TIPS: Memilih beg tangan yang sesuai mengikut bentuk badan

Monday, June 18, 2012

| | |

Ramai yang suka beli handbag ikut suka hati. Nampak cantik sikit tergoda iman untuk memilikinya. Then bila dah beli mulalah menongkat dagu pandang ke luar, pandang jauh hingga tembus dinding batu semuanya. Akibat beg tangan itu tidak sesuai dengan diri.


Bila nampak barang cantik, siapa yang tak tergoda bukan? So, kalau tak mahu buang duit hasil titik peluh sendiri dengan membeli barang yang tak sesuai dengan kita, ada baiknya kita screen badan kita dahulu. Eh screen badan sendiri? huhwuw. Mana taknya, bila tersalah beli barang, mesti rasa malas untuk pakai. Membazir bukan?


Makanya, perlu untuk tahu apa jenis bentuk badan diri sendiri. Lepas tu, riang rialah hati bila dapat beli something yang match dengan diri kita. Puas hati bukan? Dah tak membazir lagi. *wink* Jom baca bentuk beg tangan yang sesuai dengan korang!



..............................................................................................





Bentuk tubuh jenis PETITE

  • Selalunya wanita yang bertubuh KURUS memiliki bentuk badan seperti ini.
  • Beg jenis lebar dan clutch sesuai digayakan oleh tubuh begini.
  • Jangan sesekali suba untuk menggayakan beg tangan yang bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda yang kecil.
  • Beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini. 

Bentuk tubuh jenis slim athletic

  • Untuk wanita yang aktif bersukan, biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja.
  • Sama seperti wanita yang memiliki tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat juga sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk tubuh jenis slim athletic.


Bentuk tubuh jenis hour glass

  • Jenis ini sempurna, nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping.
  • Wanita berbentuk badan begini sangat beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg.
  • Tetapi anda tidak perlu terlalu yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. 
  • Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.


Bentuk tubuh jenis apple
  • Akan kelihatan kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah besar di bahagian atas.
  • Sebaiknya gunakan beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda.
  • Beg tangan yang TALInya PANJANG sedikit sesuai untuk bentuk badan apple untuk mengelakkan badan nampak terlalu penuh di bahagian atas. Dengan tali yang panjang sedikit, ia dapat menutupi kekurangan bahagian atas yang besar dari yg bawah.



Bentuk tubuh jenis pear
  • Selalunya mereka akan besar di bahagian punggung (pinggul yang lebar) dan kecil di bahagian dada.
  • Perlu mengalih perhatian ke bahagian atas. So, beg tangan berTALI PENDEK sesuai untuk anda. 
  • Beg bertali pendek melindungi dada anda yg kecil. Ia juga memberikan keseimbangan pada bentuk badan.
..............................................................................................





So, dah screen badan korang? Myra dari golongan petite. huwhuw. So, beg yang terlalu besar sangat tak sesuai dengan diri ini. But totally in love dengan beg yang bentuknya ala-ala bulat. Comel! 

Btw, cantikkan gambar handbag kat atas ni? Handbag tu semua dari jenama Sophie Paris! So, kalau korang berminat untuk order boleh inform myra ye. Harga pon berpatutan dan yang paling best, berkualiti itu mesti. 


Thanks for reading! <3

16 komen dari sweety:

yasmin fitri said...

wahhh..tips yang berguna..sekarang dah tahu la caranya

Jay said...

kalau bab2 beg ni Jay kurang sikit..tapi still boleh give opinion kat my mum.hehe..yelah takde adk bradik pmpuan..terpaksalah masuk sekali kat dunia my mum..love my mum.

DanieL AdiE said...

Ooo...baru tau.....

thanx 4 ur tips myra..

Fazi Isma said...

info yg menarik =)

Useriez said...

nice blog...

myravea said...

@yasmin fitri Lepas ni pilih yang sesuai dengan kita :)

myravea said...

@Jay hehe. Bertuah ibu ade anak macam Jay ni. Sejuk perut die :)

myravea said...

@DanieL AdiE Thanks adie, sudi baca :)

myravea said...

@Fazi Isma Thanks fazi sudi komen :)

myravea said...

@Useriez Maceh sudi jenguk blog :)

Zie Madini said...

nice tips. thank u cayunk! :)

Namee Roslan said...

wahaa...very nice tips!! :D thanks myra :)

Atiqah Razak said...

nice info. thanks !

Aisha Jameela said...

thanks sis,boleh shoppg bag dgn aman dan damai~ ^_^

Faz said...

Mohon share boleh?

Faz said...

Mohon share