Blogshop pilihan ramai

Thursday, April 28, 2011

| | | Comments: (13)
Hye sweet readers!

Blogshop?Rasanya masih ramai lagi yang takot untuk bershopping secara online..Shopping secara online ni amat sesuailah untuk anda-anda yang malas untuk keluar rumah tetapi mahukan new stuff di dalam wardrobe korang..Almaklumlah, perempuan memang suka melihat barang yang comel omel menghiasi almari supaya banyak pilihan dan tidak jemu untuk dipakai..Tetapi, janganlah sampai melimpah ruah pula ya, itu membazir namanya dan membazir itu kan amalan syaitonn..huu..Kenapa perlu takut untuk shopping secara online?

  • Kualiti diluar jangkaan (Tak seghupaa bikin dengan gambar)
  • Size tidak match dengan ukuran badan (sendat atau menggelebeh)
  • Apa yang kita dapat tidak seiring dan sejalan dengan barang di gambar contohnya dari segi warna dan ukuran


Klik untuk tumbesaran :)

Masih ingat gambar ni di beberapa post yang lepas bertajuk "Night of inspiration"?Yeah, actually that grey skirt, pinky polkadot puff blouse and beg comel itu semuanya dibeli secara online dan dibeli di blogshop yang berlainan..Ni semua angkara tidak cukup masa dan waktu untuk keluar berlegar-legar di mall segala..So, just grab what we see..


Pinky polkadot puff blouse from BATIK VALLEY
Skirt HANA TAJIMA from LOVE BUNGA QUERIDA
Beg comel from MISSLILY SHOP


Dan apa yang myra dapat dari mereka? Customer service yang terbaik dan kualiti barang yang also GOOD!!Sangat berpuas hati dengan ketiga-tiga blogshop tersebut..So, mari kita serbuuuu! *wink*

New header untuk blog myravea!

Monday, April 25, 2011

| | | Comments: (31)
Bila bercakap tentang header, saya memang cepat buhsan..apa yang buhsannya?Saya bosan melihat benda yang sama, benda yang kita tatap hari-hari yang sama..bagai menatap batu yang tersadai dek panas dan hujan tetapi bentuknya tetap sama, warnanya tetap sama, tiada secalit perubahan..

Boring bukan?bohsan bukan?jemu bukan?Ya, tiga perkataan yang berlainan tetapi sama maksudnya..So, bila boring dengan header penyambut tetamu kita ni, mulalah meroyan nak tukar..tukar kaler itu ini dan akhirnya kepala pening untuk memilih..
Percubaan pertama
Percubaan kedua
Percubaan ketiga


At last myra pilih yang ketiga tuu dan terpaksa tutup mata untuk dua header yang lain..hee..Saya gila pink habis semuanya nak letak kaler pink..alahai pink , kenapalah kau semanis lollipop strawberi itu.. *wink*



p/s :kalau awak awak rasa header baru ni tak sesuai dengan blog pinky myra ni, kritikan anda amatlah dialu-alukan :)

Best sangat ke subjek LAW?Jadi lawyer ni best?

Sunday, April 24, 2011

| | | Comments: (5)
LAW LAW LAW..


Best sangat ke subjek law ni?Betul-betul buat tak senang duduk..Pegang buku salah, makan salah, mandi salah..Hadoii..pening, migrain semua ada bila pikir pasal law ni..Rasa macam nak rebus buku ni then minum air dia, tapi adakah cara ini berkesan?Alangkah bahagianya hidup ini jika ianya berkesan so tak payahla nak bersusah payah menghafal segala section, case bagai..


Masa zaman sekolah dulu, masih segar dalam ingatan statement terbaik dari ustaz.."Tak payah susah payah baca buku, rebus buku pastu minum confirm ingat"..Alahai ustaz, alangkah bahagianya jika apa yang diperkatakan oleh anda itu benar belaka..Jika benar, semuanya akan dapat straight A, confirm semuanya pandai belaka..hehe..kelakar pulak bila diingatkan balik, ustaz memang suka buat lawak jenaka begitu kan..pecah perut saya kalau percaya bulat-bulat pasal tu..


