PART 5 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Wednesday, March 30, 2011

| | | Comments: (6)
Klik banner untuk join bloglist :)




Blogger ke-13 : SITI NURFAEEZAH
Blog yang simple, header pon simple tapi myra suke shoutbox die..COMEL! Btw, kalau nak tempah header dekat myra, tempahan sentiasa terbuka tau..ewaah siap promote pulak..Kalau faezah nak background yang comel omel, boleh try tengok dekat photobucket takpon cari je dekat image search dari google dengan hanya taip "Background comel" kemudian tekan OK..huhu pastu copy code gambar then pastekan ke dalam template designer..Kalau nak gune template designerdekat blogspot ni senang sikit sebab kite boleh adjust mengikut citarasa.. 
Entry terbaru : Cerai suami guna surat taklik Siam




Blogger ke-14 : Pink Miraa
Blog myra ni sangat pink!Hehe..nickname die pon pink jugak..wahh, betul-betul pink addicted ni..hihi..Blog die sangat comel dengan warna pink dan bebas dari widget yang tak penting..NICE!cumaaa, ade music pulak..hehe..
Entry terbaru : Show Me Your BFF Contest





Blogger ke-15 : ZUHAIDA ZUNAIRI


Blog yang simple dari segala widget and cepat nak loading..GOOD! hehe..blog zuhaida ni naik serinya dengan background bunga merah tu..comel je, kemas dan simple :)
Entry terbaru : hai .





Group "KAMI BENCI BLOGGER" di facebook!

| | | Comments: (8)
Awak benci blogger? Saya benci blogger?Kamu benci blogger?Kami benci blogger? Dia benci blogger?




Perlu ke benci-membenci blogger? Tapi yang kelakarnye ade jugak blogger yang ping entry dorang kat sini..hehe..Mulanya myra engat group ni untuk mereka yang betul-betul bencikan blogger rupanya ramai jugak blogger yang ping entry dorang kat sini..teheee..Itu yang kita tak tahu sebenarnya, menyokong atau membanteras atau suka-suka nak kelik mengelik LIKE?*sambil sengih nampak gigi rabbit*


Klik gambar untuk ke group


Info group: Katakan Benci Pada Blogger..Jikalau dh benci..sertai jelah.... :)

PART 4 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Tuesday, March 29, 2011

| | | Comments: (11)
Myra akan membuat sedikit review tentang blogger yang join bloglist myravea ni and hopefully segala syarat dapat dilaksanakan dan myra akan memulakan sesi membelek blog korang..Buat yang masih berminat nak join, bolehla klik banner di atas untuk maklumat lebih lanjut *wink*




Blogger ke-10 : SYAFIQA HIDAYAH
Fuhh, blog syafiqa sangat kemas dan comel dengan warna pink and ungu tuu, nampak sangat sweet, betul tak tipu..hihi..Template buat sendiri ye, cantik! NICE! Entry terbaru : CONTEST POSE DEPAN CERMIN








Blogger ke-11 : anis sabreena
Blog anis simple dan bebas dari widget-widget yang tak patut..Cepat nak loading, good!Template blog menggunakan template designer dan kalau anis nak bagi blog jadi chumil gitu bolehlah search dekat google tutorial untuk cantikkan blog..kite kasi bagi nice yek :) Entry terbaru : Saya Sabreena Zakey.








Blogger ke-12 : WAN GERRARD
Rase seronok pulak bila wan gerrard si jejaka malaya ni join bloglist myra..So dapatlah myra jadi salah seorang Girlfriends gerrard di bloglistnye..Actually wan selalu jugak datang jenguk myra dekat blog sebab tu myra cam sapela jejaka hot dekat header dia sambil menendang bola tu..hee..Okae, blog wan ni sangat kemas and die pandai manage kekemasan blog..Kalau tak caye, jom terjah! Entry terbaru : GF Gerrard 1 - Sharifah Amani

PART 3 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

| | | Comments: (4)
Jengjengjeng..kali ni sedikit review tentang blogger ke 7-9 yang join bloglist myra..Buat korang yang suka blogwalking, mari-mari ke blog diorang ni..Dan buat yang baru nak join, klik ke banner untuk ke entry tentang bloglist ni yek :)SMILE





Blogger ke-7 : Nabila Huda
Blog nabila ni bertemakan kaler ungu so buat korang penggemar ungu @ purple, bolehla kumpul geng purple lepas ni yek..hehe..Blog ni ceria dengan background polka dot, comel sangat maybe sebab myra suka tengok dots dots tu kot..hehe..Entry terbaru :Nak mengarut boleh tak malam ni?



