Ciri-ciri lelaki gay

Sunday, September 19, 2010

| | | Comments: (30)
Semasa entry ini ditaip, perasaan geram bercampur garam dan lada tiada gula disemai di dalam hati pabila ada someone yang nak 'try' BALAK buah hati aku.."Wei, kau nak mgorat pon, carikla orang lain, pehal si dia pon ko nak?" Aku marah ni, marah ni..baik kau berambus @#$%*!! Tiap-tiap hari nak call asal?mula-mula aku tak kesah sebab kau bukan kaum sejenisku dan si dia bukannya slalu angkat call kau, so aku engat kau straight..Rupanya???dah nampak dah hormon GAY kau bila kau ajukan soalan yang berbunyi bergini pada si dia "You straight ke tak?" Aaauuu, luluh jantung ini mendengarnya dan rasa geli sudah menyelubungi diri..Bukan setakat diri ini je yang rasa geli-geli begitu, bak kata pepatah, Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..So, u know what i mean?

Di dalam lubuk hati ini, terdetik mengapa ada yang menyukai kaum sejenis sebegitu rupa?Adakah dia kurang kasih sayang dari kaum berlawanan darinya?atau ada kisah disebaliknya?Aduh, aku lemas disulam dengan rasa gelisah di dalam diri..Di lubuk fikiran diri ini, aku tahu lelaki gay senang jatuh hati dengan lelaki yang muka baby face ala-ala cute..Hey!diri ini pun senang tertambat dengan lelaki yang mempunyai rupa paras sedemikian rupa sebab itu aku pilih si dia..Gelisah, itu yang aku dapat gambarkan situasi pada masa ini..Dengan muka penuh harapan berbisik di sanubari "Janganlah si dia tergoda dengan lelaki spesis itu" memandangkan sebelum ini sudah beberapa gay ingin mendekati dirinya..ohh, inilah cabaran-cabaran dunia generasi hari ini..

Perenggan seterusnya ingin membawa anda untuk lebih mengenali ciri-ciri lelaki GAY..Selalunya, lelaki sejati akan sentiasa berwaspada dari terjebak dengan kancah dunia si lelaki GAY..Jangan terkejut pula jika ada manusia yang jenis biseksual iaitu tertarik kepada dua2 jantina perempuan dan lelaki.. So, jemput-jemput baca supaya kita si perempuan tidak tertipu dengan lelaki dua alam ini macam dalam cerita "Aku budak setan", salah satu babak dalam cerita ni, si lelaki tu ada GF dan ada BF..last2 GF dia tinggalkannya disebabkan dia tu syok kat dua-dua jenis..padan muka kau..gatai sangat,dua-dua kau nak kebas!wahh, sungguh dasyat kisah-kisah seperti itu..


