Banner baru untuk blog myravea dan tempahan untuk banner kini dibuka!

Monday, January 31, 2011

| | | Comments: (47)
Assalamualaikum semua...


Nampak tak ape yang lain dekat blog myra sekarang?nampak tak?howyeaah, banner baru!Sangat suka sekali sambil melompat dengan riangnya!Mula-mula myra engat nak tempah banner dekat blogger lain tapi dengan berkat usaha serta masa yang mengizinkan, dapat juga myra merealisasikan impian diri sendiri..*wink*..Kepuasan itu lahir bila kita sendiri yang menghasilkannya bukan?


Di mana dia banner baru itu? sila muncul sila muncul!


Laa, pink lagi?Hantu pink betulla dia ni..grrr..Jangan marah ye, sebab kalau header ade kaler pink, banner pon mestilah wajib ada kaler pink tak gitu?Lagipun, dah namanya favourite colour, mestilah wajib kena ada jugak jugak..hehe..Hope tak jemu mata memandang sebab pink itu sangat sweet bukan?Actually, banner di atas ni saje-saje gatal myra buatkan,so nampak simple je kan?tapi tetibe tersuka pulak so ape tunggu lagi, dengan rasminya saat ini da jadi my new banner..hehe


By the way, buat sesiapa yang nak exchange banner with me, ruang untuk anda masih ada..mari mari..and for those yang dah lame jadi banner members dekat blog myra ni, anda dialu-alukan untuk menukar banner lama myra yang sangat comot itu kepada banner yang baru seperti di atas ni yek..thanks :)


Pageview banner untuk this week, Januari 2010


p/s : Kalau berminat nak tempah banner pulak lepas ni, just roger-roger myra dekat fb yek, takpon komen je kat post ni :)

Jom serbu join "CONTEST BLOG CUN, LAWO DAN KEMAS!"

Sunday, January 30, 2011

| | | Comments: (8)

Wah, ade contest lagi ni haa...Myra memang sukee sangat-sangat join kontest pasal blog ni..huhu..So, buat korang yang nak join meh join meh..jom kite tengok syarat-syarat kontest :



 warga negara MALAYSIA .
semua jantina diterima
ada blog! takder blog .. ditolak !
follow blog aku SUE kalau rajin..taknak tak mengapa.
tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin boley join

Tarikh tutup :
30 mac 2011... itupun melebihi 100 orang penyertaan .

Hadiah :
WANG TUNAI berbentuk topup menanti anda !

Myra nak tag :

HOT!! Irine Nadia Marcello bakal ke jinjang pelamin tak lama lagi!

Thursday, January 27, 2011

| | | Comments: (28)
Siapakah Irine Nadia Marcello?Siapakah dia? Alaa..korang ni sudah tahu bertanya pula, kasi puk puk kang baru tau! *hee*..Siapalah yang tak kenal si cantik manis Irine Nadia yang menjadi pujaan dan kesayangan ramai ni kan kan..
Okae, lets move on dengan tajuk entry ni yang dapat membulatkan mata korang yang memang sedia maklum bulat tu haa..tapi kasi bulat lebih cikitlah ye baru ada umphhh umphh bila nak baca entry ni sambil kelip-kelip mata buat macam tak percaya..heee


Irine dah nak kahwin?Omai omai, adakah ini fakta atau auta?Kalau auta takdela dia nak masuk BIG contest, CONTEST MY DREAM WEDDING BY CST PRODUCTION DAN LRKL tu haa kan kan, lagipun kalau menang memang KEPAK KEPAK KEBOM KEBOM KEBOM secara KEBABOM!!kompang dipaluuuu pengantin maluuu (sila menyanyi mengikut rentak irama dan lagu)




