Cek pertama dari Nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

| | | Comments: (28)
logo
Alhamdulillah, syukur. Akhirnya terbuka juga hati untuk cash out earning dari Nuffnang pada hujung bulan tiga yang lepas. Yes, ini cek pertama dari Nuffnang yang diterima setelah dua tahun lamanya disimpan rapi di dalam akaun dan tidak pernah curang sama sekali. Ingatkan nak simpan sampai ke tua. Huwhuw. 




Ramai yang bertanya betulkah boleh dapat income hanya dengan berblogging? Ya, betul awak-awak sekalian. Macam-macam cara sebenarnya boleh dapat side income dari blog ni. Dan Nuffnang salah satu darinya. Gambar di atas sebagai bukti supaya korang tak ragu-ragu untuk register. So, buat newbie blogger yang berminat, bolehlah register ya. Sambil menyelam minum air. Rezeki jangan ditolak. *wink*


Emmm. Actually, cek ni sampai dalam dua minggu yang lepas. Baru terbuka hati untuk share supaya diri rasa lebih bersemangat dan dapat memberi semangat berblogging untuk korang. Terima Kasih NUFFNANG! Alhamdulillah, blog personal juga boleh dapat income sampingan dari blog walaupun jumlahnya tak banyak mana tapi ianya tetap rezeki. 


Kalau belum ada rezeki dengan Nuffnang, jangan patah semangat ya. Korang still boleh buat income sampingan dengan ChurpChurp! ChurpChurp adalah anak syarikat Nuffnang yang mengiklankan produk melalui Twitter dan Facebook. Caranya mudah sahaja, hanya kongsikan iklan dengan kenalan anda melalui medium yang dinyatakan di atas. Memang mudah bukan?


Setiap iklan yang dikongsikan bersama rakan-rakan akan dibayar oleh syarikat ChurpChurp dengan kadar bayarannya mengikut iklan yang kita kongsikan. So, berminat untuk register? KLIK SINI! Pendaftaran adalah percuma!
  







TIPS : Memilih warna gincu yang sesuai dengan warna kulit

Monday, May 28, 2012

| | | Comments: (24)
Kadangkala bingung jadinya bila tak tahu nak pilih warna gincu yang sesuai dengan bibir dan kulit. Makanya, bermonolog dengan diri sendiri tatkala hendak membuat pilihan itu sudah menjadi lumrah hari-hari shopping. Bertambah runsing pula pabila banyak persoalan yang timbul. 

 Eh, nak pink ke peach ye? 

Eh, mana satu sesuai dengan bibir? 

Eh, kaler merah garang sangat kot? 

Eh, pink nampak pucat ke?

 Eh, pink nampak sweet kan?

Well well well. Perempuan bila nak buat the right decision kadangkala makan masa yang lama tahu! Sebab itu berjam lamanya masa yang digunakan untuk bershopping. Remeh sungguh. Cerewet benar bukan? Mahu buat pilihan yang terbaik makanya perlulah sabarkan hati dengan diri yang cerewet. Hewhew. 


So, cara untuk jimatkan masa pabila membuat pilihan ialah kenalpasti warna gincu yang sesuai dengan bibir dan kulit korang. Bila dah tahu yang mana satu idaman kalbu dan match dengan korang, katakan bye bye kepada pembaziran masa dan hye kepada masa itu emas! *wink*.Tapi selalunya myra hanya mengenakan secalit lip balm sahaja. huwhuw. Mari mulakan penyelidikan ke atas diri sendiri! (Abaikan semak samun bahagian kiri gambar)

Kulit putih



Kulit kuning langsat



Kulit sawo matang



Kulit gelap



TRICKS
1. Untuk membuat bibir korang nampak lebih besar, calitkan lipstik glossy untuk mencipta kesan penuh.
2. Semakin gelap warna liptik yang digunakan, akan memberi kesan bibir semakin kecil.






Bertukar ke domain sendiri | myravea.com

Sunday, May 27, 2012

| | | Comments: (41)
Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur. Cukup dua tahun berblogging, tiba-tiba hati teringin sangat nak bertukar ke domain sendiri. Makanya proses untuk survey dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah setelah ditetapkan hati di mana mahu beli domainnya.