Berbalik kepada law..Kenapa myra meroyan tiba-tiba pasal law ni?Okae, esok hari ialah hari penentuan myra akan lulus dengan cemerlang untuk subjek "BUSINESS LAW" ini atau tidak..Doakan myra dapat menjawab paper ini dengan super cemerlang ya..Tak tipu otak ini boleh jem dengan segala section dan cases yang nak kena hafal..Macam manalah budak law handle masalah menghafal section semua ya?Saya betul-betul tabik springla dekat korang yang amik law ni..yang myra ni wajib kena ambil subjek ni untuk this sem..Ni baru 1 subjek saja untuk law bukannya kos sepenuh masa..pheww






Terima kasih sudi baca, doakan myra untuk esok ya..dua paper menanti esok hari..waduhh..

PART 15 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Friday, April 22, 2011

| | | Comments: (3)
Blogger ke 43 :  LUQAZ
Blog luqaz ni seriously smart!Tengoklah header die dah nampak unik and style..hihi..overall memang kemasla..I LIKE! :) 




Blogger ke-44 : AIDA OMAR
Blog yang kemas dan tak semak mata memandang..NICE! hihi..bertemakan warna pink dan biru air yang sangat cun serta bertemankan katak sebagai penyeri header..hehe..yela, dah name blog pon si froggie kan :) Overall semuanya kemas, cayalah!




Blogger ke-45 : SYUEDA
Alolooo..comeyhnye blog ni..doodle die pon comey omel kat header tu..warna pilihan blog syueda ni warna yg lembut-lembut, sweet je tengok..NICE!

Night of Inspiration Dinner

Tuesday, April 19, 2011

| | | Comments: (12)
Hye sweet readers!



Lusa dah nak start final boleh pulak sekarang ni ade mood nak update blog..Doakan myra tenang untuk study dan menjawab paper dengan sempurna ye..hihi..Btw, takpela dah alang-alang online ni, kite hupdate skali walaupun dah nak seminggu berlalu event ni..Ape die night of inspiration ni?Alaaa, ni dinner budak BMA(Business Management Association)UITM Kuala Pilah yang punye..huuu..




Now, lets the picture speaks!
Boleh buat cover majalah tak?*winkwink*
Gara-gara tak mahu pulang dari majlis, one two three cheese!!
Love pink itu diletakkan supaya ada seri di mulut beliau..huhuhu
Bergosip dikala kamera di hadapan
Aksi panas pada malam itu dan gambar terpaksa diblur kan..TETTT






WHAT WOULD A DAY WITHOUT INTERNET BE? I CANNOT IMAGINE..

PART 14 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Sunday, April 17, 2011

| | | Comments: (1)
Blogger ke-40 : CIK IDA
 Blog yang simple and kemas..Full dengan kaler purple yang sweet..NICE :)


Blogger ke-41 : DAYANA AZ
Blog dayana bertemakan warna pink!I LIKE! hihi..Blog ni kemas and cun!hehe..


Blogger ke-42 : IZZATI

Blog izzati ni sangat comel okae, pink pink pink..hehe..dihias dengan bunny comel dekat header tu soo sweet! :)

Cinta manusia itu cinta buta

Tuesday, April 12, 2011

| | | Comments: (14)
Benarkah cinta manusia itu buta?Korang pernah terfikir tak?Cuba kita belek-belek balik pengalaman manis masam duka lara serta melalui pengalaman orang disekeliling kita..jom kita terjun di dalam dunia realiti kehidupan ini sama ada korang angkat tangan tanda setuju atau tidak itu terpulang..Ini belog aku bukan belog kau, suka hati akulah ini pendapat aku!hahaha..maaf, bergurau sekali sekala takpe kan..*winkwink*


Bila cinta itu buta semua yang pahit ditelan hidup-hidup seperti manisnya lollipop bulat sebesar gajah itu..Percaya atau tidak, korang renungkanlah pengalaman yang ada sedalam yang mungkin..


