kenyataan. Usaha itu yang paling penting di dalam hidup. Kalau tiada usaha makanya tidak sempurnalah angan-angan yang diimpikan. Thanks for reading! <3

Khas buat penggemar blogwalking!

Wednesday, June 13, 2012

| | | Comments: (11)

Korang merupakan seorang blogwalker tegar? Sukakan blogwalking? Bila blogwalking, macam-macam ragam blog yang korang jumpa bukan? Seronok rasanya bila dapat baca kisah kehidupan manusia di alam nyata.


Dari pembacaan blog orang lain, banyak pengalaman yang kita boleh ambil untuk dijadikan sebagai iktibar. Bermacam pengalaman yang ada seperti pengalaman pahit, manis dan informasi kini hanya berada di dalam genggaman semudah ABC. hewhew.


Kalau korang berminat untuk menempatkan link blog korang di pusat blogwalking ini, bolehlah tinggalkan komen di blog GILABW! Pergi sahaja di sana, dan tinggalkan komen untuk menempatkan blog anda di kategori yang mata satu.


Tujuan utama kewujudan blog ini adalah mengumpulkan

seberapa banyak blog yang aktif bagi membantu blogger baru

dan lama untuk singgah membaca dan blogwalking..

Yang menariknya,blog yang paling banyak hasilkan pelawat ke situ melalui entri ataupun banner, akan di promote di ruang entri dan feed di atas blogpost! Memang best kan? Tak perlu lagi untuk bersusah payah mencari blog untuk blogwalking. Cari sahaja di blog GILABW ini.

So, anda berminat? Jom serbu dan tinggalkan link blog korang di sana! *winkwink* 


Khas buat penggemar kain lace!

Monday, June 11, 2012

| | | Comments: (15)
                                                     
Sukakan kain lace? I'm pretty sure that ramai perempuan yang sangat in love dengannya bukan? Myra pon sangat sukakan lace, lihat sahaja tema blog ini. hewhew. Actually, lace buat saya rasa seperti perempuan melayu terakhir! Sebabnya? Ianya sangat comel dan feminin!


Korang tercari-cari inner lace? Tapi tak tahu nak cari di mana? Mesti sweet jugak kan bila pakai inner lace? Lepas ni bolehlah korang bergaya dengan baju dari kain lace dan inner pon dari kain lace. Mesti nampak sweet sweet hunnymadu. huwhuw


Kat mana boleh dapatkan Inner Lace begini? Korang boleh beli dan borong inner ni dekat NJ COLLECTION ! Bukan sekadar comel comel innernya, tapi murah dari online boutique yang lain. Tak percaya? Korang boleh try survey sendiri. Confirm korang patah balik ke online butik ni. Best bukan? So, tunggu apa lagi? Cepat dapatkannya sebelum kehabisan stok! *wink


Opss, sebelum terlupa. Selain inner lace yang hot selling item tu, ada juga dijual inner neck slanting. Kalau korang tercari-cari inner neck yang sedap untuk dipakai, bolehlah beli inner neck ni. Seriously best! Tak payah nak lilit-lilit silang, dah dapat pon silangan yang kemas dengan memakai inner neck slanting. Confirm tak menyesal!



p/s: Baju comel iaitu 'floral chiffon blouse' yang dipakai boleh didapati di BATIK VALLEY! *wink*








Majlis Perkahwinan di Kota Bahru, Kelantan

Thursday, June 7, 2012

| | | Comments: (31)
Inilah hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan pengantin baru bukan? Selepas hari bahagia diijabkabul, maka excited pula dengan walimatulurus. Bila kaki melangkah pergi ke wedding reception begini, hati mula berkata-kata. "Wedding aku nanti cemanelah agaknya". hewhew. Teringin pula rasanya tapi masih belum bersedia. Hati masih kosong, kosong. 


Kenalkan pasangan pengantin baru ini. Si kacak, pengantin lelakinya merupakan abang kepada my mom. Huwhuw. Dan si cantik, pengantin perempuannya pula berasal dari Kelantan. That's why majlisnya jauh benar nun di sana. Kalau tak silap, ini kali kedua kaki melangkah ke Kelantan. Makanan di sana sangatlah lazat kerana manisnya. Yes, myra memang sukakan makanan yang manis, tak suka pedas nanti bisanya naik sampai kepala. Ouch.

Letih bangat rasanya menguruskan majlis supaya semuanya berjalan dengan lancar. Means, kaki bukan hanya duduk di meja sambil menikmati hidangan secara selowww melowww. Tapi, kaki sibuk ke sana ke mari menguruskan apa yang perlu. pheww.


