Cara nak up trafik yang paling mudah!

Sunday, February 27, 2011

| | | Comments: (15)
Ya, sedang enak melayan entry blog-blog yang selalu diterjah, maka dengan tiba-tiba wah pantas sungguh tuan belog menaip untuk post entry yang kedua untuk hari ini..Akan tetapi bila menatapi setiap lenggoknya bercerita, perasaan ingin tahu, apa yang sedang berlaku?Gayanya seperti ada yang tak kena, mencerminkan perasaannya yang sedang bermuram durja,yang sedang menitiskan air mata dek kerana dunia alam maya ini..Maka jari ini ligat untuk mencari sang duri hatinya pada ketika itu..Dan hasilnya?


Baiklah, mungkin lensa kita ada samanya, ada bezanya..Tapi, bijakkah tindakan untuk mengaibkan diri seseorang manusia?Dengan menggunakan perkataan yang sememangnya akan mengguris hati setiap orang yang tersenarai?MALU..ya, malu kerana diri ini turut membaca setiap kata hatinya kerana telah menambahkan lagi dosanya (si pengkritik) yang telah mencetuskan kontroversi yang sememangnya tidak enak untuk didengar..


Tektik untuk up trafik dengan mengaibkan orang lain sangat memalukan..KOTOR..Ambil yang jernih, buang yang keruh..Sama-samalah perbaiki diri kita..Moga hari ini lebih baik dari semalam..Moga hari esok lebih baik dari hari ini..




p/s: Maaf, entry kali ini bukan tips tetapi sekadar meluahkan perasaan dek kerana terbaca entry blogger yang mahu menjatuhkan air muka blogger lain..

Tips memilih URL blog yang berkesan!

Friday, February 25, 2011

| | | Comments: (21)
Hello sweet readers!

Memandangkan blogger baru tumbuh seperti cendawan yang baru lepas hujan, rasanya molek sangatlah buah fikiran yang datang ni..Ohh, myra bukanlah nak berlagak pandai atau apa, cuma mahu berkongsi pendapat selepas research dibuat..

Sebenarnya, pemilihan URL blog  sangat penting ..Lainlah kalau blog korang dijadikan sebagai diari harian or a private blog..So, kalau blog yang bukan untuk public tak kesah sangat kot psal URL sume ni kan..Its up to you..Oleh sebab myra rasa pemilihan URL blog ini penting, So here u are..Some tips for u and keep smiling :)




1) Pilih nama yang unik

Err, cukup unik ke URL blog myravea ni?Rasanya OK la kot kan asalkan lain dari yang lain kan..Ada yang tanya, dari mana datangnya nama MYRAVEA ni..Yang myra ingat, myra guna nickname ni since myra umur 14tahun!Dan sekarang im already 20, so memang tak sangka nickname ni boleh melekat sampai sekarang sebab ianya boleh dikategorikan sebagai nama yang unik..So, get it?Katakanlah nama korang "Amirah Aliya", why not change it to MERA LEYA..Unik?asalkan lain dari yang lain dah cukup baik sebab nama yang unik cepat melekat dalam minda dan hati kita..





2) Pilih URL yang pendek

Sebab apa kena pilih url yang pendek?For sure laa sebab untuk senang diingat sebab lumrah kehidupan, nama yang pendek memang senang untuk diingat..Sebab tu lah nama orang sendiri bila nak panggil kita panggil dengan nama panggilan yang short and easy to remember right?Contohnya nama dia Aliyahana dan nama itu cukup panjang bukan?Maybe susah untuk engat so just call her Liya..Just simple as that..Make it easy..

Contoh URL yang tak patut dicontohi :
 http://sayataksukamembebeldanmerapu.blogspot.com/





3)Jangan masukkan simbol pelik dalam URL

Haa??Simbol pelik yang macam mana?Simbol pelik ni buat orang pening je nak carik blog korang tu..Contohnya simbol love, muzik dan lain-lain tak patut ada dalam URL blog korang tu..Its hard u know..

contoh simbol pelik:
http://myr4v3a.blogspot.com/

Agak-agak orang pening tak nak carik kalau URL kita macam tu?dari beriya-iya nak datang singgah blog kita, at last tutup laptop lagi bagos dari pusing kepala ..