Cinta itu memang buta pabila semuanya yang hodoh belaka pada kita semuanya cun tahap OMJay..Contohnya? 

  • Dia bau masam macam tak mandi setahun pon kita cakap aww, awak wangi saya suka..
  • Kaki berbulu macam hutan pon kita anggap aww, soooo sexy!
  • Rambut macam dawai kita cakap, aww saya suka rambut awak
  • Gigi kuning macam kulit pisang pula kita cakap aww, gigi awak gigi emas
  • Dia sakitkan hati kita pon kita anggap alah bisa tegal biasa
  • Dia buat benda yang kita tak boleh terima pula kita kuatkan semangat dengan menerimanya dan berharap dia akan berubah
Dah dah..cukuplah contoh-contoh kat atas ni yek..korang pernah tak rasa macam ni? Cinta itu buta tanpa kita sedari bukan?Angguk tanda setuju, geleng tanda err err tak setuju? mana satu jawapan korang?

Untuk kaum perempuan yang amat disayangi sekalian, walaupun cinta itu buta tapi sebelum ada ikatan yang sah janganlah kalian sesekali terfikir untuk menyerahkan mahkota yang paling bernilai itu kepada pasangan anda yang belum punyai ikatan yang sah..Sekali anda serahkan, seumur hidup anda akan diselubungi oleh penyesalan..INGATLAH..

PART 13 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Sunday, April 10, 2011

| | | Comments: (7)


Blogger ke-37 : SAZA AINFINEEZ
Header blog ni cantikkan..NICE!Blog ni bertemakan hitam merah yang smart..sukee kite tengok...hehe..gambar yang kiri sbelah header tu shoutbox tuan blog tau..cantik je tengok, gambar dinner ye dear?hihi..



Blogger ke-38 : BATRISYA AMYLEA
 Blog ni simple and nice..Background blog yang colourfull , naikkan seri blog..hihi..Widget love-love menghiasi sidebar..



Blogger ke 39 : QYRN DISHDUSH
Waah..blog ni sangat-sangat pinky..sukee sangat-sangat, tak tipu..Kalau korang nak tengok contoh blog yang kemas, haa...ni lah salah satunye..Tak percaya?sila lihat dulu k..Header blog die pon menarik..comel sangat! LOVE IT!

PART 12 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

| | | Comments: (2)

Blogger ke-34 : ARA TASHA

Blog ni masih simple, menggunakan template designer dan yang paling penting ialah pink! shukeenye pink pink ni..

Blogger ke-35 :  biela lah
Blog ni pon simple, background music menjadi pilihan hati dan lagi sekali, pink itu tetap ada..omai omai, banyaknye blog kaler pinky pinky ni..hehe..
Entry terbaru : SPM keluar suda

Blogger ke-36 : 
Header yang simple tapi still smart :) Blog ni pon simple, kalau nak comel omelkan blog, boleh carik tutorial kat google tau, search je nanti..hihi
Entry terbaru : APE-APE JELAH!

Jom serbu join "Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway"

Saturday, April 9, 2011

| | | Comments: (2)
Hye korang!! Kali ni rase macam nak join pulak giveaway yang si comel yuyu anjurkan..So, langkah seterusnya ialah :
Nak join? Klik header atas ni yek


Macam best kan?ape tunggu lagi?Sila serbuu beramai-ramai!! *wink*

PART 11 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

| | | Comments: (2)
Nak join?jom klik banner di sidebar! :)


Blogger ke-31 : BIDADARI KAYANGANKU
Blog yang simple dan sweet-sweet candy gitu..bertemakan warna baby blue dan pink yang sememangnya sweet..Blog ni simple dan senang nak loading..Keep it up! :)


