Fashion Show, EKSPRESI REMAJA TV3/TV9 bersama Nisa Kay

Friday, December 30, 2011

| | | Comments: (30)
Fuh, rupanya telah lama dikepam entry ini, berminggu-minggu jugalah nampaknya dari tarikh event iaitu 30November yang lepas. hewhew. Jari disusun, maaf dipinta. First of all, thanks kepada owner EigthDesigns, Kak Sue kerana telah memberi kepercayaan kepada myra untuk memperagakan koleksi pakaian dari butiknya. 


What? I'm joining this event as a model? Catwalk atau seperti anak kucing berjalan dan mengesot?hewhew. For the first time i was like err, anxious semua ada. So nampaknya banyak kekurangannya di situ disebabkan oleh nervous nya terlebih had laju. But it's okae right? Namanya pon pengalaman pertama bukan? :')


Sedang muka ini ditempekkan make up, suddenly myra terperasan seseorang. So, siapakah dia? Owh, jumpa lagi Nisa Kay buat kali kedua tanpa tahu menahu kehadirannya di situ. 


Model-modelan pada hari itu


Maafla, gambar dengan Nisa je paling banyak dalam memory disebabkan kami kaki lensa makanya penuh kamera dengan gambar bersamanya. hewhew. 


Sebelum balik dari event ni, ada seorang blogger manis yang juga model untuk fashion show itu menegur myra, "Myravea kan? Saya selalu masuk blog myra". I was like, terharunya wuwuwu, ada juga rupanya yang datang singgah blog myra ni. Thanks dear!


So, before balik wajiblah snap gambar dulu bersamanya. Nama blogger manis ini ialah Izzati . Klik SINI untuk ke blognye and Say hye to her! *wink
Opss, nampaknya gambar ini tidak sopan di bahagian kaki. Maafkan saya :')



EDZ eightDesigns Malaysia's online shopping fashion blogspot | cardigan | shawl | tops | shoes
Kalau korang berhajat nak dapatkan koleksi terkini yang cantik, segak dan bergaya seperti para model memperagakan pakaian di atas, makanya bolehla rajinkan diri untuk melawat butiknya di blog http://www.eightdesignsboutique.com ataupun butiknya di Seri Bangi!



Adakah anda rasa gambar COUPLE over sweet itu sweet?

Thursday, December 22, 2011

| | | Comments: (64)
Relationship Status : In Relationship
Relationship Status : Engaged
Relationship Status : Married

Credit picture : CIK NEMO

Jiwa kacau enggak bila lihat gambar couple yang terlalu sweet? Auch, adakah korang rasa gambar couple berpelukan itu sweet? Gambar couple berciuman itu sweet? ALOLOO SOO SWEET!  =.=   

Apa itu sweet? Sweet itu manis like a candy right? Gula-gula kapas pon sangat over manisnya ini kan pula gambar pasangan over sweet yang tiada hubungan yang sah, bukan mahram. I don't think so gambar over sweet itu sangat sweet kerana saya rasakan ianya sangat jelik. Ya JELIK itu bahasa indonesia yang membawa maksud buruk@hodoh.

I'm saying this because, tadi sedang myra enak blogwalking ke blog mereka yang meninggalkan jejak di shoutbox maka terjumpalah gambar yang rasanya tidak enak dilihat. Gambar apa lagi kalau bukan gambar couple over sweet. 

Bukan sekali dua terlihat di blog yang sama ya, tapi blog yang berlainan. Kalau gambar couple yang biasa itu mata masih boleh memandang. Tapi bila timbul gambar berpelukan ditambah dengan bercumbuan, i was like apakah agenda mereka? Tidak malukah mereka? dan kebanyakannya ialah adik-adik yang masih fresh di bawah umur.

Kasihan, sedih rasanya kecil-kecil dah berani nak tayang itu semua. Sememangnya kecil-kecil cili padi bukan? Tapi kalau cili padinya di bahagian ini, garu kepala kakak-kakak abang-abang yang melihatnya, botak kepala pula bila parents sendiri yang melihat. Haih.

Rasanya kalau ada gambar sedemikian rupa, eloklah hanya untuk simpanan peribadi tak payah nak public kan supaya satu dunia tahu anda sedang berpacaran. Itu namanya membuka aib sendiri. 


Thanks for reading!





PERSOALAN : Adakah anda rasa gambar couple over sweet itu sweet?