Betulkah COKE dan PEPSI penyebab kanser?Khas buat si penggemar!

Wednesday, February 23, 2011

| | | Comments: (13)
Hye koranggg!! *gaya cik epal*

Actually myra sedang mengalami mood turun naik niiii, sedih-sedih gitu..Korang tanyalah kenapa?*ayat nak kasi lempang*..Sedih yang amat okae sampai terjurai air mata bertitiskan berlian ni..sobsobsob..Meh kita tengok ni ye..
Nampak tak ape yang myra nampak?Myra nampak perkataan KANSER! Oh my cupcakes, kenapa engkau yang menjadi idaman kalbu? Dua bendalah ni didakwa sebagai penyebab kanser..Amat sadis sekali kan kan "Kenapalah aku dah lama jatuh hati dengan Pepsi, oh buah hatiku!"..sambil tarik-tarik rambut..

Sama ada dakwaan itu betul atau tidak, adalah lebih afdal jika kita jauhkan segala bendalah ni sebab minuman bergas sememangnya tidak elok untuk kesihatan..Baik kita minum susu DUTCHLADY itu lebih berbaloi takpon ANLENE lebih disyorkan kerana ia baik untuk tulang!Howyeahh..marilah kita bersama-sama mencegah kanser!Katakan tidak untuk COKE & PEPSI!


Sumber gambar : http://www.eqbalzack.com/

Pencarian "BLOGGER IDOL" kini bermula!

Tuesday, February 22, 2011

| | | Comments: (13)
Hye korang!
Tajuk entry ni best tak best tak?kalau best, meh baca laju-laju sampai bawah ye..*wink*

Apa itu blogger idol?blogger famous amos ke?tak pon blogger yang paling best ke?ataupun tettt! Cukup-cukuplah persoalan yang bermain di minda korang tu ye..Actually blogger idol ni adalah untuk blogger yang mempunyai bakat nyanyian..Haa, tak paham lagi?Maksudnya, kalau korang suka menyanyi dan suara ala-ala lunak merdu buluh perindu tuu memang contest ni untuk korangla!Sila melompat dengan riang hati *hee* 



TERMA SYARAT PERATURAN serta ARAHAN untuk menyertai BLOGGERIDOL ialah :

hanya terbuka kepada BLOGGER SAHAJA.
buat rakaman anda menyanyi dan buat entry bertajuk BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA! kenalkan diri dan tajuk lagu yang korang hendak nyanyi di entry. tak payah copy semua terma syarat bagai ni dan hantarkan link korang tuh di ruangan komen contest ni oke? tuliskan sekali DENGAN KERJASAMA AKMALHILMI DAN ANDYHOWTT di dalam entry korang :D jangan lupa letakkan sekali link REFERRAL (dari mana korang dapat tau pasal contest ni) anda!



Eh, ade lagi tau syarat-syarat dia, kalau berminat bolehla klik SINI untuk ke blog si penganjur..Alaa korang ni tak kan tak berminat kot?Contest ni bukan suka-suka tau, siap ada hadiah lagi, jangan main-main..Lets check this out!


HADIAH PEMENANG :

Johan Blogger Idol : RM 100
Naib Johan Blogger Idol : RM50
Tempat Ketiga Blogger Idol : RM30

Referral Tertinggi : RM30
View dan Komen Paling Banyak di 1tube.my akan dapat membuat first vlog dengan krew 1tube.my *masih dalam perbincangan* dan hadiah special dari pihak1tube.my.




Berminat?Kalau berminat jom ramai-ramai serbuu join BLOGGER IDOL ni haa!Dan ni dia si penganjur!Sila klik pada gambar untuk teros menerjah contest!