Blogger ke-32 : FAFA ADMIERAH 
 Blog yang menarik, background blog yang berkayu kayan,Nice :) Tapi rasenye kena letak plain background untuk post tau supaya entry dapat dibaca dengan pantas dan lebih kemas :)


Blogger ke-33 :  Nurul Afiqah
First impression bile tengok header die, "Wau, ni mesti minat gler die kat Akim ni"..hihi..blog yang sweet dengan background blog..Kekemasan di sidebar boleh diperbaiki lagi tau dear :) keep on blogging!

PART 10 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Thursday, April 7, 2011

| | | Comments: (6)
Nak join?klik banner di sidebar! :)






Blogger ke-28 :  GADES MERAH JAMBU
OMJayy! pink pink pink!! hello kitty comel di header pon sangat pinky..aloloo, comeyhnyee...Gambar tuan blog yang comel omel pon ade menghiasi sidebar dan blog tak banyak widget,tak berat so cepat untuk loading..GOOD!I really love pinky blog!hihihi


Blogger ke-29 :  zieyRa suLLey©
Blog zieyra ni simple dan kemas :) Kat sini ade banyak tutorial, so kalau korang tengah cari blog yang ade tutorial, bolehlah ke sini.. Korang pon boleh request tutorial dekat owner blog ni..hehe



Blogger ke-30 :  Bro Azqar
Wah, ini blogger kedua yang jantinanya lelaki join bloglist myra ni..maceh2..Myra tertarik bila tengok headernye, header yang simple, dan dihiasi dengan kata-kata "HANYA RUANG UNTUK MERENUNG MENGHAYATI DAN BERFIKIR"..Nampak menarik bukan?ape lagi, jom kita serbuuuu! :)

Terharu pabila blogger famous CIK EPAL dan YUYU ZULAIKHA komen di blog myravea

Tuesday, April 5, 2011

| | | Comments: (15)
Hye sweet readers!!

Korang kenal tak sape Cik Epal dan Yuyu Zulaikha ni?Kalau tak kenal, sila masuk gaung tanam jagung eh bukan-bukan sila balik kampung tanam jagung atau kalau nak ayat yang lebih sopan sikit, jom klik name yang di BOLD kan di atas untuk ke blog mereka berdua..kuikuikui
Dorang komen di entry SINI ..Waa..terharu sambil lap-lap air mata sebab mereka sanggup turun padang tengok blog cikai myra ni..kuikuikui..Cik epal siap bagi semangat untuk teruskan berblogging, again sapu air mata..Yuyu Zulaikha pulak sanggup komen even namanya hanya seketul sahaja di entry tersebut..So, sape kate blogger famous itu sombong?wuwuwu..tak baik tau korang..Time kasih kamu berdua..hug ketat-ketatla gini..*heee


OMJayy, i really like them!!Eh, bukan suke yang bermaksud tangkap cintan dengan tuan blog ye tapi i really love their blog..hehe..macam-macam kerenah kita dapat baca pasal dorang ni..dari lenggok ayatnya, dari jalan ceritanya, dari perkataan yang digunakan dan semuanyalah yang boleh buat kita terburai gigi dan urat-urat perut..


Cik Epal terkenal dengan gonjengnya serta tempe..kalau nak ayat panjangnya pulak macam ni haa "Cik Epal gonjeng yang suke makan tempe dan menternak lemak"..hehe..See? bila kita engat cik epal ni mesti teringat pasal gonjeng, tempe dan menternak lemak..hehe..banyak dah kot myra cerita pasal cik epal ni di entry yang die komen tu..Nak baca?pi klik kat entry SINI..