Macam biasalah bila nak buat wedding ni mestilah kena pilih theme yang berkenan di hati, terbuku di fikiran supaya kasi mereka yang menjejakkan kaki di majlis tersebut rasa seperti berada di kayangan yang indah belaka dan perkataan WOW itu patut muncul supaya majlis dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi oleh bakal-bakal pengantin yang lain..So, theme apa yang cik irine kita pilih?Katanya mahukan konsep moden dan contohnya ialah...
Ohh, garden!! cis cis..ni yang buat haku pon rasa tak sabar nak tunggu orang tu masuk meminang..hee..*sambil tunjuk gigi*


By the way, cik irine ni sudah pasang niat nak jemput saudara saudari yang dikenalinya di alam maya ni ke majlisnya, siap nak letak meja khas untuk para blogger..kira VIP blogger gituu..waahhh Cik Irine, nanti jangan lupa jemput cik myravea di sini yee..heee..


Last but not least, jom kita sama-sama tolong cik Irine untuk menggapai impiannya..So, cara untuk VOTE sangat-sangat mudah sekali, tak payah topup semata-mata untuk vote yang boleh membazirkan kredit anda dan anda semua..Just klik LIKE!!Senang sangatla tu kan, gune jari pon boleh..So, jom kita sama-sama berganding bahu untuk merealisasikan impian Irine Nadia dan pasangannya..Tak salahkan kalau kita sudi membantu mereka yang mahu membina masjid yang suci lagi indah itu?*wink*


KLIK SINI DAN VOTE NOMBOR 52!!!

Tips kulit licin tanpa parut

Friday, January 21, 2011

| | | Comments: (37)
Mahukan kulit licin tanpa parut? Kulit yang licin gebu malah cantik bak bulan purnama di waktu malam tanpa menggunakan lampu suluh sudah bercahaya? Kulit licin tanpa perlu menepekkan bedak sepuluh inci supaya nampak ala-ala smooth gitu? Anda mahukannya? Apa rahsianya?


So, mari baca laju-laju tanpa henti *heee*




Okae, cukup sudah bermadah puaka sambil promote sana situ sana sini..tetttt..Straight to the point, perasan tak orang perempuan ni kalau bab nak mencantikkan muka, biar cuba sampai berjuta lemon dan oren tanpa terlepas mana-mana produk yang boleh memberikan impak maksima secara kebabom baru akan berhenti mencuba..wuwuwu..Adakah saya salah dengan statement berikut?sila geleng jangan angguk sebab rasanya sudah tepat pisau lipat di situ..


Sangat jeles bukan tengok kulit mereka yang WOW!!smoothnye, licin bebenau kulitnya! Tetapi jangan tertipu madah berhelah jika si dia menggunakan make up berjenama malah bermutu tinggi sehingga parut original di muka semuanya nampak sekata dengan warna bedak asas yang dicalitkan di wajah..Oh pengsan, tipah tertipu juga akhirnya..


Siapa tak nak kulit cantik licin berseri oiii, habaq mai sat..Mari sini kakak kakak, adik adik yang tersayang kalau tak sayang sila campak ke tepi *okae acah sajaa*..Produk apa yang kita mampu untuk membeli malah kesannya memang kebabom?Yang ni, kalau tanya promoter produk kecantikan mesti dia cakap ini elok itu elok bak kata semuanya elok-elok belaka tetapi hasilnya tidaklah kebabom seperti yang dimegahkan malah tiada kesan dan yang berkesan hanyalah taktik mengalirkan fulus ke dalam hasil jualan..taktik ini sungguh berkesan oleh itu sila berhati-hati ya..


Rasanya tak kesahlah kulit kita putih gebu, kuning langsat mahupun hitam manis tetapi yang penting skali mestilah yang licin sekata gitu barulah ada uumphh so takdelah orang nak mengata "Alaa, putih-putih pon tapi ade parut tak cantikla beb" takpun "Kau calit sana sini nak tutup parut cela kat muka la tu kan?"..Tetapi biar orang kata "Alaa, kau xyah makeup pon da cantik sebab muka kau licin tak menggurutu". 