Tutorial : Make up seperti korean@japanese style

Monday, February 21, 2011

| | | Comments: (31)
Korang minat cerita korea tak?Rasanya agak ramai jugakla yang minat tapi myra tak berapa nak minat cerita dorang sebab myra just suka tengok pelakon dia yang comel-comel dan jambu tu je..wuwuwu..Asal comel je ramai yang minat kan..Bijak betul korang *heee*


I'm sure a lot of you have already heard of the term "Ulzzang" and "Gyaru"..But, who exactly is ulzzang and gyaru? How similar or different are they? Okae, actually maybe korang penah dengar cara make up gyaru ni but how about ulzzang?Kalau korang nak tau gyaru ni lebih kepada japanese style and ulzzang pulak more to korean style..Ada paham?Ponat den search perbezaan dua style ni..hehe..Tapi both of it sangat awesome okae..comel sangat!



From urban dictionary:
Ulzzang - Ulzzang true definition is "best & "face" = best face in korean. They are basically people with above average looks, sometimes with the use of photoshop and haduri who post their pics online, some becoming internet celebrities.
Gyaru - Its japanese slag for gal. there are many different types of gyaru and they all have they're own distinct awesome fashions! its pretty much a japanese subculture. love fashion? you should look them up. you can learn stuff.


Haa..nampak tak perbezaan dari segi eyelashes ni?Myra sangat suka tengok eyelashes yang kiri ni..Memang kebabom!!Comel sangat sampai rasa macam nak makan..nyum nyum nyum *heee*


Okae now jom kita tengok tutorial make up gyaru yang comel omel tu..


Still tak dapat tangkap?Jom kita tengok dengan lebih terperinci
Mula-mula down then up kan dia..nampak tak nampak tak?Dan hasilnya ialah *taraaa*
Haa..dengan cara make up macam nilah si mata sepet dapat merealisasikan impian dia untuk dapatkan mata yang boolat gitu..Jom kita tengok wajah sebelum dan selepas di make up :)

 Masa first time myra tengok gambar dorang ni, sampai ternganga habis selamat lalat-lalat comel tu tak sempat masuk dalam gua bergigi putih..huahua..Tergamam bila tengok wajah mereka seperti barbie doll bila apply make up begini..Lepas tengok tutorial ni, rasa macam nak cuba apply make up begini sebab dapatlah myra merasa ada mata seperti heliza..awww..soo cumill..Btw, rasanya Fatin Liyana pon apply make up gyaru style ni..Comel sangat-sangat!fuhhhh.... 

Festival Revolusi UiTM Negeri Sembilan bakal berlangsung tidak lama lagi!

Sunday, February 20, 2011

| | | Comments: (3)
Assalamualaikum pembuka bicara
Hye semua!Entry kali ni ditujukan untuk semua Siswa dan Siswi UITM dan khas buat Siswa dan Siswi UITM Negeri Sembilan!Tak kisahlah anda berada di kampus Melang atau Beting, kita sama-sama boleh men'join'kan diri di fiesta berskala besar ini.
Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, adalah lebih afdal jika saya terangkan dahulu tentang Festival Revolusi UITM Negeri Sembilan ataupun RevoFiesta 2011 ini iaitu festival ini merupakan fiesta berskala besar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria, persatuan-persatuan akademik serta persatuan-persatuan dalaman UiTM. Fiesta ini akan berlangsung daripada 20 Februari 2011 hingga 27 Februari 2011. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua!So apa tunggu lagi?Let's check this out!


Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dijalankan ialah :
.............................................................................................................


Anda masih tertanya-tanya mengenai dajjal al-masih, freemason, illuminati?Semua pertanyaan ini akan terbongkar dalam Ceramah Unveiling The Secrets Behind Conspiracy Theory: Dajjal Reveal pada jam 9 malam, 20 Februari, bertempat di Anjung Selera Perpatih oleh Ustaz Syaari, penulis buku 'Rahsia Kempimpinan Al-Fateh'. Minum malam disediakan untuk 500 pelajar yang terawal! Kupon aktiviti disediakan!

