Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 !!!

Sunday, June 5, 2011

| | |
First of all, really thanks to Sandra Azwan kerana sudi menjemput myra untuk join contest beliau..Pada mulanya malu-malu kucing padahal malu tapi mahu..hehe..At last, terhasil juga entry untuk contest ini..
Lihat saja banner contest beliau, cukup memukau setiap mata yang memandang bukan? Sangat kagum dengan setiap hasil tangan dari Sandra Azwan dek kerana daya kreativitinya yang selalu bermain dengan idea yang segar bugar..


1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)
Blog ini mula menapak di arena blogging sejak tahun 2010. Blog saya banyak berbekalkan pandangan serta tips yang dimuatkan di setiap entry. Bagi saya, saya sangat suka membaca blog yang mempunyai banyak tips dan pandangan masing-masing mengenai kehidupan di sekeliling kita. Oleh itu, dengan sedaya upaya saya cuba untuk mengekalkan konsep tersebut. Bila bercerita pula tentang readers, saya sangat menghargai mereka kerana mereka tidak lokek untuk singgah dan meninggalkan jejak di komen atau di shoutbox walaupun blog tidak diupdate kerana sibuk.



2) What is your personal style?
Saya gemarkan gaya yang ringkas dan tidak berserabut. Bagi saya, biar nampak simple asalkan menarik supaya tidak nampak over bila kita menggayakan sesuatu. Penggunaan warna juga sangat dititikberatkan supaya tidak nampak terlalu berat atau kusam. Contohnya, dari segi pemakaian mix and match saya akan elakkan dari memakai lebih dari tiga warna supaya dapat elakkan clown effect. Tambahan pula, tahap keyakinan diri juga bergantung pada apa yang kita pakai. Oleh itu betapa pentingnya untuk menitikberatkan soal pemakaian kita.


3) A picture of you in one of your favorite outfits:


4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?
I am the next Malaysia's Top Female Blogger 2011 because saya rasa yakin dan gembira apabila dapat berkongsi idea atau pendapat dengan para pembaca. Seorang blogger perlulah mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menulis segala bentuk pendapat supaya ideanya dapat diterima pakai oleh para pembaca. Blog yang mempunyai banyak input yang berguna merupakan salah satu blog yang digemari ramai. Oleh itu, idea yang bernas di dalam penulisan amat penting untuk dikongsikan bersama. Bagi saya, follower yang beribu-ribu bukanlah ukuran untuk menjadikan kita sebagai top blogger tetapi pembaca setia yang tidak jemu untuk datang ke blog itulah merupakan  kepuasan dalam berblogging.

5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because? 
Saya suka membaca 'Life with Sandra' kerana ianya menceritakan tentang kehidupan Sandra Azwan yang merupakan seorang pereka fesyen muda tanah air.Dari situ, saya dapat mengenal sisi lain kehidupan dan saya rasa dunia fesyen sangat menarik kerana kita banyak mencuba sesuatu yang baru.Oleh itu, dunia fesyen perlu selalu bersedia menerima nafas baru dari pereka fesyen yang dikagumi seperti Sandra. Saya rasa sangat bangga kerana Sandra Azwan merupakan anak melayu yang berjiwa kental malah selalu berani untuk mencuba sesuatu yang baru kerana baginya bermain dengan idea merupakan perkara yang sangat menyegarkan. 

Saya sangat kagum dengan setiap sketch  darinya kerana ianya sangat unik malah tidak hairan jika saya katakan mengapa beliau menjadi idola kepada ramai pereka fesyen yang lain. Tambahan pula, blog Sandra Azwan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dalam berfashion! Sangat awesome bukan? Here's some of the fashion illustration illustrated by Sandra Azwan :




Saya turut menyokong kata-kata dari Sandra iaitu "tidak salah sekiranya kita mengambil tapi bukan meniru idea dari mana-mana sumber, dan  harus diingat bahawa kita sepatutnya mengolah dan menggunakan kepandaian yang ada untuk menjadikan cerita@idea itu tadi menjadi milik kita.Play with your imagination!". Ayat ini dapat memberikan semangat dan menjadi petunjuk untuk semua blogger tidak kira blogger baru mahupun lama untuk terus bertapak di arena blogging ini.






Anda merupakan Malaysia'a Next Top Female Blogger? Klik SINI untuk melihat syarat-syarat penyertaan dan hadiahnya! Good Luck! :)

24 komen dari sweety:

Amira Chan said...

nice!

iffah imani said...

mcm best

SANDRA AZWAN said...

Salam Myravea....terima kasih kerana turut sama menyertai 'pencarian' exclusive ini..hehe, bagus entry nie..good luck!!;-)

Taufan Bin Ribut said...

<<-------x top pon..


Entri terkini : tolong we,aku kene aniaya ngan blogger.

syafeika edora said...

gud lak kak :)

eith said...

singgah n follow~ cantek ur blog. n gudluck! ^^

myravea said...

Amira Chan: jom msok jom! hehe

myravea said...

iffah imani : cpt join dear! :)

myravea said...

SANDRA AZWAN : mesti join punye! hehe..thanks sandra :)

myravea said...

Taufan Bin Ribut : taufan bin ribut mestila top! hehehe

myravea said...

syafeika edora : thanks dear :)

elyzatul nastaysah said...

good luck ye dear=)

tomato said...

gudluk best2 entry ni :)

myravea said...

eith: thanks dear :)

myravea said...

elyzatul nastaysah : thanks for ur support dear :)

myravea said...

tomato : hehe..time kasih tomato :)

SyahmiFikri said...

wah! gud luck yer.. eh2.. sandra tak ajak pon! jokin!! hehhehehe

Azie Azra said...

gudluck myravea! haih. nak join juga! hehe

myravea said...

SyahmiFikri: thanks :) haha..sandra xajak sbb awak tu seorang LELAKI! :p

myravea said...

Azie Azra : Thanks dear :) join cpt join :)

isyam mirah said...

miraH dr mira blogger dtg..n follow juge..

nice :)

syieda said...

goodluck myra..^_^

nadia ar-rumaisha said...

wahhh myra join gak eh....good luck dear... sis tak join pn, hahaha tak layak...

coklatberapi said...

wahh gudluck dear..semoga suksess selalu..;))