1-diorang ni kalau keluar gemar mengenakan baju jenis yang ketat ,ada otot,pakai kemas@smart..boleh bezala degan lelaki sejati,tapi ada juga yang pakai baju biasa
2-slalunya kat malaysia ni rambut kemas,atau ala-ala dari tepi bawa ke blakang.
3-diorang kawan sama2 diorang je,tapi kalau diorang slalu kuar ngan group pompuan ,sah gay la tu.
4-topik pun selalu lain dari laki sejati.
5-kuat komplen sana sini
6-cuba korang perhatikan dia ada tak perhatikan lelaki lain yang ala2 diorang,kira minat la tu.
7-kalau ada pompuan seksi lalu buat-buat tak tau je
8-diorang lebih suka berkumpulan.sama ada dua atau lebih.
9-diorang ni ade ramai adik-beradik pompuan dari laki..
10-jenis yang cakap lembut-lembut, cakap soft spoken je..
11-tak kisah kawan dengan lelaki gay..selalunye laki straight x skew kawan ngan gay atau laki lembut2..
12-suke nmpak kemas stylo dan bergaya selalu..
13-terlalu pembersih sgt..
14-kalau keluar selalu wangi je...
15-tertarik dengan lelaki hensem cute n macam-macam lg..
16-sometimes boleh ckp kat laki lain yang kau ni hensem la.. tu pown salah satu ciri2 laki gay.
17-diorang ni manje gedik-gedik ngan laki..
18-takut nak rapat ngan gurl yang xcouple.. tapi lebih senang dengan laki.
19-selalu mesej lelaki.. perempuan jarang..
20-kalau kene cium atau pegang2 ngan laki2 gay tapi dorang x kesah p0wn..
21-dari kecik skew pakai kasut gurl and baju gurl...
22-terlalu sentitif biasenye laki sentitif ni yang gay..
23-homesick.. ske dok umah je.. kalau laki sejati ske ganas2 cth maen bola, mat motor.. n macam-macam lg tapi kalau gay x ske smua tu, dorang ske dok umah je mcm gurl...
24-suke raba-raba kemaluan kaum sejenisnya sebab laki ni adew nafsu kat lelaki..
25-laki gay bile tanye kau gay kew!! automatik dia diam jew!! atau dia ckp pale otak kau..dia tgh cover la tu!! lelaki yg straight memang benci nak rapat ngan laki gay!! kalau laki straight boleh kwn atau byk kwn atau x kesah kawan ngan laki gay dia pon barangkali seorang gay,cume takut nak ckp je and byk bagi alasan. byk cite pasal lelaki berbanding gurl!! lebih rapat n lebih byk bergaul ngan gurl dari laki!! suke pakai baju ketat2...
26-macam bapok @ Lembut sgt macam gurl pon gay..dia tak kisah berbogel depan laki...
27-DAN PALING PENTING LELAKI GAY BOLEH TAU KALAU LELAKI LAIN GAY.. CTH KALAU DIA PERGI SHOPPING KE MANE2 DIA BOLEH TAU SAMA ADA LELAKI TU GAY ATAU TIDAK MEMANG NORMAL DIA DAH BOLEH BACE DAH SAMA ADA LAKI TU GAY ATAU NORMAL!!
28- dan biasenye permulaan lelaki gay ni ada yg dari kecik dan ade yg baru lagi sebab nafsu dia boleh tertarik kat laki2.. cth laki tu cute encem atau laen2 dia boleh tertarik rase cam nak kapel je tpi takut nak ckp! pastu cover yg dia ade gf atau suke kat gurl dlm mase yg same dia ade nafsu kat laki.. biasenye org macam ni takut nak ckp atau x bersedia lagi nak ngaku gay walaupown sesame gay.. tapi lame2 dia akan tunjuk ciri2 dia sikit demi skit.. cth kalau da mask U atau kolej!! kat situ diorang akan jumpe dgn macam2 jenis org dan pada mase tu diowang dah tak takut lagi nak ngaku gay, byk org mcm tu..

Amacam?agak-agak paham kot ape yang ditaip di atas..maaf, saya copy & paste je ciri-ciri ni tapi sudah diedit ayat-ayatnya supaya lebih sedap didengar..sharing is caring!hoho, lame xtaip ayat tu ~heee..Hopefully kita dijauhkan dari unsur-unsur sebegitu..

"Hukum Mati Keatas Pembunuh Datuk Sosilawati" di facebook

Wednesday, September 15, 2010

| | | Comments: (5)
Nampaknya ramai yang concern pasal kes terhangat about pembunuhan Datuk Sosilawati ni..sangat hot sehingga menjadi ranking pertama kes di dada-dada akhbar Malaysia dan semestinya sesiapa je yang beli paper semua akan selak baca pasal kes ni dulu..bila cukup time je berita kat TV, habis semua orang dalam umah dah terlantar depan tv semata-mata nak tahu berita selanjutnya tentang kes ni sampaikan dalam facebook pun siap ada page untuk kes ni..wahh, dan di situ rakyat Malaysia memberi pendapat dan pandangan dan semestinya pandangan mereka semuanya hot-hot belaka..tak caye??bacalah sendiri ya..