Tips: Cara berkesan untuk melamar perempuan | SWEET VIDEO : I've been proposed & I'm engaged

Monday, December 19, 2011

| | | Comments: (34)
Bahagia rasanya pabila ada yang sudi proposed begini. Oh indahnya! Bila ku lihat kembali video ini, ku yakin bahawa ramai yang bakal cemburu. Disebabkan video ini sangat sweet makanya terdetik untuk share di sini. 


Aduhai, bila hati dah tertawan mulalah mencari pelbagai cara untuk memikat bukan? What can i say is this is such a nice way to start a beautiful relationship! Seriously, tabik spring kepada jejaka seperti ini. Jealous saya tau! Buat pasangan Dena Bahrin dan Arif, congrats to both of you and May Allah bless your engagement and marriage forever !


No wonder lah ada yang mengalirkan air mata pabila melihat video ini. Sweet nya seperti gula-gula kapas yang sangat-sangat manis! Lepas tengok video ni, mesti ramai gadis-gadis yang mengimpikan seorang lelaki seperti Arif bukan? So, buat jejaka di luar sana tunggu apa lagi? Mulakan langkah anda sekarang! hewhew :') 


.....................................................
Ya Allah, pertemukanlah denganku lelaki yang sedaya upaya menghalalkan apa yang haram. Yang sentiasa memilih jalan yang diberkati dari jalan yang dilaknati . InsyaAllah, Amin :)

Gay Melayu hampir 30 000!

Sunday, December 18, 2011

| | | Comments: (25)
Sadis bukan tajuk entri kali ni? Cuba buka surat khabar Metro pada 16 Disember 2011, terpampang artikel "Gay Melayu hampir 30 000". Again, sedih rasanya pabila seorang bakal ketua keluarga @ pemimpin terjebak dalam situasi sebegini rupa. 
"Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."
(Surah Al- `Araf: 80 - 81)


Bukankah Adam itu diciptakan untuk Hawa? Mengapa harus melanggar fitrah manusia? Adakah dibelenggu dengan kekeliruan jantina? Atau adakah mereka bangga tergolong dalam golongan kaum Nabi Luth?


Diri ini tertanya-tanya mengapa golongan ini semakin berleluasa? Ini Malaysia atau Amerika? Perlukah contohi negara barat? Sekarang kelab gay merata-rata, tengok dalam facebook pon sudahlah itu belum lagi di luar alam maya. Terkesima dibuatnya sampai ada yang berani mengaku gay? Buat video segala bagai macam apa yang dia buat itu tidak salah dari segi hukum agama? 


Kami golongan wanita kasihan sebenarnya dengan anda golongan lelaki gay, kebanyakan dari anda seorang yang kacak rupawan kegilaan wanita, tetapi mengapa memilih golongan sejenis untuk dijadikan pasangan? 


Tidak kemana-mana bukan jika terus berpasangan dengan golongan sejenis? Zuriat pon tidak mungkin akan ada kerana dari mana anda datang jika tidak dengan hadirnya percampuran benih seorang lelaki dan wanita. So, apa functionnya pasangan lelaki dengan lelaki?Lagi sadis bila baca entri ini : Perkahwinan Gay Pertama Malaysia, Ariff Alfian Rosli Kahwini Teman Lelaki Di Dublin


Buat mereka yang membaca entri ini, saya ingin meminta maaf jika anda tersinggung tapi masih ada masa untuk anda kembali ke pangkal jalan kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
.....................................................
Kerana ciptaan Allah itu indah, wanita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
.....................................................

Keputusan pemenang "E-Belia Blog Contest"

Wednesday, December 14, 2011

| | | Comments: (8)
Masih ingatkah lagi tentang "E-Belia Blog Contest"? First of all myra nak ucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang. Hadiahnya cukup lumayan bukan? Voucher tambah nilai untuk pemenang tempat pertama yang bernilai RM200! Tempat kedua RM150 dan tempat ketiga bernilai RM100!


Opss, bukan tiga tempat utama sahaja yang menang voucher tambah nilai ya, malah untuk tempat keempat hingga ke sepuluh juga menangi voucher tambah nilai sebanyak RM50! Untuk hadiah saguhati pula menangi voucher sebanyak RM20 iaitu seramai 11orang. 


Contest ini berlangsung pada bulan oktober yang lepas. Alhamdulillah, tak sia-sia rupanya myra join kan diri sebabnya? Myra juga salah seorang pemenang iaitu di tempat yang keempat! *wink* Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Vyrec kerana memberi peluang kepada para blogger untuk menyertai contest tentang belia yang julung-julung kali diadakan ini. 