Blogger ke-8 : DEA
Header yang nice too see, comel je kan header die even banyak warna..NICE! Blog dea ni bertemakan warna pink..Aww, i like i like..hehe..Background blog dea petak-petak pink yang ceria mata memandang.. Entry terbaru : Pekebendanya ni?




Blogger ke-9 : SYARAFINA
Blog syarafina ni simple dan bertemakan ungu macam nabila tadi..Kalau korang tak suka blog yang simple, boleh belajar dari tutorial bagaimana nak cantikkan blog seperti tutorial background untuk title post dan sebagainya.. Entry terbaru: Ucapan terharu nak minta tolong dari korang




PART 2 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

Monday, March 28, 2011

| | | Comments: (2)
Hye korang!!Macam biasalah, sekarang myra akan updated blogger yang join bloglist myra dengan tahap kerajinan tangan ini meng'upload' header-header blogger ni siap bagi pandangan lagi..hehe..hope korang berpuas hati..Buat korang yang nak join bloglist ni, klik banner di atas ni untuk maklumat yang lebih terperinci.




Blogger keempat:  CIK MIEZA
Blog cik mieza ni sangat menyerlah dengan background yang bertemakan bunga-bunga ditambah pula dengan kucing meoww meoww sebagai peneman untuk shoutbox die..Sangat comel okae! Dia dapat manage blog dari sebarang widget yang tak patut..NICE!












Blogger kelima : CIK ANIS NASRI
Blog yang berwarna oren sebagai pelengkap blog..URL blog yang unik iaitu "pipibelubang"..hehe..Mungkin ade kisah disebalik tajuk blog tapi myra tengok pipi di gebu je comel orangnya..Cik anis di rasanya sangat suka join contest, so buat korang yang gemarkan contest ni bolehla singgah ke blognya untuk usha-usha contest :)












Blogger keenam : CIK ELYZATUL NASTAYSAH
Haa..blog ni kira geng myralah..haha..kenapa?sebab serba pink!OMjayy sukee sangat siap blink-blink lagi..Pink itu memang menawan kan?ada sape nak bantah? *teheee ..Blog ni kemas dan simple dari widget-widget yang tak patut so senang nak loading..

PART 1 : Mereka yang bertapak di bloglist MYRAVEA!

| | | Comments: (9)
Salam..hye korang!!Nampaknya masih ada yang sudi untuk join bloglist myra ni..terharu biru pula rasanya sambil melompat dengan riang seperti kanak-kanak ribena untuk meraikan kedatangan mereka..Terima kasih buat yang sudi join..okae, myra akan membuat sedikit review tentang blog-blog yang sudi join..Jangan risau, ruangan bloglist masih terbuka..






Blogger pertama:  areliff
Blog yang sangat simple dan kemas! Warna oren dan putih menjadi pelihannya..Phew, header oren tu naik seri laa bro..hehe..Entry terbaru : HARI MINGGU HARI MAGGIE a.k.a MEE SEDAP!






Blogger kedua : apple sweet
Terharu sebab sis ija ni salah seorang blogger yang menempah header dari myra..Serba pink dan putih belognye, sangat comel dengan warna pink..Entry menarik darinya : MENGAPA BERDENDAM?