Zaman sekarang macam-macam boleh jadi, pasal dengki je dah sanggup menumpahkan darah si mangsa..kalau menumpahkan darah untuk berjuang di medan perang tak pe jugak..ni pasal hasad dengki yang membara di dalam jiwa sampaikan mahu membunuh??sekali bunuh empat orang sekaligus?apa nak jadi?nampaknya pembunuh tu, memang seorang pembunuh yang tak berhati perut dan mengikut nafsu sesedap rasa, sesedap hati.. hiba hati ini bila mengenangkan nasib keluarga mangsa..ditinggalkan tanpa mayat, hanya abu menjadi tatapan..tiada kubur untuk diziarahi, hanya kenangan menjadi ubat rindu si keluarga..

Teringin nak tengok muka pembunuh?sila terjah page facebook di SINI

p/s: sekarang ni, nak keluar umah pon kena tengok kiri kanan..jangan buat pasalla nak keluar sorang-sorang..berhati-hatilah selalu

Jom serbuuu join "Kontest Hari Raya"

| | | Comments: (2)
Setelah puas menikmati dan merayakan hari raya sehingga kembung perut naik berbundle-bundle kilogram di dalam tubuh badan, maka nampaknya para-pari blogger sudah ramai yang menjejakkan kaki semula untuk menghirup udara segar di alam blogging sambil menikmati juadah entry hari raya yang "fuhhyoohh,banyaknye entry hari ghaayee!!Nampaknye semua seronok bukan kepalang lagi ~heee


Bukan setakat entry hari raye je, kontest pon berbrand-brand!!Ramai gilerzz dol yang berbesar hati nak memberi tangan mereka..eh bukan-bukan..kang xpepasal ilang tangan sape lak..Yes, betul..ramai yang berbesar hati untuk memberi buah tangan *haa..baru betul! sempena hari raye ni..clapping ur hand tanda gumbira lalalala...dan JENGJENGJENG...aku pun xmoh lepaskan durian runtuh di depan mata!!!!miahahha..jom pakat-pakat ghajinkan diri menjoinkan diri dalam kontest kasi si penganjur rambang mata nak pilih! *wink
Kali ni, myra join KONTEST HARI RAYA, yang dianjurkan oleh cik ezan ..Syarat-syarat pon xremeh sangat just  memerlukan gambar korang memakai pakaian hari raya dan bertudung/ shawl, pemenang akan dinilai dengan cara anda berhias di hari raya..Klik pada nama penganjur untuk melihat syarat-syarat yang lain *wink...


Dan gambar yang menjadi pilihan hati ialah...

Tunggu ape lagi??join la korang!hehe..tarikh tutup 10/10/2010

Ucapan raya terbaik dari ladang!

Friday, September 10, 2010

| | | Comments: (8)

Alangkah indahnya syawal menjelma,kelihatan anak-anak kecik ketawa riang sambil menyaksikan mercun-mercun kebabom di sekelilingnya, tapi adik2 jangan lupa mercun tu bahaya,sila-sila jauhkan diri anda dari kebabom itu semua takut ada yang cedera habis tak dapat nak raya..BEWARE..
Tetapi, alangkah sayunya hati ini tatkala ingin melangkah pergi dari bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan..Kelihatan ada anak muda dan tua menyesatkan air mata gara-gara hati sayu dan sedih untuk meninggalkan bulan ramadhan yang mulia..harap semua bawak bersabar untuk menunggu bulan ramadhan yang akan datang...........

Okae, sila lapkan air mata korang tu, xmo sebak-sebak lagi nyah..syawal datang membawa berita gembira,dapatlah kita merasa kuih-muih yang ada! ~heeee..waahh, sangat yakin sekarang ni sure ramai yang dah sampai di kampung, hope selamat pergi dan selamat kembalilah untuk semua yek..paling penting, sila HIGHLIGHT di sini, "berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat!" Eh, ini bukan highlight, tetapi BOLD sahaja..~heee

Tatkala yang lain sedang melalui liku-liku jalan raya, diri ini hanya berada di liku-liku ruang maya..hoho..eh, ni tak bermaksud aii tak balik ghaye yek, esok pagi baru balik kampung..owyeaahh..aik?hairan plus tanda soal?almaklumlah perjalanan ke kampung hanya mengambil masa setengah jam..agak dekat kan??so, tak payah nak packing segala bagai..ohh shukee di situ!