So, produk apa yang boleh hilangkan cacat cela di wajah? Tak payah nak beli mahal-mahal dan tak payah nak beli yang terlalu murah sebab nak saving so korang boleh cuba produk BIO OIL ni..Haa? tak pernah dengar? biar betul mu nih sebab ramai dah cuba dan terbukti keberkesanannya!Myra pon da cuba okae, bukan main promote je kan kan..So, u should try!!Banyak kegunaannya selain dapat memperbaiki kesan parut iaitu untuk tona kulit tidak sekata, penuaan kulit dan untuk kulit yang kering kontang *heee*





Kat mana nak cari produk ni?Haaa..Buatlah pusingan di dalam Guardian, Watson dan farmasi yang berdekatan ye dan tak payah nak cari kat tempat lain, cukuplah yang sudah disenaraikan supaya otak senang untuk mengingat..Btw, berapa harganya? Okae, untuk 60ml berharga RM32.95 dan 125ml berharga RM54.95..Kalau tak puas hati lagi, bolehla klik http://www.bio-oil.com untuk maklumat yang lebih terperinci *hee* selamat mencuba!



Jom serbu join "Contest Blog Paling Comel!"

Tuesday, January 18, 2011

| | | Comments: (8)
Siapa punya blog yang comel-comel gitu? Den nak habaq mai sket (terkeluar loghat utagha pulak).Ni haa, tuan blog yang bernama BELLA ada buat satu contest blog paling comel!Meh jom pakat-pakat kita join sambil sengih-sengih tunjuk gigi (yelaa, kalau nak promote kata orang kena bermanis muka) =D

syarat-syaratnya:

 warga negara MALAYSIA .

 semua jantina diterima

 ada blog! takder blog .. ditolak !

 kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)

 tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


tarikh tutup:5.2.2011


hadiah:DUIT menanti anda !

anda di tag :

Kenapa lelaki menolak bulat-bulat untuk memakai pink?

Saturday, January 15, 2011

| | | Comments: (55)


Mencetuskan kontroversi betullah dengan perpepsi orang sekeliling bila mata melihat sesuatu berwarna pink disarungkan oleh individu yang bernama lelaki..Biar betul pink hanya untuk si mereka yang dikategorikan sebagai lelaki awww awwww? Alaa, takkan tak tau apa makna "awww" di situ?Means lelaki lembut atau GAY!


Helloooo, are you sure that pink hanya untuk perempuan?Ya, kalau perempuan menyarungkan baju pink di badan secara automatik kita akan cakap "Wah, ayunya dia pakai pink, cantiknya!" tetapi pabila lelaki yang memakainya, kita akan cakap "Oh mesti mamat tu gay takpun mat bunga kan?"..What the tuuuuutttt!!


Kenapa semuanya bersikap begini?Oh, sungguh tak faham..Ada kemungkinannya sebab persekitaran kita dan tanggapan turun temurun bahawa pink just for ladies pleaseee!Sebab tu kita-kita tak boleh nak accept bila lelaki memakai pink..What's wrong with the pink for a man??Ohh lelaki, kasihan pada anda dan anda semua..


Dan terdetik hati ini untuk bertanyakan kepada si lelaki kenapa takut sangat untuk memakai pakaian pink sedangkan dia sendiri mengatakan pink itu sangat sweet muit gitu dan jawapan yang diterima adalah seperti berikut:


1)"Sebenarnya pink ni melambangkan perempuan. Ramai perempuan suka. Pink pun kaler bunga. Sebab tu lelaki tak suka sebab malu. Mana lelaki nak samakan dgn perempuan. Tak macho. Katakanlah kalau hitam yg dikaitkan dgn perempuan, sure kaler hitam pun lelaki tak suka."