 Blogger ketiga : anisah sani
Anisah ni tangkap cintan dengan warna purple agaknya..Maka, terhasillah blog yang bertemakan purple hitam yang cumil..Blog anisah ni tak banyak widget dan blog pon tak berat..Senanglah untuk si penggemar blogwalking ke blognye.. Entry terbaru : 22nd BIOCHEMISTRY INTERVARSITY SEMINAR

Tips : Kenapa kita selalu menilai seseorang melalui raut wajahnya dan cara untuk elakkannya

Sunday, March 27, 2011

| | | Comments: (18)
Korang pernah terfikir tak kenapa kita suka nilai orang lain melalui raut wajahnya atau sifat luarannya? Tak kisahla dia cun melecun ke, dia kurang cantik ke die kurus keding ke die comel montel ke ataupun hodoh macam beast dalam cite beauty and the beast tu ke dan sebagainyalah..Suke betulkan kita nak judge orang lain hanya dengan sifat luarannya?Tapi kenapa?Don't judge a book by its cover!




keciknye!! sila besarkan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok STOP! sudah cukup tumbesarannya!


Gambar di Ulu Bendul Recreation Park , negeri Sembilan :)

Milah : Weh, aku tengok budak yang kiri bawah sekali ni macam sombong je..
Maria : Itulah, aku tengok pon die macam sombong giler sebab tak pernah nampak die senyum langsung..dengar cite die ade gadoh dengan si Fafau tu
Milah : Laa..gadoh kenape pulak?
Maria : Entahla, kalau tak silap dorang gadoh sebab budak tu selalu pinjam baju Fafau tak mintak izin
Milah : Fuh, biar betul ko..budak tu muat ke nak pakai baju si Fafau tu? Macam besar semacam lak, biar betul ko ni..
Maria :  Itulah, aku ade terfikir jugak..Tak surela sama ada orang saje nak buat cerita ke ape ke kan
Milah : Macam ni lah, walaupun muka dia nampak sombong semacam, kita tak boleh nak judge dia and percaya bulat-bulat semua cerita busuk pasal dia..kita kan tak kenal dia..
Maria : Aku pon setuju dengan ko weh, kita tak kenal pon hati budi dia.. So dahla stop nak judge orang macam ni..Kalau orang lain cakap aku sombong then cerita bukan-bukan pasal aku pon aku rasa sakit hati weh..
Milah : pheww..mintak simpanglaa..insaf jap


See?sebab tak pernah nampak dia senyum pon orang dah cop sirim dekat dahi dia yang dia ni sombong gilerrr.. Kesian si mangsa, apalah salah dia..setiap individu berbeza bukan? Kita tak kenal pon dia tu, tak tahu pon perangai dia tapi dah judge macam-macam pasal dia..Kalau judge benda yang elok takpe jugak..Bak kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta"..Maksudnya di sini, kalau kita tak kenal seseorang tu, kita takkan tahu hati budi dia..


Bagaimana nak elakkan diri dari menjadi kebiasaan rutin harian kita?
  • Stop talking about others
  • Sebelum judge, fikirlah secara matang
  • Jangan kaitkan khabar angin yang belum tentu betul puncanya
  • Tanya diri kita dulu, "Perlu ke aku nak jaga tepi kain orang lain?"
  • Sebelum berkata selepas judge seseorang tu, fikirkan balik bagaimana kalau ada orang lain judge yang bukan-bukan pasal diri kita?
  • Letakkan posisi orang yang kita nak judge tu dekat posisi kita, mesti korang akan stop menilai orang lain




Last but not least, menilai seseorang dari pandangan kita sendiri bukanlah penilaian yang terbaik melainkan kita kenal hati budi dia..






Tips : Bagaimana caranya untuk berdepan dengan orang yang kita tidak suka

Friday, March 25, 2011

| | | Comments: (12)
In our life, I’m sure that setiap orang punyai seseorang yang korang akan rasa kurang senang dengannya, kurang senang dengan sikapnya, ataupun dengan tutur katanya.. Mungkin jugak korang ada perasaan sakit hati dengan perangainya satu ketika dahulu dan korang rasa susah nak memaafkannya sehinggalah ke hari ini..Betul tak?

So,macam mana kite nak berdepan dengan orang yang kita tak berapa nak suka ni? apatah lagi kalau korang akan berdepan dengannya setiap hari di tempat anda belajar ataupun di tempat anda bekerja..