Tempat Pertama:
Tempat Kedua :
Tempat Ketiga :
Tempat Ke 4 Hingga 10 
Hadiah Saguhati : 

Day 3 - "FAM TOUR, Kembara Selangor Shines 2011"

Thursday, December 8, 2011

| | | Comments: (21)
Tersedar dari mimpi indah, mengeliat ke kanan dan kiri..Uwaaa, kak yana why sangat sejuk here? Menggeletar sambil tarik selimut kembali, masuk toilet pon siap berselimut so bayangkanlah tahap kesejukannya. Inilah penangan menginap di resort yang semestinya sejuk! hewhew.


Lepas mandi sambil berselimut, bersedia pula untuk poco-poco. But soooo sad sebabnya myra tak dapat ikut step! Arghhh tensi sebentar, step dia lebih susah dari biasa makanya sekali lagi saya hanya menjadi photographer tidak berbayar. hewww. Lepas habis senaman tiba masanya untuk game dan wet activity. Untuk game pertama ialah cubaan menjadi mumia! So, berbalut-balutlah si mangsa dengan tisu, kasihan :')
DSC_0618.jpg


Selesai sudah wet activity tibanya pula masa untuk check-out dari Kalumpang Resort. So, takkan nak beredar tanpa kenangan bukan? Now, sesi bergambar beramai-ramai di Kalumpang Resort!
DSC_0662.jpg



Seterusnya menuju pula ke Strawberry Leisure Farm, Genting. Dalam hati menjerit kegirangan sebabnya dah lama tak merasa strawberi fresh dari ladang! hewhew. Tiba-tiba rasa bertambah semangat pula bila kami semua diwajibkan untuk memakai baju biru yang disediakan. Terbaik! Rasa macam pelancong asing pon ada. kuikui

Hye strawberry park, here we are! Bayangkan kehadiran kitorang disambut, betul-betul rasa terharu biru. Layanan yang diberikan sangat tip top dan paling best bila semuanya tidak ditanggung oleh diri sendiri. Yeah, percutian tanpa mengeluarkan satu sen pon, memang sangat heaven! *blinking eyes wink 
Kalau selalu myra dapat rasa strawberi cicah coklat, but kali ni we all disajikan pula dengan strawberi cicah madu. Sangat marvellous, nyummy! Makan tengahari pula kami disajikan dengan ayam masak merah yang disaluti dengan perisa strawberi. That's mean semua yang dimakan di sini ada rasa strawberi termasuklah air nya. Memeyh ahh sedap sehingga menjilat jari! *wink

Gendang-gendut tali kecapi, senang perut suka hati! So, lepas sesi buncitkan perut makanya bermula pula sesi jelajah sambil menyerbu ladang-ladang di sini. So, apa yang ada di sini? Ada strawberry farm, flower farm, organic bean sprout and mushroom farm! 
Selesai sudah jelajah sekeliling Strawberry Leisure Farm ni, kami para blogger berkumpul dan semestinya untuk bergambar bersama. Howyeah, you all memang best and seriously miss them a lot!



Okae, next destination ialah Istana Alam Shah! Tapi hanya lawatan di luar pagar sahaja, sooo sad. Sebagai pengubat hati duka lara makanya haruslah bergambar di depan istana. hewhew. Teruja rasanya berada di sini, bukan senang saja-saja nak melawat bukan? *heee

Next destination is The Royal Gallery, "Galeri Diraya Sultan Abdul Aziz". Okae, jejak je kaki di sini terus bertambah-tambah teruja! Bukan senang dapat melawat macam ni, phew. Kita patut berbangga dengan sejarah melayu tau! Jom serbu www.galeridiraja.com

Lepas melawat The Royal Gallery, tibalah masanya untuk pulang ke rumah masing-masing. Time ni rasa sebak pon ada sebab trip kali ni memang best, geng media dan blogger yang join semua sporting habis, friendly semuanya. Bilalah dapat bertemu semula. Sobsobss..

Now, berakhir sudah entry about this Kembara Selangor Shines 2011. Till here, thanks for reading sweet readers!



Sumber gambar :  MejahYana YassinRayyan Haris dan sepet




Day 2 - 4X4 Adventures,"FAM TOUR, Kembara Selangor Shines 2011"

Wednesday, December 7, 2011

| | | Comments: (17)
Bangun pagi gosok gigi, 
cuci muka terus mandi, 
pakai baju minum susu makan roti, 
pergi sekolah senang hati.

