Jom try "Pandang positif dalam negatif!!"

Wednesday, February 10, 2010

| | |
Sometimes,kita akan bjumpa dgn org yg xske dgn diri kita secara sengaja atau xsengaja..Kita sendiri xtahu knape die xske kat kita..Jadi, jgn sesekali mempersoalkn mengapa dia bersikap sedemikian atau seringkali korang fikir mengenainya. Tetapi, pandanglah kepada nilai-nilai positif yg ada dlm dirinya.


Walau sejahat manapun orang tu, pedih cemana pun dia sakitkan hati kita, fokus kepada sifat-sifat baiknya. Sebab, fokus kepada keburukan yang dia lakukan pada kita hanya akan membuat diri kita xbersemangat, lemah longlai and  kita akan rasa down dengan serta merta!So, bwatpe nk pikirkan pasal keburukan die,nanti kita lak yg serabut otak..huuuu

Kita kne tahu,semua orang ada sikap baik n sikap tak baik termasuklah diri kita sendiri kan..

Pandang yang positif, dalam yang negatif. Kita kena fokuskan pada yang positif jee, walau pada zahirnya dia seorang yang lebih banyak berfikiran negatif, kuat mencaci cacai ,memaki hamun ape sume n die mempamerkan muka yang tak menyenangkan kpd korang(lantak die laa,annoying gle..huuu).

Orang yang berfikiran negatif ni biasanya ske sgt memandang buruk pd kemajuan orang lain. Bila kita maju sikit, dia jeles, berdendam, then benci dengan kita. Dalam hati die penuh dengan kata-kata negatif, caci maki dan bintik-bintik hitam yang sukar utk dibuang.
Bila jumpa orang yg camni, pedulikan je  dia. Biarkan dia sendiri, terkurung dengan pemikirannya dan dunianya sbb tu semua die yg nak. Selagi dia tak kacau kita atau mencederakan kita, biarkan je dia.


Lupakan saja dia, walaupun dia muncul setiap hari di depan mata kita. Relaks, be in control, buat donno saja(be cool beb!heee)

Tak semua orang bukan melakukan apa yang  disarankan ni. Sebab, tak semua boleh melupakan apa yang menyakitkan hati mereka, atau memaafkan kesalahan orang yang membuat mereka sakit hati tu.Memang susah, tapi tryla slagi yg termampu..huuu..Kalau xmampu pon, bwat je semampu yg boleh!Chaiyok2!!Bukan ape,ni sume utk ketenangan hati kita gak..

Kita kena kuatkan semangat, kita perlu berani utk menjadi seorang yg pemaaf.(xrugi pape ponla,hati kita jgak yg tenang nanti..kan??)

Orang-orang yg berjaya, mereka mengambil keputusan untuk melihat pada aspek-aspek positif saje, hanya yang positif!! Then mereka  mengelak dari melihat yang negatif (even sedikit). Elakkan sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin.OK??boleh buat xagak2??huuu..

Sekali lagi, kita memerlukan semangat yang kuat! Kuatkan jiwa, kuatkan minda!!
LiveStrong OK!!
 

4 komen dari sweety:

kenwooi said...

being positive is good =)

kenwooi.com

myravea said...

kenwooi:yup2..ur right!=)

Azrul Hisham said...

fikir positif bila dilanda apa jua rintangan :)

myravea said...

Azrul Hisham:huhu..yeah..anda betul!100markah!!hehhe