Nak tahu caranya??
Meh kita cuba cara ini dan hopefully membuahkan hasil :)




1. Pasang niat untuk jadi serasi dengannya.
Niatkan yang korang nak berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai dengannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara korang.. Pasang niat anda untuk “OK” bila bersama-sama dengannya, biar terbit rasa gembira apabila berbual-bual dengannya.
After that,hati anda akan terasa lapang dan tenang.

2. Lupakan masa lalu, maafkannya, doakannya.
Sebelum berjumpa dengannya, sebelum terserempak dengannya di tempat belajar atau di tempat kerja, ambil keputusan untuk melupakan saja kesalahan dirinya dekat korang.. Lupakan kesalahannya supaya emosi korang akan menjadi lebih ringan dan tidak terbeban dengan memori pahit yang boleh menyakitkan hati korang tu.. Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya, sebelum dan sesudah berjumpa dengannya..

3. LET GO.
Actually, korang kena lepaskan segala yang terbuku di hati korang, pilih untuk melupakan semuanya so that korang dapat rasa lebih tenang.. LET GO.. Ambil keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hopefully hidup korang akan jadi lebih tenang apabila kita memilih untuk melupakan semuanya yang negatif..


TRY IT!!U WILL FEEL MUCH BETTER AFTER THAT :)




Bosan dengan ayat "I LOVE U"? Mari kita belajar bahasa lain yang sama erti!

Thursday, March 24, 2011

| | | Comments: (11)



Bosan dengan ayat ''I LOVE U?''
Mahukan different language to say "I LOVE YOU?"
Mahukan ayat sweet selain "I LOVE YOU" for your beloved??
Here you are, makes your beloved smiling with your sweet words from morning till night!


I can say I love you in 23 different languages!
♥MALAY = saya cintakan kamu
ENGLISH = i love you
♥CHINESE = wo ai ni
♥ARABIAN = annah be hebic
♥FRENCH = je t'aime
♥POLISH = ja kocham cibie
♥HINDI = hum tumhe pyar karte hae
♥CZECH = miluji te
♥SLOVAKIAN = lu'bim ta
♥ITALIAN = ti amo
♥UKRAINIAN = ya tebe kahayu
♥GERMAN = ish libe dish
♥GREEK = s' agapo
♥HAWAIAN = aloha wau ia oi
♥LITHUIANIAN = tav myliu
♥KOREAN = sa rang hae
♥JAPENESE = aishiteru
♥ROMANIAN = te ubsec
♥BOSNIAN = volim te
♥ALBANIAN = te dua
♥FILIPINO = mahal kita
♥SPANISH = te amo
♥PORTUGESE = amo te



Well, biasalah manusia kadangkala punyai sikap seperti cepat bosan..Oleh itu, sesekali nak juga mencuba benda baru termasuklah memberi ucapan di dalam bahasa lain..Cepat capai handphone korang dan taipkan bahasa lain selain english untuk ucapkan saya sayangkan awak dan biarkan si dia ternganga buat seketika..hehehe..


Jom join bloglist Myravea!

Wednesday, March 23, 2011

| | | Comments: (80)
Alahai tersipu malu pula rasanya bila nak buka ruangan bloglist ni..Adakah yang sudi?hehe..yes, myra nak buka ruangan bloglist khas buat follower blog dinky wink myravea ni sebagai tanda penghargaan di atas sokongan anda semua..Memandangkan bloglist yang ada hanyalah untuk blog yang kerapkali dikunjungi oleh tangan ini, maka perasaan untuk membuka lagi satu ruangan bloglist itu timbul dari hati supaya dapatla myra menekan pula entry follower merangkap sweet readers mahupun silent readers yang ada..


Bagaimana nak join?
header blog

Buatkan satu entry "Saya join bloglist Myravea"
 Linkkan ke entry ini
 Copy header myra ni dan paste kan ke entry korang
Masukkan link blog myra ke dalam bloglist blog korang *kite exchange yek* :)
 Pastikan anda salah seorang dari follower blog myra
 Tempekkan banner di sidebar korang


Banner bloglist


Okae, itu sahaja..Tak perlu tag-tag sebab ini hanya untuk follower yang disayangi..acece..kembang kempis hidung secara tiba-tiba *kidding*..Jumlah had yang join akan diberitahu kemudian ya..





p/s : Jangan risau, myra akan letakkan link semua yang join di bloglist nanti..

