Cara nak up trafik yang paling mudah!

Sunday, February 27, 2011

| | |
Ya, sedang enak melayan entry blog-blog yang selalu diterjah, maka dengan tiba-tiba wah pantas sungguh tuan belog menaip untuk post entry yang kedua untuk hari ini..Akan tetapi bila menatapi setiap lenggoknya bercerita, perasaan ingin tahu, apa yang sedang berlaku?Gayanya seperti ada yang tak kena, mencerminkan perasaannya yang sedang bermuram durja,yang sedang menitiskan air mata dek kerana dunia alam maya ini..Maka jari ini ligat untuk mencari sang duri hatinya pada ketika itu..Dan hasilnya?


Baiklah, mungkin lensa kita ada samanya, ada bezanya..Tapi, bijakkah tindakan untuk mengaibkan diri seseorang manusia?Dengan menggunakan perkataan yang sememangnya akan mengguris hati setiap orang yang tersenarai?MALU..ya, malu kerana diri ini turut membaca setiap kata hatinya kerana telah menambahkan lagi dosanya (si pengkritik) yang telah mencetuskan kontroversi yang sememangnya tidak enak untuk didengar..


Tektik untuk up trafik dengan mengaibkan orang lain sangat memalukan..KOTOR..Ambil yang jernih, buang yang keruh..Sama-samalah perbaiki diri kita..Moga hari ini lebih baik dari semalam..Moga hari esok lebih baik dari hari ini..




p/s: Maaf, entry kali ini bukan tips tetapi sekadar meluahkan perasaan dek kerana terbaca entry blogger yang mahu menjatuhkan air muka blogger lain..

15 komen dari sweety:

Nurul Mazni said...

ini dikirakan cara paling cepat sgt nk up trafik kat blog~ tapi mmg siyely cara paling keji n kotor2 sangat2..

Anonymous said...

ni kes VLOG KE?aku sokong ko ah

mofaizmz said...

hehe.. aku baru je pas baca blog yang mengaibkan orang tu.. ketinggalan betul aku..

Farhanah Mokthar said...

heyyy..
myra, kenapa shoutbox u tertutup dengan iklan nuff?

myravea said...

mazni : betul tu sis..

myravea said...

anon : iyee betul tu..

myravea said...

faiz : huuu..masih belum ketinggalan tu..

myravea said...

farhana : alamak..sorry farah..huuu

soffya cik bulan said...

nk bc gak blog tu myra...

myravea said...

soffya : hehe..akak2, try tengok sni http://kupukupukecik.blogspot.com/ kat sne akak taula cite..hehe

wanie m'nJ said...

nak try lah!!!hahaha

Ain Zulaikha said...

owh, tak kan lah nak buat cmtu kan.. kalau nak up trafik cara jatuhkan air muka orang lain .. no one can do non halal method for up their traffic.. ok nak exchange banner, tapi kenapa tak leh nak copy myra punya code?

athirah said...

betul.... hurmmmm.. apa la nk jd ng blogger skang ni...cari jln singkat cr traffic

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

mesti org tu suke gile bile org bace blog dia yg penuh kontroversi itu..huhu~

Dudu said...

adehhh kcian org yg kene tuu..
mntak djauhkan hal2 cam nie