.............................................................................................................




Marilah kita bersama-sama menyelamatkan alam ini dengan menyertai Program FOCA (Free Oxygen Clean Athmosphere) pada 20 Februari ini bertempat di Dataran Anjung Selera Perpatih pada pukul 8 pagi! Kupon aktiviti disediakan!
.............................................................................................................



Untuk makluman semua penghuni Kolej Sri Pilah dan Sri Menanti, Program Pilah Hour akan dijalankan pada hari Selasa, 22 Februari 2011 daripada pukul 8.00-10.00 malam. Semua penghuni kolej diminta memberi kerjasama untuk menutup lampu dan meminimumkan penggunaan elektrik sepanjang 120 minit (8-10pm). Pengumuman untuk tutup lampu secara serentak akan dilakukan pada hari tersebut. Lets save our earth!
.............................................................................................................



Haa, aktiviti di atas ni yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar UITM.Jom selak sikit gambar-gambar mereka
.............................................................................................................




Buat para bloggers pon ada aktiviti untuk korang tau!Jom sertai "Semarak Revofiesta"!Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum 25 Februari 2011!
.............................................................................................................


Aktiviti lain yang bakal dijalankan ialah seperti berikut:

-Senam seni revofiesta
-Majlis pelancaran FOCA
-Perasmian Fiesta Revolusi UiTM negeri sembilan
-Explorace
-Unveiling he secret behind conspiracy story-Dajjal reveal
-Semarak revofiesta 
-Beeting street
-Pameran persatuan akademik
-Abseiling1
-Pilah hour
-Tayangan "when the earth stood still"
-Pameran pengguna
-Abseiling2
-Vouge with pride & dicipline (fashion show)
-Ceramah halal dan haram
-Majlis pelancaran hari tanpa plastik
-Ceramah graduan ballistik
-Ekspresi siswa
-Extreme door quest
-Sukaneka mesra sekampus




.............................................................................................................

Last but not least, supaya korang lebih 'alert' mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan, bolehlah klik pada gambar di bawah then click "LIKE" 

.............................................................................................................




Dan tidak lupa juga untuk menjemput anda untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Fiesta Revolusi UITM Negeri Sembilan!  


Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk memeriahkan lagi Festival Revolusi UITM supaya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pelajar serta staf UITM dan dapat dijadikan sebagai kenangan yang bermakna buat diri kita.
"UITM DIHATIKU!"

New header untuk blog myravea!

Thursday, February 17, 2011

| | | Comments: (51)
Header baru lagi??


Alahai cik myra, tukar header lagi..Kali ni yang cemane pulak?Kali ni banyak gune brushes kot and warna lebih match dengan template sume..wuwuwu..Masih dalam dilema, nak tukar atau tidak sebab sayangnye header yang kat atas tu baru gune dalam sebulan lebih..Dasar kau memang cepat jemu..ceit ceit..


Mana new header tu?sila muncul sila muncul sambil tirai turun naik bagi menggamatkan lagi majlis perasmian yang bakal berlangsung beberapa minit dan saat lagi..JENG JENG JENG..




Maka terjawablah sudah segala pertanyaan yang bermain di minda korang sebentar tadi..Howyeahh..Disebabkan oleh tuan punya blog cepat jemu dengan headernya maka dengan senang hati beliau mengedit lagi header untuk blog kesayangannya..Maka dengan itu, myra dengan berbesar hatinya ingin menerima komen-komen yang jujur dari hati korang berkenaan dengan header di atas ini..kalau tak suka, cakap je "alaaa myra takyah la tukar header"..huhu.. The end..

Jom serbu join "CONTEST BLOG PALING HEBAT!"