Thanks to INIACUL, founder kepada Blog NOTAHATI kerana telah suggestkan di mana tempatnya untuk membeli domain dan thanks jugak kepada FEROZ yang berjaya menghasut untuk bertukar. huwhuw. Setelah beberapa hari survey sendirian, makanya hati sudah tidak sabar dan teruskan niat untuk membeli. Akhirnya bertukar sudah ke dot com. Alhamdulillah, hasrat hati sudah tercapai. Lepas ni ada impian lain pula yang menanti. *wink*

Buat mereka yang letakkan link blog myra di bloglist sebelum ni, hope sudi untuk tukarkan dari myravea.blogspot.com ke www.myravea.com . Supaya segala entry baru dapat korang detect seperti sediakala. Thanks bangat. <3


Last but not least, terima kasih bangat kepada awak-awak yang sudi membaca blog myra dari awal sampai sekarang. Hope sudi untuk kekal menjadi pembaca blog ini.*Big hug* Semoga sihat dan ceria sentiasa. Ewah, macam ayat karangan sekolah pula. hewhew. Happy blogging!


Big Hug

Tudung bawal bercorak makin digemari kembali!

Friday, May 25, 2012

| | | Comments: (34)
Lama sungguh tidakku sentuh tudung bawal plain mahupun bercorak. Cemburu buta pula kadangkala pabila ada yang memakainya dengan cara yang sangat kreatif! Kalau dulu cara pemakaiannya sungguh simple but now sangat gojes okay! 



Ramai yang sudah berani tampilkan diri dengan style segak bergaya bersama tudung bawal. So, aren't we glad that square hijab is making a big comeback? Ianya tak lapuk dek zaman bukan? Teringat pula zaman tudung bawal sebelum munculnya zaman kegilaan shawl dan pashmina. hewhew. 



Dan semestinya myra pon sudah gatal tangan untuk mencuba kembali tudung bawal bercorak yang dah lama diketepikan selama beberapa tahun itu. Shame of you sebab ada tudung bawal tapi dah lama dibiarkan ianya lonely. Buat masa ni, masih tidak pro lagi untuk menggayakan tudung bawal dengan cara yang kreatif. Maka terhasillah gaya tudung bawal seperti gambar di bawah. 
Sejujurnya, dari dulu lagi bila pakai tudung bawal jadinya failed! Kadang-kadang terbentuk molek tapi kadang-kadang puas dis eterika, tapi hanya harapan palsu diberikan. Maybe disebabkan kejadian yang tak sedap mata memandang makanya lebih selesa dengan shawl but not pashmina sebab ianya sangat tebal, tidak padan dengan si kecil ini. phew.


Kononnya cemburu dengan gaya tudung dari Dian Pelangi which i do like that style makanya terus aplikasikan dengan tudung bawal bercorak yang masih tersimpan rapi tanpa diusik sebelum ini. Btw, sebab musabab mengapa myra belum berkeinginan untuk membeli tudung bercorak terkini ialah ianya punyai rompol-rompol makanya terus tutup mata dari membeli. Itu normal bujan? Manusia itu lain-lain citarasanya. Ada yang suka dan semestinya ada yang kurang gemar.



Buat yang berminat dengan tudung bawal bercorak dan masih belum sempat untuk membeli, korang bolehla klik SINI untuk membeli tudung yang bercorak terkini malah terhangat dipasaran! Hurry up sebelum terlambat! Ianya dari Rainbow Hijabs! dan harga sangatlah berpatutan untuk golongan pelajar seperti kita-kita. hewhew. Mari kita SERBUUU!







Blog Myravea berwajah baru!

Tuesday, May 22, 2012

| | | Comments: (67)
Assalamualaikum. 
myravea header

Alhamdulillah, syukur. Setelah penat lelah menggodek itu dan ini dalam jangka masa satu hari, siap juga akhirnya. Ternyata cerewet benar diri sendiri. Pheww. Dah lama tak comelkan blog sendiri. Hanya punyai masa untuk mengedit tempahan yang lain. Sebab utama tangan digagahkan untuk mengedit semula blog ialah BOSAN. Ya, mungkin itu sebab utamanya.