Handphone berdering setiap minit??itu dah semestinyalah nyah oi..almaklumlah semuanya pakat-pakat lawan hantar MESEJ RAYA segala bentuk dan rasa..tak sabar nak raya lah katakan..mesti korang pon sama kan?dok sakan antaq msg raya noh??*sila angguk..Jom kita tengok mesej raya yang tak kurang bestnya, tapi tak boleh banyak-banyak, nanti kesian orang lain antaq mesej yang sama.."haru-biru jadinya"miahaha..


"Sebelum sampai ke penghujung ramadhan, sebelum lupe hajat nak sampaikan, sebelum orang berpusu-pusu nak ucapkan, sebelum line busy sakan,SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"

"Buah laici buah strawberi, dicuri pulak si labu labi, salah dan silap please forgive me,bermaafanlah kita di aidilfitri..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

"Salam satu hari raya,lemang didahulukan, rendang diutamakan..SALAM LEBARAN, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

"Anak ayam pasang pelita, kucing ketawa bagai nak gila, ayam dan kucing tu memang xde kne mengena, saje nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA!"

"Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa, maaf dipinta semoga terhapus dosa..SALAM AIDILFITRI"

Okae, cukup sampai di situ..nak lagi?carikla sendiri!hehe..gurau-gurau di malam hari..sambil-sambil tu, nampak gaya ramai beno yang buat kad raya ni..aku pon gatal-gatal tangan nak buat jugaklah! Nah, ambil ni buat tatapan yang sudi membaca ucapan raya terbaik dari ladang kurma!awww..sangat shukee kurma!tambah-tambah kurma cap yusuf taiyoob!maa peberet!!*wink

Mencari 100 orang penulis

Saturday, September 4, 2010

| | | Comments: (23)
Elloo sweet readers..ade berita menarik di sini!!Ya, di sini bukan di sana..Sila baca entry sampai habis *winkwink..Okae, ape yang menarik sangat entry kali ni ye??Entry kali ni adalah berkenaan dengan operasi yang julung-julung kali diadakan..Apekah operasinya??Ini merupakan operasi blog http://100penulis.blogspot.com  yang memberi kesempatan kepada 100 orang editor untuk bergabung bersama-sama mencurahkan idea di dalam satu blog..nampak macam menarik bukan??sila anggukkan kepala anda :)
"Mencari 100 orang penulis / blogger untuk berkarya secara sambilan / sepenuh masa"


 
Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk memberi kesempatan kepada 100 orang editor bergabung bersama-sama. Kesemua editor ini boleh menulis entry untuk apa jenis isi kandungan sekalipun. Bebas membincangkan hal isu semasa, tutorial, promosi blog, promosi produk, promosi affiliate, bisnes online dan sebagainya. Juga boleh menggunakan blog ini sebagai pengumuman kepada update terkini di blog masing-masing yang sedia ada (ala-ala sinopsis/ringkasan beserta backlink ke blog anda sendiri).

Kepada yang berminat bolehlah menghantarkan emel kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, untuk menerima undangan menjadi barisan editor blog ini. Atau anda boleh tinggalkan komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Jadi jika anda juga seorang yang tidak mempunyai masa untuk menyelenggara satu blog sendiri, maka blog 100penulis.blogspot.com inilah jawapannya. Hanya taip dan tekan publish. Mudah kan? Selain dari menjimatkan masa, kita semua boleh berkongsi trafik/pelawat.

Jom kita mulakan!
» Step 1: Add our code to your website
Get banner code from the sidebar.