2)"Tuu la pasal...takut sangat lelaki pakai warna pink sebab kawan saya kata kalau laki pakai kaler pink dia tu mat jiwang @ mat bunga...alahai apela dosa warna tu"

3)"Tak jugak sebenarnya... tak semua kata begitu... lelaki nampak cool dan power bila pakai pink kowt"



Nampak tak apa yang myra nampak?heee..lelaki nampak cool dan power bila pakai pink!Walla, superb betul pandangannya..hehe..tapi betul what? Bagi myra, tak salah kalau laki nak pakai pink asalkan kena caranya..Sebagai contoh, janganlah sampai pakai seluar pon kaler pink sekali sebab boleh mengundang mata-mata di sekeliling..Dalam erti kata lain, janganlah pakai semua satu set kaler pink macam bila baju dah pink, beg dan lain-lain pakaila kaler hitam ke ape barulah nampak smart, tampan, segak dan bergaya!wuwuwu..ada betul?


Yang menjawab "MALU" sebagai jawapan, ada betulnya kan? Sebab bila semua mempunyai persepsi yang sama bahawa pink hanya untuk perempuan dan pink itu gay, oleh yang demikian rupa, maka ramailah lelaki takut orang salah anggap bila menyarungkan pink di badan sebab itu MALU ialah jawapan yang muna di sabah opss bukan itu tetapi munasabah..



Setiap orang lain pandangannya bukan? Tetapi entah mengapa tuan yang sedang enak berbicara ini sangat suka melihat lelaki memakai pink dan sangat-sangat teringin untuk melihat si jejaka hati memakai pink..Walaupun tak tahu mengapa si dia menolak bulat-bulat pabila diri ini memberikan cadangan supaya si dia memakai pink sesaat keluar bersamaku, tetapi diri ini setia menanti saatnya bila si dia mahu mengubah fikiran..*sambil berharap dia akan membaca entry ini* 




Disebabkan keinginan tahap yang membuak-buak untuk melihatnya memakai baju pink maka terhasillah gambar yang telah diedit seperti di bawah *sambil hati tersenyum riang gembira berbunga-buang*..Perkataan maaf disusuli jika tuan punya badan geram dan marah dengan gambar di bawah =D

Jom serbu join "CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS!"

Wednesday, January 12, 2011

| | | Comments: (16)
Klik banner untuk ke blog penganjur

Ohh, cantikkah blog anda? Comelkah blog anda atau Kemaskah blog anda?Wuwuwu..kalau rasa-rasa ada salah satu atau ketiga-tiganya sekaligus kategori itu di blog korang, "Cepat join cepat join!" *ala-ala seperti peniaga pasar malam yang sedang mencari para pelanggannya* 


Btw, sebelum terlupa time kasih kepada lil junior saya, LYSSA si comel ni cuz of die sangat-sangat baik hati dan selalu tag contest dekat senior comel dia ni *paanggg!!*Okae, mari kita tengok syarat-syarat contest si penganjur..



  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.




Tips untuk si takut@gelikan kucing

Tuesday, January 11, 2011

| | | Comments: (20)
Wuuu..macam pelik je tajuk entry ni ye..Tapi i'm sure that bagi certain people tak pelik pon dengan tajuk ni..So, tak kisahla korang dalam ketegori yang mane pon, setiap individu punyai attitude yang berbeza kan kan..


Kadang-kadang hairan bin ajaib pon ade tengok certain people bila nampak kucing meow meow itu seolah-olah macam nampak hantu sampai meraung-raung bagai dirasuk..Bukannya dirasuk dek hantu, tapi automatik nampak kucing je terus meraung..Nampak je kucing "aaaaaaaaaaaa....aaaaaa..aaaa"..Bukan nak mengata atau apa cuma nak beri pendapat, kalau geli sangat dekat kucing tu pon tak payahla nak menunjuk sangat kegelian tahap melampau tu..Tak manis dipandang orang ramai disekeliling kita..ada betul?