Buffered earning akhirnya muncul!

Tuesday, March 22, 2011

| | | Comments: (16)
Entah berapa lama tak bukak nuffnang ni, kecil hati barangkali.. maka tergerak hati untuk melihat kelibatnya kembali dan seterusnya mengelik pula bahagian earning kemudian senyum ikhlas bersertakan gigi itu jelas kelihatan..mimik muka kegembiraan serta lompatan tinggi itu terhasil seperti anak kecil menunggu ayahnya pulang untuk menaiki motor meronda kawasan perumahan *okae hiperbola jelas kelihatan*


Ini namanya rezeki..alhamdulillah :)


Bak kata bujang lapuk "Ini betol-betol, bukan cobaan!"..Ya, nuffnang sekali lagi bermurah hati untuk memberi peluang kepada blog kesayangan myra ni menerima buffered earning setelah sekian lama merajuk maka sepuluh kali tuan blog ini merajuk..wuwuwu, kasihan..Entah bila myra dapat pon saya enggak tahu dong..Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak NUFFNANG..daku takkan curang padamu sayang malah daku terhutang budi padamu, tanpamu siapalah aku!Acece, ya hiperbola itu kadangkalanya perlu..hihi..


Korang pulak cemane?banyak tak dapat buffered earning ni? Dah lame tak nampak entry pasal nuffnang..Last but not least, myra nak ucapkan thanks banyak-banyak kepada sweet readers yang sudi datang ke blog myra ni..sokongan anda amatlah saya hargai..SAYANG KORANG SEMUA! sambil laga-laga pipi buat yang sama jantina sahaja ye *winkwink*

Ciri-ciri lelaki idaman perempuan masa kini!

Sunday, March 13, 2011

| | | Comments: (32)
Bercakap mengenai lelaki idaman kalbu ini memang 'demand'nya sangat tinggi...Kadang-kadang ciri-ciri idaman itu bak katanya sangat tinggi melangit sukar untuk digapai..So, buat apa menjadi sungguh demand kalau dah tahu tak dapat dicapai?Mungkin ada certain ciri-ciri itu ada tapi mustahil kalau semuanya di tick dengan tanda right seperti di bawah ..
Kalau ikut logik akal, mungkin tak semua ciri-ciri idaman kita akan dapat tapi mungkin ada dari tak ada langsung kan? Am i right? Misalnya korang mencari sang perfect, mungkin korang akan temuinya dan mungkin tidak..Senang kata, cermin diri kita dahulu, perbetulkan dahulu apa yang patut baru betul-betul high demand..hehehe..




Tapi kalaulah korang memang tunggu sampai list korang penuh dengan right tick , takot korang sendiri menyesal sebab mungkin akan jadi seperti gambar di bawah..
Tolong saya,kasihankan saya, saya tak sempat nak kahwin!wuwuwu

Itulah, daripada sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna, lebih baik kita cari bakal encik masa depan seperti ini :
Kalau ikutkan hati, semua nak yang handsome segak bergaya dan kaya-raya tapi if you can achieve tu semua, tak semestinya BAHAGIA..Kebahagiaan itu yang kita cari bukan kekayaan tanpa kebahagiaan..Kalau salah sila betulkan yek..


It is true that money is not everything, but everything need money! Bila kita fikirkan balik kata-kata seperti ni, mulalah meroyan nak carik yang kaya saja..Biar susah bersama-sama, senang juga bersama-sama..Menempuh onak duri bersama, mengecapi titik kesenangan bersama..Jangan mula-mula je kaya tapi bila dah bankrup habis anak bini semua lari..Fuh, itu bukan bahagia namanya itu mata duitan semata-mata!




Moral of the story : Jangan terlalu memilih! Kadang-kadang perfect itu pahit biarlah dia hanya sweet and sour..masam ada, manisnya pon ada :)

Aksesori Mak Enon Giveaway

Saturday, March 12, 2011

| | | Comments: (2)

Mak enon: Untuk menghargai sokongan dari korang semua, mak enon nak bagi aksesori free kat korang!yeayyyyyy!mari mari join giveaway mak enon.senang je derrr.easy like kacang only.