Wednesday, February 16, 2011

| | | Comments: (7)
Mari-mari kita memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh dua orang si empunya blog comel..First of all thanks buat si penganjur iaitu adik aida sebab invite kakak myra untuk join your contest yek :)



1. WAJIBB FOLLOW blog http://lilyvsdaisy.blogspot.comdan http://diarionlinebudaksetan.blogspot.com/2. Buat entry bertajok Contest Blog Paling Hebat By Aida Shafiena, entry korang mesti lah mengenai apa yang hebat mengenai blog korang dandan blog Aida Shafiena nie atau blog Mira Awaludin nie . kalau boleh kasi lah cair sket :P
3. Buat entry sekurang-kurangnya TIDAK KURANG DARIPADA 100 HURUF ! bukan patah perkataan tau :P
4. Mesti masok kan banner contest nie kat entry and kat sidebar
5. WAJIB tag kepada 3 blog yang korang rasa menarik dan paling hebat.
6. Akhir sekali , korang comment entry nie dengan sertakan sekali url entry korang tu tau

TARIKH TUTUP : 22 FEBRUARI 2011



1) Apa yang hebat mengenai blog myra?
Kehebatan sesebuah blog itu bergantung kepada pandangan setiap individu..Bagi certain people, ada yang judge melalui template atau background blog sebagai tarikan dan ada yang judge melalui gaya penulisan seseorang.Bagi myra entry yang berinfomasi dan kekemasan itu perlu ada supaya feeling untuk menerjah sesebuah blog lebih super duper high :)

2) Apa yang hebat mengenai blog aida shafiena?
Blog aida ada tarikan tersendiri dengan adanya template dan background yang comel belaka dan yang paling penting, warna pink dapat menyerlahkan lagi kecomelan blog aida. Blog aida juga sangat kemas!Thumbs up!


TAG: LoveyNyza

Betulkah warna dapat mempengaruhi mood seseorang?Jom terapi warna!

Sunday, February 13, 2011

| | | Comments: (31)
Hello sweet readers!


Entry kali ni kita bercakap mengenai warna pulak ye..Kalau korang tengok sekeliling kita, i mean segala objek yang berada di atas muka bumi ini semuanya mempunyai warna..Sebagai contoh, pokok yang hijau,dahan yang berwarna coklat, buah yang berwarna merah misalnya..Kiranya ia menjadi sesuatu pelengkap untuk sesuatu benda itu..Menarik bukan?


Cuba kita bayangkan pula dengan mengambil pokok buah sebagai contoh..Jika pokok, dahan serta buah semuanya mempunyai warna yang sama, apa akan terjadi?Mungkin bosan itu kata yang tepat..Sekarang bayangkan pula seluruh alam ini hanya mempunyai dua warna sahaja iaitu hitam dan putih seperti filem dahulu kala, mungkin menarik untuk ditonton dek kerana elemen kelakar itu dimasukkan tetapi jika elemen itu tidak ada mungkin mood kita ketika menonton statik sahaja..Dunia yang gelap gelita tanpa warna sudah semestinya membosankan..


Acece, skema bebenau ayat kat atas ni..huahua..Baiklah, maka tamatlah mukadimah di atas ni ye..Jom kita baca tentang warna yang dapat mempengaruhi mood seseorang seperti yang ada tertulis di dalam buku
COLOUR TERAPHY :   
.............................................................................................................

Warna merah – berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.
Warna Jingga – berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.
Warna Kuning – berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.
Warna Hijau – berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.
Warna Biru – berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang , asma, dan migran.
Warna Ungu – merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi . Warna ini membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.
Warna Hitam – sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakailah lapik berwarna hitam untuk meja makan.
...................................................................................................................................
Kalau korang nak tahu, kita boleh buat sendiri terapi warna ni dengan pelbagai cara..Lakukan selama 5 hingga 10 minit setiap kali terapi 4 kali seminggu..Ewah, korang jangan ingat benda lain je yang boleh wat terapi, terapi warna untuk diri kita ni pon boleh tau!hehe..