Dan tak pasal-pasal kucing tu tunjuk gigi bukan sebab nak geget korang tapi nak gelak kehkehkeh kat korang sbb korang takot kat die..huahua

Kan lebih baik begini..mesti kucing tu cakap wah, baiknya manusia ni, sangat penyayang!


Kalau boleh bila nampak meow cumil itu then bila korang rasa geli-geli, tutup mulut duduk diam-diam..senyap suda then buat macam tak nampak..Dun worry la babe, kucing tu tak makan orang tau tau..hehe..Kalau da takot sangat, korang pegang member yang dekat ngan korang mintak tolong pinjamkan mata tengok meow tu kot-kot nak datang mengiau kat korang pulak..heee..then mintakla dia tolong sekali untuk halau meow tu secara lembut ye bukan kasar sampai ada adegan sepak menyepak di situ, tu namanya seksa binatang, tak baik begitu *sambil geleng-geleng* ..thumbs down..Kalau da geli sangat, terpaksalah halau dari korang terjerit-jerit, tak gitu?


Btw, haiwan yang paling disayangi oleh Rasulullah ialah KUCING..Am i right?




p/s : renung-renungkan dan selamat beramal..ngehh ngehh

Facebook akan ditutup? Info dari "Weeklyworldnews"!

Sunday, January 9, 2011

| | | Comments: (8)
Biar betul facebook akan ditutup??sedih atau gembirakah anda?
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.





Betul atau tidak berita ni, kita tunggu jelah 15 May 2011 nanti yek..Sebelum tarikh tu, ada baiknya kita save segala gambar kesayangan kita di facebook sebagai langkah berjaga-jaga..Tak kesahlah berita ni fake or not tapi ada positif dan negatifnya bila facebook ditutup..


CIKGU SHIDA dapat undangan dari Dato' Siti Nurhaliza?Ini betol-betol, bukan cobaan tau!

Friday, January 7, 2011

| | | Comments: (31)
Makin murah rezeki Cikgu Shida ni atau dikenali sebagai CSDP 


Entry kali ni myra tak nak cakap banyak sebab myra tau ada yang menyokong dan ada yang tidak dengan miming CSDP ni kan kan? So, masing-masing dengan pendapat masing-masing..Dari pandangan myra, CSDP ni seorang yang think out of the box.. So, tak kesahla setuju atau tak dengan caranya asalkan korang bahagia, CSDP pon bahagia dan yang paling penting jangan kacau hidup orang supaya masing-masing bahagia hidup aman dan harmoni gituu..ngehehe



Okae berbalik kepada tajuk entry ni, percaya atau tidak, baru-baru ni CSDP dapat undangan dari penyanyi nombor satu negara kita iaitu Dato' Siti Nurhaliza! Wallaweh, siap dapat call dari Dato' CT tuu!!Omai omai sangat teruja sebab dia pon mesti layan laju-laju miming-miming CSDP ni kan?kalau tak, takdenye dia siap nak mengundang CSDP ni untuk buat video clip Dato..ada betul??sila percaya yek..




Klik BLOG CSDP untuk terus menerjah informasi terbaru darinya!!



p/s : Btw, myra baru serbu blog CSDP ni, so kalau myra yang terlambat tau informasi ni, abaikan jela ye entry ni ..ngehehe..Almaklumlah para blogger ramai yang pantas lagi tangkas :) SMILE ~

"Couple stuff" tandanya serius dalam perhubungan?

Wednesday, January 5, 2011

| | | Comments: (30)
Apa itu "COUPLE STUFF" ? Ohhh, kamu ada, si dia ada!

Macam mana nak tahu si dia sudah berpunya atau belum ? Tak kiralah bagi yang sudah berkapel, bertunang atau berkahwin mesti ada benda ni..Sememangnya ia merupakan "HOT STUFF" yang digemari ramai..Cuba teka cepat-cepat satu dua tiga!!Ohh kamu memang bijak sememangnya bijak meneka!Thumbs up bebeh!