Disebabkan pasangan pengantin dari keluarga yang terdekat, makanya gambar diambil secara pukal. Sehingga saat para pekerja hotel mengemas kembali ball room itu pon, we all still snap snap and snap sampai merasai kepuasan bergambar. Hewhew. Maafkan saya, entri ini memang penuh dengan gambar. Phewww. 


Mereka ini siblings saya. Ya, kami bertiga heroin dan seorang saja hero nya. Cuba teka myra anak ke berapa? Nampak seperti kedua agaknya? Oh no, ur totally wrong. I'm the eldest one. *wink*

 I've told ya. Entri ini banyak gambarnya.huwhuw. Tersesat seorang bidadari cantik pula. Boleh panggil dia mimi. Orang Kelantan, muda setahun dari myra. Manusia paling cantik yang pernah dijumpa. Geramnya, macam barbie doll sungguh!
Ini gambar penutupan. Tapi kurang seorang ahli nampaknya. Hilang pula seorang hero. kuikui. Seronok rasanya dapat bergambar dengan keluarga. Btw, moga pengantinnya kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.



Kenali bentuk muka anda

Monday, June 4, 2012

| | | Comments: (17)
Kadang-kadang confius dengan diri sendiri. Confius kan apa? Confius dengan bentuk muka sendiri. Huwhuw. Sadis bukan? Ya, memang. So, berdasarkan gambar di atas. Agaknya yang mana satu bentuk mukaku? Jom kenalpasti bentuk muka korang jugak! 

oval face shape

Bujur/Oval


round face shape

Bulat/Round 

oblong face shape

Oblong face shape

square face shape

Segi empat/Square 


heart face shape
Tiga segi/Heart


diamond face shape
Diamond face shape


triangular face shape
Triangular face shape


Dah kenal pasti bentuk muka korang? Kalau dah kenal pasti, mudahlah korang nak buat pemilihan jenis tudung dan lain-lain nanti. Tapi, errr bentuk muka myra bulat atau segi tiga? Ades, confius lagi. huwhuw



Lelaki pakai rantai sebab trend?

Friday, June 1, 2012

| | | Comments: (14)
Assalamualaikum.


Rantai itu perhiasan untuk perempuan bukan? Eh, lelaki boleh pakai tak? Bukankah hukum lelaki memakai perhiasan itu haram? Tapi, lihat sahaja di leher golongan lelaki, ada diantara mereka yang memakai rantai. Sedih melihatnya. :(


classic touch - blackwhite
Btw, benarkah lelaki pakai rantai sebab trend? Lelaki dan rantai itu trend? Benarkah? Kalau ditanya mereka-mereka ini, jawapan yang keluar dari mulut kebanyakannya ialah "saje suka-suka". Makanya jawapan tersirat maybe "sebab suka". Tahukah mereka bahawa pemakaian rantai adalah budaya pemakaian lelaki Yahudi, Nasrani dan Majusi?Pemakaian itu mencerminkan kepatuhan mereka beramal dengan agamanya.





Selalu timbul persoalan di minda. Kenapa lelaki suka pakai rantai? Sedangkan kaum hawa sendiri kadangkala rimas pabila rantai disarungkan di leher. Ditambah pula dengan persoalan ini, "Diorang tahu tak apa hukum lelaki pakai rantai?". Untuk menyedapkan hati sendiri makanya dianggap bahawa golongan itu tidak tahu menahu tentang hukumnya, sebab itu mereka pakai. Dan mungkin juga lelaki yang pakai rantai ni, punyai sebabnya yang tertentu iaitu:


Pakai rantai sebab suka-suka

Pakai rantai sebab trend

Pakai rantai sebab pengaruh kawan

Pakai rantai sebab tengok abang pakai
Pakai rantai sebab nak nampak handsome
Pakai rantai sebab nak nampak ganas


Well well well. Banyak sungguh kemungkinan dari persoalan itu. Tahukah mereka perbuatan itu nampak jelik di mata masyarakat? First impression bila ternampak lelaki yang memakai rantai ialah pelik. Rasa seram sejuk pon ada sebenarnya. Can't you see? Pelbagai andaian yang negatif dilemparkan pabila mata melihat sesuatu diluar kebiasaan. 




Rasanya, pengaruh rakan sebayalah yang paling mujarab. Tengok member pakai rantai, nak pakai jugak. Tengok pakai subang, nak pakai jugak. Tengok orang pakai gelang, nak jugak dipakaikan di badan sendiri. 


Tambah-tambah kalau awak tu merupakan seorang abang kepada adik-adik. As a role model, semestinya korang kena tunjuk perangai yang positif bukan? Ditambah pula budak-budak yang sedang membesar sangat suka untuk mencuba itu dan ini. So, u should be more alert ya. Semoga entri ini berguna untuk kita semua.