Terlalu banyak teknik pemakaian shawl yang ada sekarang, yang mana satu pilihan hati?

Friday, September 23, 2011

| | | Comments: (84)
Mulanya dari tudung bawal, beralih pula ke shawl dan kemudiannya pashmina, tudung awning dan macam-macam lagilah yang ada..So, which one yang korang paling selesa?For me, im really in love with shawl compared to pashmina, but why? Shawl lebih nipis dari pashmina yang tebal itu dan lebih selesa dipakai kerana ianya lebih ringan berbanding pashmina..Am i right?Terpulang pada selera masing-masing..


Dulu masa mula-mula ramai mencuba untuk pakai shawl, terkedek-kedek juga kita nak pakai sebab nampak macam best lebih trendy kononnya..Jiwa muda ni, tak lari rasa untuk mencuba bukan? 


Bila dah selesa pakai shawl, lama-lama rasa bosan pulak dengan style yang sama then nak try pulak cara pakai shawl yang lain. Kiranya taknak dah pakai common style la katakan..Masa ni lah, tutorial pakai shawl sangat berguna buat mereka yang mahu mencuba..Aduhai, dah namanya perempuan, macam-macam ragamnya..


Kalau dulu, rasa malu-malu untuk bertukar style itu begitu tebal malunya, tetapi sekarang bila lihat ramai gadis-gadis mencuba pelbagai macam jenis style, so rasa malu-malu untuk mencuba itu kian nipis..Terlalu banyak teknik pemakaian shawl yang ada sekarang, so kita boleh pilih style yang mana menjadi pilihan hati kita..Tapi, kalau boleh biarlah kita confidence dengan apa yang kita pakai bukan?


So, confidence+selesa= IT'S YOU! Rasanya tak perlu kot kita asyik mengikut atau copycat sebijik-sebijik style orang lain, kita pakai apa yang kita rasa selesa dan yang paling penting niat itu biarlah betul..



Lastly buat si gegurl, korang selesa pakai apa? *wink*


Thanks for reading!


Seharian bersama Social Enforcement For National Youth Awareness Program (SENYAP)

Thursday, September 22, 2011

| | | Comments: (23)
Mesti ramai tertanya-tanya apa itu SENYAP bukan?
SENYAP satu program kesedaran untuk pembangunan belia dari segi interaktif maya yang telah berjaya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini. Jemputan pada program ini khusus buat blogger-blogger belia dan pengguna sosial media seperti facebook dan twitter. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah sebagai satu batu loncatan ke arah pembangunan belia dengan menggunakan pena maya belia itu sendiri. Memperkasakan golongan belia merupakan satu mandat yang diberikan kepada Information Technology Youth Movement ITYM untuk muncul dengan satu modul tersendiri dalam mencorak keberkesanan nukilan yang menyumbang ke arah keamanan negara di rangkaian sosial yang semakin ramai penggunanya. Klik SINI untuk teruskan membaca.


Antara blogger-blogger hebat yang hadir 
                              Abang Ben                                  broframestone
                                ceritamamat                                taufiqnazli
Blogger yang dirahsiakan namanya :')
Seramai 54 orang blogger yang hadir dan jangan lupa untuk hadirkan diri anda pada perjumpaan yang akan datang ya..See you there!


I'm in Top 30 Malaysia's Next Top Female Blogger 2011!

Tuesday, September 20, 2011

| | | Comments: (62)
Alhamdulillah, perkataan yang pertama keluar dari bibir pabila mengetahui tentang berita gembira ini..Gembira sakan seperti mahu melompat seperti katak ong kedek kedek itu tatkala membaca email dari Sandra Azwan lima minit yang lepas..Syukur :)




Setakat ini, syukur alhamdulillah kerana tersenarai di dalam Top 30 dalam contest yang dianjurkan oleh Sandra Azwan..Walaupun baru diumumkan sebagai Top 30, tipulah jika hati ini tidak berbunga-bunga sehingga lebar senyumannya hingga ke telinga..hehe


Terkesima sebentar pabila ratusan penyertaan yang diterima akhirnya berjaya menjadi 30 yang bertuah..Sekali lagi gembira tidak terkata, excited pun ada..Perasaan terharu itu kini makin menggunung tingginya kerana peluang ini susah untuk berada di dalam genggaman..