So, tunggu apa lagi babe?Rezeki depan mata ni, tak rugi pon kalau korang join..hehe..Jom kita tengok syarat-syaratnya:

1. ikut suka korangla nak FOLLOW atau x blog aksesori mak enon nie.eloklah FOLLOW.kang kalo pemenang dah diumumkan,tiba tiba korang yang menang,hah camna tuh kalau korang x taw. 
2. buat satu entry kat blog pasal giveaway nie.simple simple sudah.kalau nak buat berjela jela pun suka hati lah.jangan lupa promote promote sikit aksesori mak enon.paksaan nie!hehe kidding. 
3. letak banner kat atas dalam entry korang.WAJIB.letakkan jugak link ke blog nie.WAJIB. 
4.WAJIB tag 5 orang kawan korang.bagitaw kat dorang yang dorang kena tag. 
5. tinggalkan link entry korang kat comment entry nie.comment entry nie ok.tinggal kat tempat lain gua x layan ok. 
6. tarikh tutup penyertaan ialah pukul 11.59 malam 20 Mac 2011 iaitu hari ahad.

HADIAHNYA

Mestilah dari koleksi aksesori mak enon.hadiah akan diberikan kepada 3 orang pemenang.pemenang akan ditentukan dengan cabutan nombor.

Hadiah pertama : Aksesori-aksesori bernilai RM30++
Hadiah kedua : Aksesori-aksesori bernilai RM20++
Hadiah ketiga : Aksesori-aksesori bernilai RM10++

Kenapa perempuan cepat minta putus?

| | | Comments: (16)
Salam semua!


Fewwit..entry kali ni bab cintan-cintunlah beb! Sambil tonyoh-tonyoh mata macam tak percaya pulak rasanya..Well, u know me, dulu i nak amik kos cinta tapi dapat kos bisnes lak..Apa boleh buat kan kan?sambil angkat-angkat kening..~sila jangan lempang *teheee*


Kenapa perempuan berhati lembut bak marshmellow ni kadang-kadang cepat je tangan tu taip message "I nak putus!" then sent kepada buah hati pengarang jantung masing-masing? Agaknya mengapalah kan?Ada DUA sebab je sebenarnya..

  • Merajuk
  • Betul-betul nak putus
What? merajuk pon sampai boleh nak mintak putus?Ya, kadang-kadang tak terniat pon sebenarnya mungkin sebab dia nak kan perhatian lebih almaklumlah perempuan kadang-kadang mahu dibelai manja seperti kucing yang sedang mengiau sambil usap-usap pipi kat kaki tuannya.. Sebab tu kalau gaduh sikit terus "I nak clash!" tapi sebenarnya dia nak bakal encik masa depan dia tu memujuk bagai menunggu untuk sesuap air padahal cawan tu dah ada di depan mata bila si lelaki tu memang tak reti nak pujuk @ punyai ego yang kuat..Faham enggak?So, jangan putus asa, sebab pompuan ni kadang-kadang mengada dia terlebih..hahaha



Untuk yang kedua, bagi yang betul-betul nak putus tu selalunya berdasarkan observation yang telah dibuat, perempuan ni kalau dah memang taknak kat laki tu dia memang akan buat tak endah je even laki tu melukut di tepi lutut die pon die nampak macam semut je sebenarnya..Biasalah, perempuan nak yang terbaik dalam hidupnya so mestilah die taknak salah pilih encik masa depan dia.. So kalau korang dah kena reject, janganlah try buat kali kedua, nanti tak pasal-pasal luka di hati semakin membengkak bak baru diris pelan-pelan dengan sebilah parang atau gergaji..huhu..THE END..

Thanks sudi baca!Kalau korang ade reason lain, marila kome tambah :)

Jom serbu join "Contest Cover Mulut!"