Apa dia hot stuff itu?jom kita tengok jom! Memang menjadi kegemaran ramai, tengok saja di jari jemarinya ade ke tak kalau takde teruskan usahamu untuk memikat tapi kalau ada di jari manisnya, melepasla korang sambil tepuk dahi lima kali saja pon sudah memadai..ngehehe..

Oh tidak, bukan yang ini, ini terlalu biasa, budak sekolah menengah pon ada takpun sekolah rendah pon dah pandai nak bertukar-tukar keychain ini..Tapi ianya masih sweet gitu *wink*

Haa, ni baru betul!! rasanya serious couple mesti punyai hot stuff ni..So, korang jangan coba-coba nak ngorat-ngorat mereka sebab ianya murbahaya sangat murbahaya takut dituduh sebagai perampas lastly timbulnya pergaduhan dan permusuhan..tidak aman bukan??ceit ceit ceit itukah anda? JANGAN SESEKALI YA!Amaran tegas untuk keamanan hidup sejahtera..huahua


Kenapa serious couple je yang beriya-iya mahukan bendalah ini?sebab rasa macam sweet-sweet gitu bila dua-dua punyai barang yang sama yang boleh selalu dipakai atau selalu berada dekat dengan kita..So, couple jarak jauh sudah tiada masalah bila punyai hot stuff ini bukan??Awww, awak sangat sweetlah!


Lagi satu sebab ialah, bila cincin menghiasi di jari secara automatiknya sudah dapat memberi amaran seperti ini "Jangan kacau aku, hati sudah diambil kalau nak sila ambil dari si dia yang sudah berjaya memilikinya!" Haa, cukup tegas bukan? si pemakainya tak dapat nak sembunyikan status diri So tak usah risau-misau orang lain nak kacau..Tapi, kalau masih ada yang tetap nak mengacau untuk buat kacau bilau hidup orang, dia memang tak makan saman!Huh, ketepi dikau usah mengacau!Sila cari si jari manis yang masih kosong!!!


Blog Myravea di dalam majalah remaja edisi 1 JANUARI 2011?

Sunday, January 2, 2011

| | | Comments: (60)
Alhamdulillah!Rezeki semakin murah di awal tahun baru 2011 :)


Assalamualaikum para-pari blogger!Alhamdulillah, berita gembira satu-satu myra dapat on my bufday ni..*teruja* Sungguh terpaku mata ini pabila melihat rakan-rakan blogger  meninggalkan jejak di shoutbox dengan ucapannya seperti ini:




Thanks blogger-blogger yang sangat pantas mantas dengan informasi sekeliling ni...hehe..again, alhamdulillah rezeki tahun baru..rezeki bila umur baru nak menjangkau awal dua puluhan ini..Myra anggap ni sebagai hadiah bufday dari team REMAJA!! Terima kasih REMAJA!!I LOVE U laahh!! *wink* Juga sangat berterima kasih kepada semua blogger yang sudi follow dan supprt blog pink purple myra ni*SMILE* sambil tersipu-sipu malu seperti perempuan melayu terakhir gitu..huahua


Sungguh lama myra impikan berita gembira seperti ini dan akhirnya tercapai juga cita-cita..Buat yang belum membeli, sila dapatkan majalah REMAJA di pasaran sebab ia penuh dengan informasi about dunia alam maya ni..Selain ruangan blogspot page 134 menghiasi majalah, HANIS ZALIKHA iaitu blogger lima bintang itu juga turut tersiar di ruangan "ISU" page 146!!Hambek kau siap tertera nombor mukasurat lagi tuu.. Sangat best bukan? SO, myra dah beli, anda bila lagi??hehehe..Dapatkannya segera sementara stok masih ada!acece, promote seketika sebab HANIS ZALIKHA ada di situ!!omai omai, sangat seronok!!