Opss, hari kedua ni bukan tour pergi sekolah ya but masa untuk jejakkan kaki di hutan! Lagu hanya sekadar hiasan. hewhew. Selesai sudah mandi dan bersiap, kemudian tibalah masanya untuk breakfast! Even myra tak lalu sangat nak makan pagi tapi entah mengapa tekak menjerit-jerit kehausan makanan pagi tu. Mentang-mentang breakfast di hotel makanya janganlah lepaskan peluang sebegini rupa. *wink

Burpppp. Muka kenyang selepas buncitkan perut di pagi hari.hewhew. Sila abaikan muka yang pucat lesi di atas. So now, masa untuk check-out dan terus bergerak ke bas beramai-ramai untuk menuju pula ke destinasi berikutnya iaitu Hulu Selangor (Teratak River View)

Okae, what we're doing here actually? It's for 4 x 4 adventures to Lubuk Kawah! Time ni memang saat yang dinanti-nanti kan tahuu, semua muka tak sabar nak jelajah hutan. Sape taknak try untuk naik memey ahh rugi! Kus semangat, selamat myra bukanlah seorang yang ayu tulen kalau tak memang tak merasalah aktiviti lasak begini. hewhew


Part ni memang best, terbaik!Pengalaman naik kenderaan mengharungi sungai sangat best! Time ni kira first halangan kereta sangkut tengah-tengah sungai, so bayangkanlah kalau korang berada dalam kenderaan tu confirm degupan jantung kencang gila dupdap dupdap. hewhew


Ni bahagian sebelah dari sungai, siap ada asrama tau kat sini. So memang sesuai untuk korang yang nak buat aktiviti perkhemahan, teroka hutan dan sebagainya. Lepas ni bolehlah buat aktiviti blogger pulak kat sini, ade sape-sape nak join tak? *wink


Checkpoint pertama, masa untuk makan makanya muka mestilah bahagia akibat perut sudah membunyikan lagu rock at era. Time ni muka dah tak tahu malu so nak bergambar depan orang lalu-lalang pon buat muka seposen dua jelaa. hewhew.


Sampai kat waterfall kitorang berhenti untuk mandi manda pula tapi time tu myra takde feeling feeling nak terjun pon makanya duduklah saya seorang diri di batu-batu berdekatan mereka sambil melayan perasaan sendirian dan menjadi jurukamera tidak berbayar secara tidak langsung. tettt..


Sesi bergambar di tengah-tengah hutan belantara. Opss, lupa pulak mereka-mereka ini bukanlah semuanya blogger ya, blogger yang join kembara ni hanyalah 7 orang sahaja dan 43 orang yang lain terdiri daripada media, travel agent dan TGA. Sporting habisla dorang ni semua dats why happening gila kembara ni. Terbaik!


Nak tahu tak 4x4 ni habis pukul berapa? Berejam dalam hutan dari pukul 10pagi sampai pukul 11malam baru selesai semuanya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Pengalaman yang takkan dilupakan ialah acara duduk dalam kereta senyap-senyap sambil terlompat-lompat yang lebih extreme dari naik roller coaster tahu! Pheww :')





2. Kalumpang Resort & Training Centre

DSC_0585.jpg

Lepas selesai je aktiviti 4x4, terus bertolak ke Kalumpang Resort untuk bermalam. Kalumpang Resort ni boleh tahan jugakla amannya tambah-tambah ianya terletak di dusun buah-buahan. Wahh, teruja rasanya kitorang berada di two in one sekaligus iaitu resort di dalam dusun. Bau-bauan buah-buahan begitu menusuk kalbuku tambah-tambah bila musim durian ni kan, fullamak slurppp. :')

DSC_0585.jpg
Masa untuk buncitkan perut di Kalumpang Resort. nyumnyum BBQ dinner terbaiklah! Gambar tidak diedit akibat kemalasan. hewhew. So, ada apa di Kalumpang Resort ni? Siap ada karaoke, asrama, cafe, khidmat mengurut pon ada dan lain-lain. Jom serbu web dorang: KALUMPANG RESORT

DSC_0585.jpg
Okae, now masa untuk tidur kroh kroh akibat kepenatan 4x4 adventures seharian. Macam tak percaya pulak dapat pengalaman yang berharga dari kembara kali ni. Best sangat dan memang berbaloi-baloi. So, that's all for today tunggu entry sambungan esok hari ya. Thanks sweet readers!