Apa-apa pun, good luck and congrats buat mereka yang juga tersenarai di dalam Top 30 contest ini..All the best to all of you! Mudah-mudahan, murah rezeki kita bersama :)




Style rambut merupakan daya penarik seorang lelaki?

Thursday, September 15, 2011

| | | Comments: (23)
Do you agree that rambut bukan sahaja mahkota bagi seorang perempuan, malah ianya juga merupakan mahkota bagi seorang lelaki? Think think think..Am i right?


So, rambut merupakan mahkota bagi seorang lelaki juga bukan?But why? Kalau pepatah ada mengatakan dari mata turun ke hati, so of course setiap apa yang kita lihat di seluruh bahagian kepala including mata, hidung dan rambut, ianya bakal diturunkan ke hati seorang perempuan *wink*


Now, adakah si jejaka di luar sana sedar bahawa rambut mereka merupakan salah satu daya tarikan semulajadi yang mereka ada? Jika mereka sedar, mereka takkan abaikan style rambut yang sesuai dengan mereka.."Nak pikat perempuan, rambut mau kemas der" kalau tak, takut perempuan terus turn off bila tengok korang..


Sayang beribu sayang kalau korang abaikan kekemasan rambut itu biarpun rambut korang curly sekalipun, biarlah ianya disusun rapi kerana kemas itu KACAK! dan bagaikan terpukau pabila melihat rambut yang kemas dan sesuai dengan bentuk muka seorang jejaka.. So, what are you waiting for? change change change!


Common style, tapi kalau memang sesuai dengan bentuk muka korang, so why not?Asalkan kemas bukan..
Kalau minat korea, mesti suka style macam ni kan...NICE
Curly, so now siapa kata curly hair tak smart?Smart ok!





Thanks for reading sweet readers! :)

Doa putus cinta ( Mengatasi kekecewaan)

Friday, September 9, 2011

| | | Comments: (31)
Putus cinta itu sakit tahuuuu..Tapi lagi sakit bila putus tunang mahupun cerai berai..Kalau putus cinta itu tidak menyakitkan, maka tiadalah kes bunuh diri, gantung diri, terjun bangunan dan sebagainya hanyalah dek kerana putus cinta..

Agak terkedu bila dengar kes yang melibatkan nyawa iaitu mengambil nyawanya sendiri..Sedih bukan?Maybe si dia hilang arah tuju, terlalu sedih memikirkan sakitnya ditinggalkan dan tiada sokongan moral disekelilingnya..

So, pada waktu inilah betapa bernilainya erti seorang sahabat..Nasihat dan sokongan orang sekeliling sangat bernilai untuk build up balik semangat diri..Kita sebagai seorang kawan, jangan lokek untuk terus memberikan semangat buat mereka yang sedang bersedih hati..

Tak lupa juga untuk teruskan berdoa, mudah-mudahan senang untuk lepaskan orang yang pergi dari hidup kita itu..Selamat beramal :)


Thanks for reading :)

Meriahnya mercun di hari raya

Saturday, September 3, 2011

| | | Comments: (26)
"Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria"

Pabila lemang, ketupat, rendang, kuih raya semuanya di depan mata, maka perut menjerit kesukaan, tekak dan lidah tidak sabar untuk menjamah kesemuanya..What?Kesemuanya? Sebelum itu, saya ingin berpesan jangan melantak dengan rakusnya dengan alasan raya sekali setahun je ya, takut nanti kencing manis pula..Sesal kemudian tiada gunanya ;)

Bercerita pula tentang mercun, di mana sahaja anda berada im sure that, bunyi-bunyian mercun kebabom itu tetap menjadi halwa telinga di musim perayaan ini..Oh indahnya bunyian yang boleh membawa maut pada seseorang yang punyai sakit jantung itu =.=

Sedang mereka enak bermain mercun, di masa yang sama juga kita sedang enak menutup telinga akibat takut serangan jantung secara tiba-tiba..dupdapdupdap..Apa yang best sangat main mercun ni ya?Maybe ianya sama seperti bunyi bom?err..Meh kita sama-sama kenal jenis-jenis bom eh mercun..

Mercun gasing

mercun telur
mercun rocket
Mercun bawang (pop pop)






Lastly, SELAMAT HARI RAYA! jangan main mercun tau!