Besau betul "myravea" tuu..segan betul cepat tutup muka!



Result "Contest Pencarian Header Blog Tercantik 2010"

Saturday, January 1, 2011

| | | Comments: (9)
Congrets kepada 10 pemenang yang terpilih..




Alhamdulillah..satu ungkapan yang terungkap di bibir untuk kemenangan header tercantik 2010 di tempat yang pertama..Sungguh tak sangka sebab header blog lain-lain pon sangat cantik-cantik belaka!Thanks kepada yang sudi mengundi :) So, nama pon header untuk tahun 2010 kan tapi now header dah berubah!!hehe..iyeee da berubah macam yang atas ni sempena tahun baru 2011 dan my bufday..ngeheheh..:)


Okae, lately tempahan makin banyak tapi myra tak dapat nak mulakan upacara edit mengedit ni..Opss, bukan myra tak terima tempahan ya, tapi myra nak mintak korang beri myra sedikit masa, ruang dan waktu sebab myra da balik ke negara N9! Eh, bukan negara ye tapi negeri yang sungguh banyak umah minang nyee..hehe..Hopefully korang sudi untuk menunggu :)


Btw, jom kita tengok siapa para pemenang yang lain di KEPUTUSAN HEADER BLOG TERCANTIK 2010 *wink* again, congrets kepada para pemenang yee :) Ohh..tidak lupa kepada sesiapa yang sudi mengundi header blog myra, really appreciate 2 all of u..Mereka ini sungguh baik sekali so jom kita singgah-singgah blog mereka yang tak kurang hebatnye :)





New header for my blog sempena hari jadi dan new year!

| | | Comments: (12)
Hye there! Happy new year to all of you :) May happiness be around us always ya!

Sungguh pantas masa itu berlalu, kelip-kelip mata rupanya dah masuk tahun baru 2011!Wah, seakan-akan teruja kerana umur sedang meningkat naik ke dua puluhan tetapi diriku tetap maintain seperti budak darjah enam!heee..*sambil tunjuk gigi ala-ala iklan colgate* "HAPPY BUFDAY TO ME!"..hehe sempat lagi nak wish untuk diri sendiri *pang!*


By the way, rasanya new year kali ni sungguh menarik tarikhnya dan secara automatiknya diri ini turut merasa bangga kerana dilahirkan pada 010191 dan sekarang sudah 010111 ..wahh, kan myra da cakap banyak betul nombor satu hari ini..hee..tua sudah rupanya diri ini rasa seperti kanak-kanak ribena yang baru berumur 10tahun!Terkenang kembali kemuncak zaman kenakalan dulu..Boleh main kejar-kejar, panjat sana sini main acilot-at-at and macam-macam lagila..Sungguh, hati ini menjerit kerinduan zaman anak-anak kecil dahulu..Siapa ada teknologi hebat untuk kembalikan zaman itu sila berikan kepada saya untuk disewa!ngehh ngehh..


Kembali kepada tajuk asal, ya memang myra sudah siapkan new header untuk blog myra sendiri.. katanya sempena hari jadi yang ke dua puluh!Wuwuwu,,kau da tua la myra so be matured even still nampak childish lagi *hee*..So, jom kita belek-belek my new header ni!Komen anda amat dialu-alukan untuk memberi pendapat tentang header yang baru disiapkan ni..Mana satu pilihan hati anda antara header lama atau header baru ni?*smile*


2010



Dan new header myra untuk tahun  2011 ialah...




Hee..yang mana satu pilihan kalbu?Entahla cheq pon pening tengok ni tak tau yang mana satu yang boleh memberi kuasa yang dapat memukau setiap mata yang memandang..huahua..Persoalannya, patotkah myra tukar header sedangkan header yang di atas baru bertapak dalam sebulan lebih di blog myra?Hee..kalau ramai cakap suruh tukar, i'll do it :) Keputusan adalah di tangan anda..ngehh ngehh