Yuyu Zulaikha pulak terkenal dengan lukisan comel omelnya dan setiap lukisan yang dilukis mesti ade caption begini "Lukisan hudoh tak bermaksud tuannya pon hudoh"..wuwuwu..Suke beno myra baca blog yuyu ni sebab ayat dia pon comel omel macam tuannya..Tak caya?sila baca baru tahu..sempoi je ayat dia and menarik untuk dibaca sambil guling-guling tekan perot..hehe





Thanks for reading sweet readers! :D *senyum nampak gigi rabbit yang omel tu..heee*

PART 9 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Monday, April 4, 2011

| | | Comments: (4)
Nak join? klik banner di sidebar! :)




Blogger ke-25 : SyEraa  
Fuh, URL blog syeraa ni agak menakutkan laa..hihi..bukan menakutkan ape, Try korang tengok url die ni.. "kosebukpehal.blogspot.com" ..Really menakutkan bukan??hehe..maybe tu trademark die :) Blog sheraa ni kemas, warna peach sweet itu menghiasi dinding belognye dan putih salju..Btw, myra suke sangat dengan cursor die, sangat comel okae! 
Entry terbaru : PYCAH ABD RAHIM



Blogger ke-26 : PYCAH ABD RAHIM
First of all, maaf ye tuan blog..myra da refresh banyak kali dah tapi header die still separuh..uwaa..sila salahkan berukband ini..huuu..blog pycah ni pon simple tapi naik seri dengan background die..lawa laa dinding blog, amek kat mane yunk?hee..banyak betul gambar budak kecik dalam entry die, ni mesti "Sayangilah anak anda" eh bukan "sayangilah kanak-kanak"..hihi..Good2 :)
Entry terbaru : aku sahut cabaran itu :)



Blogger ke-27 : FARAH DAFRI
Tajuk blognye ialah "Blog yang sangat gelimat" macam yang koranh tengok dekat header ni..hehe..Geli geli aii tau! *hee..Blog farah ni ada DIY dan banyak TIPS!!OMjayy, best best!Korang patut terjah, macam-macam adee..hehe..




Mereka pernah menjadi idola blog ramai blogger

Sunday, April 3, 2011

| | | Comments: (23)
Sebelum melebarkan sayap untuk entry ini, sila gerakkan dahulu kepala sambil menyanyikan lagu "Angguk-angguk geleng-geleng, tunduk-tunduk ikut sajaa" supaya feel membaca itu diperolehi setelah sedikit pergerakan atau dikenali sebagai exercise kepala dilakukan.. *heee


Myra nak buka sejarah lama yang mungkin sejarah kita juga sama sambil belek-belek situasi di dalam minda..Apa yang sejarahnya?Ini adalah tentang sejarah saya opsss bukan tetapi sejarah blog saya..Eh, blog pon ada sejarah? okae mari kita lihat apa yang sejarahnya:



  • Siapa idola blog korang semasa mula-mula berblogging?
  • Blog siapa yang korang selalu terjah semasa anda mula-mula berblog?
  • Bagaimana korang boleh terjebak di alam blogging ni?

Sejarah ke ni?kuikuikui*gelak sopan*..Apa-apa pon boleh asalkan flow kita sama iaitu flow semasa mula-mula berblogging sebab myra nak ceghita sikit pasal blogger yang pernah terkunci atau terpaku dalam list blogger idola myra suatu ketika dahulu *hee..


Dulu myra tak reti nak ping blog dekat mana, nak cari blogger lain macam mana dan ada ke orang lain yang buat blog?Okae, malu sebab dulu memang tak tau ni semua sampai boleh tanya dekat diri sendiri ramai ke ade blog?Apa fungsi blog?Blog ni diari kita ke? Tapi itu dulu, sekarang bukan lagi katak di bawah tempurung itu, sekarang katak yang mahu melompat dengan lebih tinggi..ongongkedekkedek *sambil senyum tersipu malu*


Dulu masa baru buat blog, bukan selalu update blog pon selalu baca blog orang je sebab tak tau apa yang perlu kita tulis dalam blog sebenarnya?Dan dulu memang myra ni kira kaki stalk blog orang tanpa meninggalkan sebarang jejak..Tapi, di alam blogging ni orang takde lah panggil STALKER tapi ayat yang lebih manis didengar iaitu SILENT READERS..

