Tips bila jumpa hantu

Saturday, June 19, 2010

| | |
Wahh..korang penah terserempak dengan hantu tak??eheemm..jika ditanya pada tuan badan ini, jawapanku ialah “YA” saya pernah!! Jam menunjukkan pukul 1.26am..Pheww..slamat bukan 3.00am!!hihihihihihihihihi.. ohooiii..naik bulu roma ni dahla bwat entry ni tengah-tengah malam@pagi... Ehem..dulu aii penahla nampak babe, tapi time kecik-kecikla dalam umur 6tahun ke bawahlaa..lepas dah besau-besau ni dah xdapat nak nampak da, dapat dengar je..hoho..normalla tuu..Okae kalau korang terserempak dengan mereka-mereka ini, ape korang buat yee??Okae, ini tips bila jumpa hantu ye,just nak kongsikan dengan korang..”SHARING IS CARING” babe!!heheh.. Jomjom..kuatkan iman di dada semasa baca entry ni yee *winkwink...

Kalau korang jumpe mereka, jangan panik!!korang sepatutnye ikut tips-tips di bawah ni haa...Ade macam-macam cara untuk berlainan jenis “MEREKA”..Jom tengok!



Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja

Hihihihihihi...amacam??nak try??nak cuba??terserah kepada anda..*wink..”Jangan marah yee,, nanti cepat tua”..huhu..
*winkwink..kenyit-kenyit mata sket untuk sape yang baca sampai bawah ni..hihihihi..

4 komen dari sweety:

kisahremaja said...

setakat untuk bacaan .... boleh kot....

Zulfahmi Abidin said...

ish..buat suspen jerk dye nie..hehe.gud work.

DuniakuAbstrak said...

adeh la...igt tips betul2 tadi...hahaha

ape tips2 kalo jumpa myravea plak? sila kongsikan d sni..haha

ellenyna said...

haha. tamau cuba....................!