» Step 2: Submit your details to 100penulis[at]gmail[dot]com

Your name:
E-mail:
Website title:
Website URL:
Bagi anda yang berminat untuk menyertai 100penulis (masih ada 48/100 tempat kosong ketika ini) Yang berminat nak menjadi readers saja, jom serbu follow 100penulis di Google Friend Connect, di facebook dan juga di twitter. Nampaknye diri ini sudah promote membe-membe di facebook, siap bukti lagi tau!*tepuk-tepuk tangan

Nampak seperti berkobar-kobar promote..muahaha..maka dengan ini pipi secara automatiknya blushing 0.o

Gosip terpanas bila dalam hati ada taman

Thursday, September 2, 2010

| | | Comments: (6)
Ada yang bertanyakan "Awat myra selalu jiwang ngat ni??makin besar makin jiwang" bila myra dok hupdate status FB yang berkemungkinannya berbunga-bunga yang melambangkan bunga yang sedang mekar di dalam hati..acece..Berbalik kepada pertanyaan beliau, *amboii* siape yang berani sangat cakap macam ni hah??pangggg!!hoho..rilek-rilek diri ini tidak terbakar langsung dengan pertanyaan beliau sebegitu rupa malah memahami apa yang beliau ingin katakan..Siapakah beliau??owh beliau adalah senior sekolahku dulu..

Iyee,,dulu kan saya budak-budak lagi *sememeh sume ade* (bajet sekarang sudah besar padahal tumbesaran tidaklah sebesar mana ~heee) Dulu,tidak ada gosip-gosip panas mahupun hangit di sekolah tentang lelaki memandangkan sekolah menengahku semuanya jantina yang sama, perempuan semuanya..Kalau ada pon hanyalah gosip terpanas dan terhangit dengan "Wah, myra dengan sis/lil dah declare kakak/adik angkat " dan mulalah potpet potpet di sana sini..Begitulah alkisah jika sekolah satu jantina tiada dua atau tiga jantina sekaligus dan gosip akan lebih hot and spicy jika anda adalah seorang budak hostel (hostellites) dan inilah yang dipanggil sebagai hostel life..menarik bukan?kalau korang tak pernah bersekolah di sekolah yang hanya ada satu jantina sahaja mungkin ada yang akan buat tanda tanya begini di dalam kepala"????" 

Bila diimbas kembali, zaman sekolah amat menyeronokkan!!inginku gelak sekuat hati!*wink..adik-adikku yang disayangi, enjoy ur life at school!! I LOVE SGGS!!saya sangat rindu dengan kenakalan saya di zaman sememeh dulu..betul RINDUUUUUU! Saya sangat nakal,sangat-sangat nakal..bila saya buka cerita zaman sekolah, membe-membe sekarang akan buka mata seluas-luasnya sambil buat muka tidak percaya.. "what??"hahaha..dan jawapan saya, "itulah aku dulu", sekarang tidak lagi..saya tidak nakal, perangai nakal sudah ilang lesap begitu sahaja.*konon*..almaklumlah mungkin juga kerana faktor umur yang bakal meningkat ke angka 20,empat bulan lagi..Wau, rasa macam tidak percaya masa berlalu dengan begitu pantas sepantas kilat menembak bumi *hiperbola disitu*


Okae berbalik kepada tajuk asal setelah merapu merepek gaban setengah entry, kenapa kadang-kadang status di FB ku berbunga-bunga??adakah bunga sudah habis ditanam setiap inci segenap sudut di taman??hohoho..Maaf ya, saya memang sangat suka membelek-belek dan memetik quotes and saying yang ada tambah-tambah bila disulam dengan kata-kata indah yang dapat menambah gula di dalam senyuman kemudiannya turun ke hati lembut *wink..bak kata pepatah yang popular sekarang ni,

"Kurangkan gula di dalam minuman, tambahkan gula di dalam senyuman" :)


p/s: Tak sabar nak balik rumah esok, kuala pilah-penang..kalau nampak myra ade atas bas dekat highway tu, senyumlah sampai nampak gigi ye..~heee