Korang nak tahu blogger mane yang myra jatuh hati dengan belognya dulu?Haa..meh sini, mari dekat mari dekat untuk kite-kite ajee sambil bisik-bisik sebab seganla dengan blogger famous amos ni..kuikuikui *gelak sopan lagi sekali*




Kite set gambar extra-large ye awak sebab barulah nampak betul-betul idola *hee

Haa..ni lah antara blogger idola myra sewaktu blog mula ditubuhkan..choii, bakunya ayat aku..kuikuikui..Tapi seriously berdirinya saya di sini, eh duduknya saya di sini dengan senang hati limpa dan jantungnya saya mengaku bahawa blog cik epal gonjeng yang suke makan tempe ni lah yang sampai sekarang myra dok bukak tutup hari-hari..Bosan?Oh tidak sama sekali..Blog ni penuh dengan cerita yang boleh buat myra tersenyum kadang-kadang senyum sampai nampak gigi sekali tapi kadang-kadang boleh buat myra senyum guling-guling pon jadilah awak..Kalau tension je, bacalah blog cik epal gonjeng ni mesti awak lega membaca ceritanya..





Hye kakak lolly, maybe kakak tak tahu yang kakak ni idola blogger adik myra masa mula-mula myra buat blog dulu..Sungguh, adik tak tipu tau kakak..Erk, tahap kegelian terserlah dengan ayat nak mintak pelempang..kuikuikui..Okae kembalikan mood korang sambil menghidup udara nyaman malam ni..Myra kenal miss lolly ni masa start myra join GENGBLOGGER dulu..Masa ni akak lolly kite ni memang di dalam ranking pertama dalam gengblogger dulu..Balik-balik muka dia so macam manalah hati ni tak terpaut..Miss lolly ni memang petah berkata-kata, macam-macam cerita dia ada dengan ayat yang selamber..Sukee aii tau bace blog uuu sambil laga-laga pipi..




Maka tamatlah sudah entry untuk kali ini..Korang pulak ade idola blog tak?Tak kisahla idola blog sekarang ke dulu ke..Ni kalau kite bukak pasal idola blog sekarang mesti nama-nama blogger ni yang muncul kan kan..




dan semestinya CIK EPAL.. Sila angguk tanda setuju yek..Eh,ada lagi sorang tertinggallah!Sape die??Alaa.. si MYRAVEA tu?kuikuikui..*gelak malu sambil tutup muka tahan gelak guling-guling sampai jatuh katil*..boooo

PART 8 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Saturday, April 2, 2011

| | | Comments: (3)
\
Nak join?klik banner di sidebar :)





Blogger ke-22 : ZOEY ZAU YAH
Wah..sungguh comel tuan blog, mata yang bulat manis dipandang..hehe..sape nak memgorat pergilah ke blognye *hee..Blog kakak comel ni simple, banyak gambarnya yang comel di sidebar untuk tatapan mata..hehe..Siap ade ni : AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 ..Haa, jangan main-main ye.. 
Entry terbaru :Nak mekap mata cam barbie? moh tengok video barbie make up tutorial




Blogger ke-23 : MYEZATUL AKMAR
Blog yang bertemakan warna putih yang suci ditambah pula dengan hitam manis..di mana manisnya?Haa..hitam manis iaitu hitam polka dots..Dots dots dan header tuan bloglah menjadi penaik seri..hehe..susunan sidebar yang kemas, overall semuanya kemasla..NICE!




Blogger ke-23 :  Sheda Argos
Blog ni comel! Suke sangat title post dekat sidebar die..Blog ni comel dengan warna hitam, biru dan pink..sweet!
Entry terbaru : CINTA LANGIT DAN LAUT!