Manusia cepat bosan? Oh, mungkin sekadar hanya sukakan pembaharuan. Supaya dapat memberi inspirasi dan semangat kepada diri sendiri. Sebab itu manusia memang sukakan benda baru bukan? huwhuw. Actually, blog bertukar wajah kerana myra dah mula malu dengan warna blog. Eh malu? Yes, sebabnya warna pink terang dan purple itu sudah tidak sebati dengan jiwa. Macam budak separa matang dan sakit pula mata memandang. *nangis


Makanya, blog haruslah bertukar warna ke arah yang lebih sweet ala-ala princess kononnya. kuikui. Konsep kali ni ialah lace dan blink-blink serta love. Walaupun simple, sedap sikit mata memandang, terasa seperti budak matang sebentar. huwhuw. Dari header, footer dan banner semuanya telah bertukar. Yey! Buat korang yang mahu exchange banner dengan myra, bolehlah inform myra ye. Tangan terbuka luas untuk menerimanya. *wink* 


Hopefully semangat berblogging makin bertambah lebih dari dahulu. Bolehlah diupdate selalu. Senyum-senyum kucing. Meowww. Btw, kalau ada apa-apa yang tak kena dengan wajah baru blog ini, hope sudi untuk menegur ye.Tq.


Buat korang yang mahukan semangat pabila berblog, bolehlah mencuba tutorial cantikkan blog. Cari sahaja di google, memang banyak! Untuk mereka yang berminat menempah header, tempahan masih dibuka. :)


Thanks for reading! <3







Pelbagai gaya eyeliner yang boleh dicuba!

Friday, May 11, 2012

| | | Comments: (45)
gaya eyeliner
Hello ladies. Entry ini khas buat para wanita seperti diriku yang begitu cintakan eyeliner. Yeah, percaya atau tidak, kebanyakan perempuan tidak yakin bila keluar dengan muka kosong. At least keluar dengan sedikit bedak, secalit eyeliner dan lipbalm itu sudah memadai bukan? Cukup untuk ada self confident seperti seorang superwoman. hewhew.

Bosan dengan gaya eyeliner yang sama? Now, korang boleh aplikasikan pelbagai gaya eyeliner mengikut citarasa dan kesesuaian muka korang. But, remember that getting the wrong make up will give you a terrible look! Jom kita tengok gaya-gaya eyeliner yang bakal memukau mata korang.

Pinned Image
Know what, myra sendiri pernah try bentuk-bentuk eyeliner yang garang seperti cat eyes yang sememangnya membuatkan my face nampak sangat garang seperti harimau. Auumm! Sangat tidak sesuai. Nak sangat nampak garang bukan? habis orang sekeliling takut untuk bertegur sapa. hewhew. Memang kasihan.



It shows the different ways to wear eyeliner. Cuba yang kena pada gaya. Cuba yang paling sesuai dengan muka. Salah gaya, lintang pukang orang lain bila tengok kita. Sungguh tidak enak. pheww. 


So, gaya eyeliner yang mana satu menjadi pilihan hati korang? *wink*

REVIEW : Blogshop Chenta Qaseh

Friday, May 4, 2012

| | | Comments: (5)
Kenalkah anda dengan blogshop Chenta Qaseh? Banyak bukan koleksi shawl yang menarik hati dan mengundang jiwa raga? Yeah, mengundang tangan untuk grab segala koleksi yang ada. hewhew.

So, koleksi shawl apa yang ada di sini? Semestinya yang menjadi kegilaan para ladies abad ini seperti printed shawl,inner neck, ready made syria, plain lycra syria, instant syria dan banyak lagi tau!
Banyak betul koleksi yang cantik-cantik bukan? Kids hijab pun ada iaitu koleksi untuk kanak-kanak perempuan. Bukan setakat namanya Chenta Qaseh, koleksi-koleksi yang ada pon dah cukup untuk membuatkan customer jatuh chenta dan qaseh terhadapnya. Blogshop ini juga pernah muncul di beberapa buah majalah! Wahh...sangat ohsem bukan?


So, what are you waiting for? Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom serbu blogshop dan page fb "Chenta Qaseh"! Nak join contest pon boleh. *wink*
Chenta Qaseh Online Hijab