Tuesday, March 8, 2011

| | | Comments: (18)
Kali ni myra join contest yang dianjurkan oleh si cumil NORDIYANA

Syarat-syarat untuk join contest ni:

1) Perlu menjadi follower dalam blog ni. Senang beritahu siapa pemenangnya nanti kan?
2) Wajib letakkan gambar di atas ni dan link ke entri ni. Senang untuk nak check peserta yang join contest ni...
3) Upload 1 gambar anda, atau gambar anda dan kawan2, atau gambar gf/bf anda (sesiapa pun tak kisah). Asalkan kreatif. Nak edit pun boleh, tapi asalkan gambar tu semuanya cover mulut. Baru adil kan? Jangan letak gambar omputih sudah.
4) Tag 2 orang kawan anda dan pastikan mereka tahu juga tentang contest ni. Kalau nak lebih pun tak pe. Lebih meriah contest ni^^
5) Sudah siap! Tinggalkan link anda ke ruangan comment entri ini.Mudah kan?

Hadiah2nya adalah :

 Juara
Webcam 5.1 MP

Kedua dan Ketiga
Masih difikirkan lagi...

 Tag : PYKA


Kena kejar dengan KUDA maka berlari lintang pukang! Oh, nasib

| | | Comments: (1)
Salam..hye semua!


Amacam? Tajuk entry ni mesti buat korang tertanya-tanya kan? Dari mane lak datangnya kuda ni?Sumpah lawak gile tadi..Myra kena kejar dengan kuda?Owh, bukan myra sorang k..Then sape lagi?Dengan housemate merangkap classmate yang tersayang..haha..Mesti terbayang-bayang seperti kitorang sedang menjelajah kelab kuda kan?Yeah, its really not true okae, kite berdua ni kena kejar dek kuda di kawasan perumahan ye, tak mainla labur duet semata-mata nak naik kuda tu musim-musim kelas ni..haha..


Haa..inilah kawan myra sorang tu namenye pyka yang baru berjinak-jinak di alam blogger


Okae, ceritanya begini..Sedang enak menyusun langkah untuk kembali ke rumah menikmati tilam yang empuk untuk melakukan aksi puak lingtang dan sedang enak berceloteh menyatakan hasrat terbuku di hati untuk melahap apa yang ada untuk hari ini, tiba-tiba..Eh, ape yang tengah berlari tu?Eh kuda!Ibu kuda dan anaknya sedang berlari melepaskan diri! Sambil lagu 'kudaku lari gagah berani' berkumandang di fikiran..




Maka, dengan senang hatinya kaki bergerak pantas sambil memusingkan badan untuk....? "Patah balik weh pergi kat bus stand tu!" Dan aksi marathon itu dimulakan sambil kepala memaling kebelakang untuk melihat sejauh mana kuda itu berada..Ceit!rasa macam nak bukak kasut je time tu, leceh betul! Setibanya di bus stand, "Pheww, letih weh penat-penat stop-stop!"..


Kelihatan seperti kudaku lari gagah berani itu sedang menghampiri jalan raya and fuh selamat kerana penjaga kuda itu mengejar dan menarik balik kuda-kuda itu untuk dibawa pulang ke rumahnya..Kalau tidak?maka aksi kuda melintas jalan raya bakal ditayangkan di depan mata..


Apa yang terjadi kepada kami berdua?Wah, nampaknya muka kepenatan setelah lama menternak lemak tanpa melakukan sebarang aktiviti mengeluarkan peluh itu kelihatan..Rehat dulu di bus stand itu then barulah sambung perjalanan yang tergantung tadi..Dalam perjalanan, ketawa berdekah-dekahlah dua orang makhluk ni dek kerana kelakar pulak rasanya sebab ada ke kuda nak kejar orang?Kenapa kita lari weh?Owh, rupanya takot kena sendol dengan itu kuda maka larian itu beerti sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kena sendol dengan ibu kuda itu..Fuh, gerun!!


Selamat bukan badak sumbu yang kejar..boleh terkucil gini


wuwuwu..Malunya hari ni, selamat takde makcik pakcik yang nampak kitorang berlari, kalau tak?Nasibla labuuu ape boleh buat, sumpah malu! Maka berakhirlah entry untuk hari ini dengan muka menahan maluu dan menahan gelak..Jangan gelak weh!Aku bako kang bako kang!


Time kasih sudi bace :)