Merokok boleh membatalkan puasa, tetapi jangan hanya kerana rokok anda tidak berpuasa!

Thursday, August 18, 2011

| | |
Di bulan ramadhan yang mulia ini, hati amat sensitif sekali dengan perkara-perkara sebegini rupa..Anda seorang perokok?Anda mekokok di siang hari di bulan ramadhan?

Waktu : Di siang hari di bulan Ramadhan

  • Kalau korang nampak orang di depan korang merokok, apa perlu buat?
  • Apa korang rasa bila nampak orang depan korang merokok?
  • Apa perasaan korang bila bercakap dengan kawan korang then terbau asap rokok dari mulutnya?


SAKIT HATI??Ya, perasaan itu yang bakal dirasai oleh mereka yang berpuasa..Rasa seperti mahu mencekik hidup-hidup jika orang hadapan mengeluarkan rokok kemudian pemetik api mula memainkan peranannya..Hembusan asap rokok dari mulut si perokok amat menyakitkan mata yang memandang..GERAM!



Bauan asap rokok boleh buat kepala pusing bagi mereka yang berpuasa even waktu tu korang tak merokok, bau asap yang hinggap di baju dan mulut korang masih segar untuk dihidu..So, sila jauhkan diri dari mereka yang berpuasa ya..



INFO :

Hukum menghisap rokok pada bulan puasa adalah haram. Selain dihukumkan haram, menghisap rokok di siang hari dalam bulan puasa adalah membatalkan puasa. Keadaan ini disebabkan oleh kandungan asap rokok yang disedut oleh perokok tersebut sebenarnya mengandungi partikel-partikel yang akan turut dihisap dan akan masuk ke dalam perut si perokok apabila dia menghisap rokok.

Kewujudan partikel-partikel ini dapat dikesan melalui uji kaji yang boleh dibuat sendiri oleh perokok itu. Apa yang perlu hanyalah sehelai tisu putih dan tiupkanlah asap rokok yang telah disedut ke atas tisu tersebut. Hasilnya akan didapati warna tisu tersebut akan berubah kepada warna kuning dan itulah molekul/partikel yang terdapat dalam asap tersebut. Molekul/Partikel itulah yang akan disedut dan masuk ke dalam perut orang yang menghisap rokok. Partikel inilah yang menyebabkan puasa penghisap rokok terbatal kerana telah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka (melepasi tekak) dengan sengaja.



Lastly, mahu ditekankan di sini, merokok memang membatalkan puasa, tetapi janganlah sehingga korang tidak berpuasa hanya semata-mata kerana rokok!!!


Sebabnya?Tak macho la bro!





Akhir kata : SAYA BENCI ROKOK!!


11 komen dari sweety:

asiah_najihah said...

saya pon benci rokok..

pRiNCe said...

wink2...:)..nice entry...hehe

myravea said...

asiah_najihah : gimme five..hehe

myravea said...

pRiNCe : thanks prince :)

putra87­™ said...

Merokok membhayakan kesihatan.. Pullstop.. :P

myravea said...

putra87­™ : ahaa..siap fullstop!btol3 ;)

Myrul Fitri said...

: : err ~ naseb baik larh tak merokok . . lalalal ^^

myravea said...

Myrul Fitri : err..ak ah la, nasib baik kan :P

MéuzAngelo™ XXIII said...

saya seorang perokok :)

myravea said...

MéuzAngelo™ XXIII : alamak..lariksss =.=

mc4 said...

hey girl bulan puasa/ramadan bukan bulan untuk menghilangkan/melenyapkan hawa dan nafsu, akan tetapi menahan hawa dan nafsu girl...