Cara untuk terapi warna :
1) Kita boleh lakukan terapi ni di ruangan yang kecil dengan menggunakan lampu yang berwarna.Di ruangan itu, kita boleh tidur dengan santai sambil mendengar muzik yang sesuai..
2) Pegang benda dengan warna yang kita perlukan termasuklah dengan cara memakai baju dengan warna yang diperlukan..Walaupun cara ini tak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada baju mampu merembat masuk melalui kulit.Sebagai contoh, kalau nak rasa berani pakailah baju warna merah.Kalau nak wawancara, pakailah baju warna biru supaya dapat melancarkan komunikasi dan kalau nak rasa yakin pakaila baju hitam.

p/s: Terapi warna dapat menyeimbangkan aura tubuh

Sebab-sebab kenapa friend requests tidak di"approve"?

Saturday, February 12, 2011

| | | Comments: (17)
Assalamualaikum pembuka bicara..

Eheem, kali ni biar kita berceloteh dengan lebih serius..Mesti salah sorang antara korang yang mempunyai sikap choosy bila nak approve friend requests di facebook..Okae, facebook sebagai contoh disebabkan ramai diantara para pari blogger yang menggunakan facebook..tettt


Eh, kenapa kita perlu memilih bulu bila berkawan?Oh ya, mungkin certain of us yang tak amik kesah langsung pasal ni dalam erti kata lain, hanya tau approve sesiapa sahaja yang add kita..Mungkin mereka sudah set dalam their own mind bahawa "Berkawan biar seribu, bercinta biar satu"..Ewaahh, termasuk pulak bab cintan cintun opss..


Perlu ke kita memilih untuk berkawan walaupun hanya di alam maya ni?Herm, sila berfikir mengikut kewarasan akal..Mungkin ada yang rasa ahh, approve jela bukan orang tu boleh buat apa pon dekat kita..Oh, mungkin anda salah sebab dengan adanya teknologi sekarang ni ditambah pulak dengan kebanyakan para facebookers selalu update status tentang di mana mereka berada on that time dengan menggunakan blackberry dan sebagainya..Bayangkan pula salah seorang pemerhati daripada kawan anda di facebook ataupun lebih mudah dikenali sebagai seorang STALKER , mempunyai niat yang kurang baik terhadap anda, beliau dengan senang lenangnya mengetahui di mana anda berada sekarang..Tak ke SCARY namanya tu?bahaya atau tidak? Tambah-tambah pula buat si hawa.. Sekarang, anda buatlah pandangan sendiri tentang perlu atau tidak kita memilih?Judge yourself..


Okae, ni salah seorang yang perlu membuat pilihan untuk meng"approve" kawan-kawan di facebook..Tiada unsur menunjuk-nunjuk di sini, harap maaf..So, mereka-mereka yang mana yang tidak akan atau susah untuk di approve?Kebanyakan yang tidak diapprove ialah dari golongan lelaki bagi golongan perempuan, lesbian mahupun gay..Wah, too choosy?Setiap orang mempunyai lain-lain pendapat..Kalau boleh yang jernih itu kita ambil, yang keruh itu kita jauhkan supaya tidak menyesal di kemudian hari..


Mungkin selepas membaca keseluruhan entry ini, turutamanya bagi golongan lelaki akan berfikir sejenak, buat apa nak pilih bulu?aku okae ja, kenapa kau tak okae?Okae, anda seorang individu yang jantinanya lelaki, tetapi saya di sini jantinanya ialah perempuan..Berbeza bukan?Kita si perempuan ingin berasa selamat bukan main cekup je...Maka sudah terjawab segala pertanyaan mengapa anda tidak di"approve"..Orang kata, bila kita was-was untuk membuat sesuatu perkara tu, kita perlu berfikir panjang untuk membuat pilihan..


Thanks for reading :)

Bagaimana nak tahu seseorang itu pengotor atau tidak?