Serbuu join "contest couple muka seiras"

| | | Comments: (14)
Ku lihat-lihat, ku godek-godek kemudian ku terus serbuuu join kontest yang berkenan di hati *winkwink..
Sangat maaaaaanyak kontest skang ni..naik rambang mata nyah oii.. xpe, aii join yang nii..macam best je title kontest nii ~meowwww

Ahaiii..macam biasela cik akak dan cik abang sekalian..sume kontest mestilah ade syarat-syaratnye kan (ye tak ye) Jom tengok sket syaratnye..syaratnye mudah-mudah belaka..ape die??here you are ----->


1. Kepada semua yang singgah blog Layanlynn nie...dan yang rasa nak join

2. Jadi follower lin ek..-- Jeles tgk follower orang beratus-ratus..hehehe~~
3. Buat satu entri tajuk contest nie beserta dengan Banner tersebut dalam blog korang..
4. Sertakan sekali gambar couple korang yang jelas..Yang Lin boleh tgk keseirasan kamu!
5. Terbuka kepada couple-couple...Yang dah kahwin..Yang xde pun..nak letak gambar adik beradik pun boleh! Tapi syarat hanya 2 orang saje..Kamu dan sorang lagi..
6. Banner tolong letak kat side bar ek?? if boleh jek.. (x wajib)

7. Gambar korang tak boleh edit!
8. Tak payah nak tulis panjang-panjang entri..just terangkan sikit pasal contest dan letak gambar ...

9. Letak kat comment nie after korang join..
10. Tag 2 orang..
.
.
.
.
.
.
Dan gambar yang dipertaruhkan without any edit-edit *wink


p/s : Seiras ke x nii??*shyshy bapak kucing tetibe*


TAG: greenrose1213,lindonut

Video malaikat turun ke atas Kaabah satu PENIPUAN!

Wednesday, September 1, 2010

| | | Comments: (1)
Okae..kali ni entry agak serius sedikit..ohh,,bukan hanya sedikit, sedikit sebanyak dah jadinye..*okae, stop-stop!  Kita pernah dikejutkan dengan satu video sensasi di facebook(bukan satu, banyak!Ni dia salah satu) Agaknye korang penah kot tengok video seperti ''TITLE di atas" yang sudah tersebar luas sayapnya di facebook.. (aku tag kau, kau tag aku ) Pernah lihatkan?? *kalau pernah, sila angguk-angguk tapi kalau xpernah, geleng sudaaaaa cukup*

Buat sesiapa yang bukan seorang pembaca tegar surat khabar LAMA, u should open ur eyes as bigger as u can about this topic..bukan ape nyah, agar kita tidak terpesong dengan segala cerita sensasi yang tidak jelas akan kesasihannya..BEWARE ye kawan..

video

    • Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.
    • Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.
    • Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan.
    • Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.
    • Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.
    • Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal.
    • “Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.
    • “Jadi kita tidak perlu mempedulikan perkara sedemikian yang sememangnya dilakukan orang yang kerdil jiwanya,” katanya yang dihubungi semalam.
    • Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam Bahagian Hadis Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan individu terbabit tidak lebih daripada mahu menarik perhatian dengan menimbulkan perkara khurafat.
    • “Sebelum ini pun kita pernah dengar mengenai mayat menjadi khinzir, sejadah berdiri atau bola api dalam rumah untuk menarik perhatian orang ramai terutama mereka yang suka perkara pelik dan khurafat.
    • “Saya tidak nafikan kejadian itu boleh berlaku dengan izin Allah, tetapi kita kena faham, Islam bukan berdiri berasaskan perkara ini sebaliknya keimanan wujud hasil keyakinan terhadap kebenarannya selepas menggunakan akal yang waras bukannya dipengaruhi khayalan,” katanya.
    • Katanya, perkara sedemikian boleh wujud hasil khayal individu termasuk penipuan bagi meyakinkan orang mereka mengalami pengalaman pelik.
    • “Contohnya rakaman suara dari kubur yang juga dimuatkan di Youtube yang kita tahu palsu demi menarik perhatian orang ramai terhadap perkara tahyul dan khurafat,” katanya.