Friday, February 11, 2011

| | | Comments: (16)
Kuku kaki kakak ku kok kaku kaku kek kok kaku kaku kuku kaki kakak ku 

Korang pernah tengok kaki tak?Haa, tak pernah?kecian kecian (sambil geleng-geleng kepala)..Kalau korang tak pernah tengok, cuba tengok ke bawah..Opss, bukan bawah tuuu ye, bawah dan hujung sekali dalam anggota badan milik kita..Haa, itulah yang dinamakan sebagai kaki ye adik-adik (sambil angguk-angguk)


Okae, mari kita observe secara mendalam sedalam-dalamnya..Apa yang ada pada kaki?Oowhh..ada kuku yang dinamakan sebagai kuku kaki..Iyelah, dah namanya dekat kaki jadilah kuku kaki bukannya kuku tangan..Bajet budak kecik dua tiga tahun yang baca blog hakuu..TOINGG!!Okae, sekarang sila bajet seperti orang dewasa yang masih maintain remaja yang baca blog myra ni..cewahhh, masa untuk menjadi lebih matured gitu..START!


Korang pernah dengar tak kalau nak tahu individu itu seorang yang pengotor atau tidak, kita kena tengok pada kakinya..Kalau kakinya licin bersih dan berseri tanpa daki serta kuku kakinya juga putih lagi suci gitu, tu namanya seorang yang pembersih!Haa, orang macam nilah ramai yang nak buat menantu takpun suami..hehehe..
Ni contoh kuku cantik tapi panjangla pulak..adeh

Tapi, macammana pula kalau individu tu kakinya penuh hitam berdaki serta kuku kakinya juga hitam disebabkan oleh daki-daki yang melekat pada kukunya?Ohh, itu sendiri mau engatla beb..Ni mesti masa mandi tak berus kaki ni..Ewwww..
Contoh gambar yang sangat hiperbola..



Korang nak ke kalau orang kutuk-kutuk macam ni, "Alaa, mamat tu nampak je hensem segak bergaya tapi kaki tak segak mana pon, hitam berdaki adalah!Ewwwww"..Haa, kan dah jadi buah mulut orang pulak..Kan bagus kalau macam ni, "Fuh, mamat tu bukan setakat hensem, try ko tengok kaki and kuku dia, putih bersih beb!Boleh buat jadi hubby ni, WOW!"..Yang mana satu, pilihan kalbu? 




Nota kuku kaki : Jagalah kuku korang tu, kuku dapat mencerminkan diri anda *wink*

Ayun ayunar membuat kejutan untuk myravea?Sungguh terharu!

Saturday, February 5, 2011

| | | Comments: (31)
Assalamualaikum...Hye semua!!


Apa khabar?Diharap sihat-sihat selalu.Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya sangat terharu di atas kesudian anda untuk mengedit gambar saya yang tak berapa nak cantik tu tanpa pengetahuan saya pada mulanya..Sejuta penghargaan dari saya kepada anda.Moga rezeki anda semakin mencurah-curah dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Oh rindu! Sungguh rindu untuk menulis karangan surat tidak rasmi seperti di atas yang telah lama saya praktikkan semasa zaman persekolahan dahulu..Okae, PAUSE!!Sila bertukar dari ayat skema baku itu kepada bahasa yang lebih baik dari bahasa pasar..START!!

Wahh..mesti korang tertanya-tanya kan siapalah ayun ayunar ni dan apelah sis ayun ni buat suprise kat myra..suprise party ke?Oh bukan..Dia kasi hadiah ke?Oh bukan, tapi lebih kurang jugakla..Wahh, sis ayun bagi hadiah?hadiah ape?JENGJENGJENG..Mari kita lihat apakah ia??

Caption:Sape tau cemane nak edit bahagian muka? Lihatla bwh mataku, lebamkan T___T


Then i was like "Errr, sis ayun nak buat ape dengan my pic ni?"..Ohh , resah hati gelisah..Then xsampai beberapa minit dan saat, tiba-tiba TOINGGGG!!Eh, sis ayun bagi gambar ape ni?Macam ku kenal setiap liku-liku di wajah tuan punya gambar itu.."Eh, ni gambo den ni jang oi!!"..Wahh, rupa-rupanya sis ayun ni dengan baik hatinya mengedit segala lebam-lebam yang ada terutamanya di bawah mata itu dan lastly lihatlah wajahku dengan eyeliner yang sangat memukau pandanganku serta tiada lagi lebam bam bam!

Wau!!Sungguh gedabak besauu gambar ni haa..kite kasi extra large yek wak??PANGGGG!!!Oh tidak, jangan lempang saya yang tidak bersalah ini..wuwuwu..Nampakkan perbezaannya?Kalau korang nak belajar cemane nak edit mengedit ni, silalah belajar dari yang pakar..Myra tak reti owhh, so jangan belajar dengan saya kerana berkemungkinan ajaran sesat mesat itu yang bakalku ajarkan! *wink*


Kalau korang tak kenal ayun ayunar ni, sangatlah rugi sebab ape?sebab muka dia macam scha Al-Yahya..omai omai..Lagi satu, sis ayun ni baru je buat contest iaitu "MY STYLE CONTEST!"..Jom serbu belog sis ayun ni Jom! :D



Klik gambar untuk ke blog AYUN..





Cardigan hot yang terlaris musim ini!!

Thursday, February 3, 2011

| | | Comments: (35)
Helloo sweet readers..

Kali ni jom kite cite pasal cardigan pulak ye..Siape suka pakai cardigan? Sila angkat tangan cepat!!Huu, i'm one of you la guys, gimme five! Sebab apa saya suke pakai cardigan ni ea? SEbabnye ialah kalau malas nak pakai inner baju tu haa, sarung je cardigan ni secara cepat dan sepantas kilat..Bukan ape, jimat masa sangat-sangat bila pakai ni then bila nak tukar baju pon sangat senang dan ayat yang paling sesuai untuk men"describe"nya ialah "Oh mudahnya!" Alahai, hati tertawan..


What? Pakai cardigan tak stylo?Are you sure?Kalau tak sure betul ke tak, meh kita tengok jenis-jenis cardigan yang dijual di BATIK VALLEY ni haa, macam-macam adaa...Nak panjang ke, nak pendek ke, nak yang stylo puff puff tu ke semua ada kat sini..Best kan kan..


Long Basic Cardigan
Puff Jacket
 2 in 1 Cardigan
LATEST!: V-Shape Cardigan
LATEST! : JAKET DANIA 

LATEST! : Cute cardigan


So, meh nak tanye korang balik soalan kat atas ni..Are you sure pakai cardigan tak stylo mylo?Huu, judge yourselfla yek sebab pandangan setiap manusia di atas muka bumi ini berbeza..tetttt...Btw,  myra paling suke yang puff jacket tu haa..Rase macam alahai cantiknya, nafsu nak memilikinya pon sangat membuak-buak..So, yang mana satu pilihan kalbu anda dan anda semua?Rambang mata jadinya kan kan..*smile*


Sebelum sampai penutup cerita ni, meh myra nak share sikit hot stuff lain yang ade dekat BATIK  VALLEY ni..nak tengok?Nah ambik ni..


Haa..baju ni namanya Ruffles Sleeve Shirt..Teringin?Grab it cepat!!MAsih ada yang available lagi tau..wuwuwu..Sangat cantikkan kaler pink tu, tapi myra punye kaler putih salju yang lagi suci gitu..*hee* Yang mane?Alaaa, yang atas skali dalam post ni haaa..Nampak?Sila scroll ke atas ye..Haa, yang tu myra pakai skali dengan vest..kira match jugakla *peace*




Info: Kebanyakkan jaket dan cardigan di batik valley dah pernah terjual more than 100pcs!!Laku kan?Yela, bila barang superb surela berjalan dengan pantasnya..So, ape tunggu lagi??